Dalam dunia serba canggih kini, di mana internet sudah menjadi kebiasaan, rasanya tidak perlu rasanya aku hendak ceritakan cara membuat e-mail (short form untuk electronic mail) disebabkan rata-rata penduduk dunia yang mengalami cara hidup moden kini membuat pendaftaran email di smartphone sahaja dan hanya mengikuti langkah-langkah buat email di dalam telefon pintar.Ianya step by step ditunjukkan ketika mana kita sebagai pengguna pertama kali menggunakan telefon pintar sebaik sahaja membelinya.Namun ada juga yang membuatnya awal-awal lagi dengan pilihan username atau nama pengguna pilihan masing-masing.Tetapi ramai yang mungkin tidak tahu atau masih lagi samar memikirkan tentang cara mendaftar email baru dan tips-tips penting membuat pilihan nama pengguna, password atau kata laluan, dan tips memilih ESP (email service provider) atau penyedia servis email. Contohnya mana mungkin kesilapan nama email kita digunakan untuk tujuan rasmi atau hantar resume. Tentu tak professional email seperti gadissepi789@gmail.com atau lelakimacho888@yahoo.com (hanya sekadar contoh sahaja) digunakan sebagai email untuk berhubung dengan pihak rasmi atau menghantar resume. Dan tentu agak tidak keruan apabila email kita diceroboh masuk apabila menggunakan kata laluan yang mudah diteka. Semakin hari semakin banyak pengguna internet yang daftar email baru dengan kata pengguna pilihan masing-masing.Tentunya ada perlu pantas memilih nama pengguna bersesuaian dengan anda untuk kegunaan di masa-masa akan datang disebabkan nama yang sudah dipilih orang lain tidak akan boleh digunakan lagi.

cara daftar email

Pada entri yang lepas, sudah aku jelaskan kepentingan email dalam pemasaran.Alamat email adalah sebahagian besar dari identiti anda di internet.Dari personal mesej, buat akaun Facebook, online banking, daftar di mana-mana laman web.Pertama-tamanya, tanya diri anda sendiri dahulu, apakah kegunaan email itu untuk anda? Adakah daftar email hanya untuk smartphone? Adakah email untuk urusan kerja anda? Adakah email itu merangkumi semua sekali iaitu bersifat peribadi, kerja, smartphone, games, social media, dan sebagainya.Dengan ini aku akui, aku sendiri mempunyai email lebih dari satu.Ada emel khas untuk urusan kerja dan peribadi, ada email khas untuk pemasaran, dan ada juga emel khas untuk sekadar daftar social media, game, apps dan seumpama.Setiap orang berbeza caranya, dan aku lebih senang dengan cara begini hehe.. tidak campur aduk.Mungkin disebabkan aku ini internet marketer, so lebih mudah ada email-email tertentu untuk tujuan tertentu.

Membuat pilihan ESP atau penyedia servis email

Cara paling mudah sekali untuk memiliki email adalah menerusi ISP (internet service provider) anda.Di Malaysia ni apa lagi kalau tak sinonim dengan TM atau telekom malaysia.Apabila anda langgan pakej internet, secara automatik anda akan memiliki webmail dari ISP anda.Tetapi aku mencadangkan lebih baik anda memiliki email dari servis provider yang sudah terkenal dari segi servis dan pelbagai features yang sudah sedia maklum.Terdapat banyak limitasi jika hanya memilih email dari ISP, mungkin dari segi storan tak banyak, kalau dah tak pakai ISP tu nak kena tukar lain, kemungkinan besar untuk login ke smartphone atau sesetengah browser paparannya tak fully utilize.Ini hanya cadangan, terpulang pada masing-masing.Cuma apabila melihatkan trend terkini, agak kelihatan old school atau old fashion jika anda masih guna email dari ISP anda.Maka, apakah servis email yang Top selalu kita dengar.Ada 3 penyedia servis yang majoriti pengguna internet menggunakannya, tidak lain tidak bukan iaitu Gmail, Yahoo! Mail dan juga Outlook (dulunya Hotmail). Selain itu ada lagi seperti Mail.com, AOL, dan banyak lagi.

buat alamat email

Apakah kelebihan menggunakan free webmail seperti gmail, yahoo dan outlook? Pertamanya, tentulah free, keduanya dari segi storan atau kapasiti saiz untuk menyimpan data-data email ianya sangat besar.Boleh lihat perbandingan storan di sini.Kemudiannya dari sudut pemilikan webmail tersebut dimiliki syarikat gergasi iaitu Google memiliki Gmail, Yahoo sudah kita sedia maklum sejak awal-awal kemunculan internet mereka antara pioneer ESP, dan outlook dimiliki oleh Microsoft. Maka dari segi keboleh gunaan, sekuriti, updates, antara muka, customer support  dan pengukuhan jenama memerlukan bajet yang besar dan sudah tentunya ianya memberikan impak buat pengguna untuk mendaftar email tanpa rasa ragu lagi.

Maka apakah pilihan terbaik? Aku sendiri menggunakan ketiga-tiga ESP. Gmail aku personally guna untuk peribadi dan untuk daftar android smartphone. Outlook pula untuk sign in laptop yang menggunakan OS window dan Yahoo pula untuk urusan kerja IM aku.Tetapi bagi mereka yang sukakan simplicity dan tidak terlibat langsung dengan dunia IM macam aku, Gmail is better, disebabkan ianya tally atau fully optimize kepada android smartphone (jika anda pengguna android) dan pengguna Apple juga boleh link via apple mail atau icloud. Ada juga selesa menggunakan outlook disebabkan laptop terkini menggunakan OS Window 8 dan ke atas, mengadaptasi atau fully utilize sepenuhnya outlook pada laptop. Kalau aku hendak dirangking turutan terbaik, ianya (1) gmail, (2) outlook dan (3) yahoo.Ianya selari apabila anda membaca review atau ulasan di internet, ramai yang menobatkan gmail sebagai yang terbaik sama ada dari segi keselamatan atau antaramuka atau pelbagai lagi ciri-ciri penting.

Membuat pilihan nama pengguna dan kata laluan

Masih segar dalam ingatan ketika aku mula-mula daftar email pada tahun 1998, ketika dunia internet baru saja menjengah dan menjadi satu trend untuk cuba-cuba memiliki email.Daftar email ketika itu mengikut keadaan atau trending remaja pada ketika itu, dan bertukar-tukar banyak kali sebab lupa password, lupa ID dan sebagainya disebabkan susah hendak ke cybercafe ketika itu, jarang-jarang sekali dapat melayari internet maka tidak serius membuat email.Adakala nama email watak dalam game, atau nama samaran boyfriend atau girlfriend, adakala name email ikut hobi seperti diehardsk8ter, kingtekken98, metalfans85, gamersejati dan macam-macam nama yang diibaratkan stylo pada ketika itu.Apabila meningkat usia tentunya nama-nama pada ketika era remaja nampak tidak professional dan tidak refleks kepada personaliti sebenar apabila terpaksa memohon masuk ke Universiti, atau memohon kerja atau menghantar resume atau membuat aduan online.

Pilihan terbaik adalah nama anda.Hakikatnya tentu ramai  orang yang mempunyai nama seakan anda dan sudah mengambil peluang mendaftar email dengan nama tersebut.Aku bernasib baik disebabkan aku sempat daftar nama email berdasarkan nama aku.Haa emel aku dalam contoh yang telah aku perincikan di bawah adalah mohdaimannajmy@gmail.com.Jangan spam pulak ye kuikuikui.So untuk 20 tahun akan datang pun nama email tersebut tampak lebih senang disebut dan diberitahu kepada sesiapa dan mempamerkan personaliti aku di internet dan mudah untuk menggunakan untuk segala urusan rasmi dan tidak rasmi.Better gunakan nama anda untuk lebih professionalism di masa hadapan.Sebagai contoh jika nama anda Mohd Ismail.Pelbagai kombinasi boleh digunakan jika mohdismail@gmail.com (sekadar contoh) sudah digunakan.

mohd.ismail@gmail.com

mohd_ismail@gmail.com

mohd-ismail@outlook.com (dash hanya support untuk outlook dan lain-lain penyedia email)

atau boleh saja tambah perkataan berdasarkan pekerjaan anda yang menampakkan professional anda.Doktor (Dr), engineer (Er atau Engr), lawyer dan sebagainya.Atau jika anda buka premis perniagaan lebih tampak professional menggunakan nama perniagaan tersebut untuk urusan rasmi atau segala urusan hubungan melalui media elektronik.Jika anda hendak daftar email hanya sekadar untuk main game di Facebook, atau hanya suka-suka untuk kegiatan lain.Maka terpulang pada anda nak guna nama apa pun… watak dalam superhero movie kah, watak favorite superstar kah, nama kucing jiran anda kah, apa sahaja terpulang.

Bagi membuat pilihan kata laluan pula pastikan ianya senang diingat dan tidak mudah diteka oleh orang lain.Contoh tarikh lahir, gabungan nama pasangan, perkataan dari kamus, nama kucing atau boleh agak seperti 1234567, ABC123, QWERTY, admin123 atau apa saja mencerminkan anda mungkin boleh diagak oleh penceroboh terutama penceroboh kata laluan yang sememangnya mengenali anda secara dekat.Anda juga boleh gunakan password generator yang belambak di internet untuk dapatkan idea.Paling terbaik fikir sendiri dan pastikan terdiri dari minimum 8 aksara atau omputih sebut character yang terdiri dari abjad, nombor dan juga simbol.Ianya akan memberikan lebih 600,000,000,000,000 kebarangkalian jika ada sesiapa ingin mencuba teka password anda.Jika anda teringat nama kucing anda, cuba pelbagai kombinasi contoh h@MdAn8p!. Haha sekadar contoh Ok.Pastikan semua elemen password yang kuat mesti ada iaitu 1)huruf besar dan huruf kecik 2)simbol 3)nombor. Anda perlu ingat dan hafal password anda.Rasanya jika emel anda itu kerap digunakan, tiada masalah untuk tidak ingat password anda.Anda boleh juga gunakan password manager (software atau apps penyimpanan password) atau tulis dekat mana-mana kertas then tanam belakang rumah.(Ok ini saja gurau) hehe.

Langkah-langkah membuat email baru

Pada hakikatnya, cara daftar emel baru bagi ketiga-ketiga ESP di bawah nampak hampir sama, cumanya Yahoo agak berbeza sedikit dari Outlook dan Gmail.Mari kita lihat langkah demi langkah

Daftar akaun e-mail Outlook

muka utama laman web microsoft

Langkah pertama, layari laman web microsoft.com dan klik pada pautan outlook seperti di atas

outlook_sign_up_page

Kemudian anda akan di bawa ke page utama outlook, klik pada butang sign up seperti tertera di atas.

 

outlook_detail_sign up page

Isikan segala maklumat berkaitan.Rujuk tips penting seperti yang telah diterangkan.Masukkan pilihan tepat mengenai nama pengguna dan password.

 

outlook_confirmation_captcha

Anda boleh tinggalkan kosong pada bahagian country code, nombor telefon dan alternate email.Tetapi lebih baik masukkan alamat email anda yang lain supaya langkah berjaga-jaga andai anda lupa password anda.Isikan captcha atau karekter seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di atas dan klik butang create account

outlook_inbox_page

Sebaik sahaja anda tekan button create account tersebut, anda dihalakan ke laman inbox.Maka pendaftaran email anda berjaya!.Sila klik pada anak panah yang ditunjukkan untuk menghantar email kepada sesiapa saja

outlook_email_message

Di bahagian compose message, anda boleh taip alamat email kepada siapa yang anda hendak hantar dan taip mesej berkaitan.Tahniah. Anda sudah ada akaun emel Outlook! Akaun ini boleh dihubungkan ke semua rangkaian laptop, tablet atau smartphone yang meggunakan sistem window OS.Untuk keterangan lebih lanjut dan detail sila layari Outlook Help center.

Daftar akaun e-mail Yahoo

Laman Utama Yahoo

Layari laman utama Yahoo. Dan klik pada pautan mail.

Klik pada pautan Sign Up

Klik pada pautan Sign Up

yahoo_sign_up_page_detail

Isikan segala maklumat penting berkaitan anda.Dan di sini anda harus memasukkan nombor telefon anda untuk tujuan pengesahan akaun nanti.Kemudian klik pada button Create account.

Masukkan karekter untuk tujuan keselamatan saringan ketika mendaftar email

Masukkan karekter atau code seperti yang ditunjukkan untuk tujuan keselamatan saringan ketika mendaftar email

code_yahoo_submit

Dalam masa beberapa saat, pastikan telefon sentiasa bersama anda untuk memastikan anda menerima code khas yang dihantar oleh pihak Yahoo.Masukkan code tersebut.Dan tekan butang Submit Code.

 

yahoo_success sign up

Jika code berjaya diisi dengan betul anda akan menerima mesej sedemikian dan perlu tunggu beberapa saat sebelum pelayan web anda menuju ke kotak emel.

Tahniah! Anda sudah berjaya mendaftar emel Yahoo. Dan klik pada pautan compose untuk menghantar email.

Tahniah! Anda sudah berjaya mendaftar emel Yahoo. Dan klik pada pautan compose untuk menghantar email.

yahoo_mail_compose_page

Maka anda boleh masukkan alamat emel sesiapa yang ingin anda sampaikan mesej dan taip mesej yang ingin di sampaikan dan tekan butang Send! Untuk maklumat lebih teliti mengenai Yahoo Mail boleh layari Yahoo Help Central.

Daftar akaun Gmail

Laman utama Google

Layari laman utama Google dan klik pada butang Sign In

Anda akan dibawa ke laman akaun gmail. Klik pada pautan Sign Up

Anda akan dibawa ke laman akaun gmail. Klik pada pautan Sign Up.

google_mail_signup_detail

Anda diminta untuk mengisi maklumat penting seperti di atas.Anda juga boleh tinggalkan ruangan nombor telefon.Tetapi di kemudian hari, Google tetap meminta anda untuk mengisi untuk tujuan keselamatan. Ianya pilihan anda.

google mail sign up details

Masukkan captcha berkaitan seperti yang tertera dan tanda bahagian term of service.Kemudian klik pada butang Next Step.

google_mail_sign_up_complete

Anda kemudiannya dibawa ke halaman ini dan ini bermakna proses pendaftaran anda berjaya. Klik pada button continue.

Inilah laman utama kotak emel anda atau e-mail inbox.Klik pada butang compose untuk menaip mesej atau menghantar email.

Inilah laman utama kotak emel anda atau e-mail inbox.Klik pada butang compose untuk menaip mesej atau menghantar email.

Beginilah paparan ketika anda hendak menghantar mesej kepada penerima email.

Beginilah paparan ketika anda hendak menghantar mesej kepada penerima email.Untuk pemahaman lebih detail boleh layari Gmail Help.

Diharapkan tutorial mudah ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui langkah-langkah membuat email.Walaupun kita berada di zaman moden yang mana kanak-kanak atau remaja sudah tahu cara buat email sendiri.Hakikatnya mungkin ada insan di luar sana mungkin ingin tahu cara sebetulnya atau mengambil panduan tertentu.Artikel ini ditulis pada 2016.Mungkin pada tahun-tahun hadapan antara muka ESP (email service provider) sedikit berbeza tetapi cara pendaftaran tetap sama atau hanya berbeza sedikit.Sebagai contoh dahulunya Yahoo mail tidak perlu pengesahan melalui telefon tetapi kini sudah berbeza.Begitu juga dengan ESP yang lain, secara dasarnya atau umumnya lebih kurang sama sahaja.Perkara penting yang hampir terdapat pada semua ESP atau peringatan ketika klik butang atau pautan “Sign Up” adalah

  1. Isi Maklumat Pengguna (nama anda, nama login anda atau kata lain username anda, password, gender, etc)
  2. Isi Maklumat Untuk Pengesahan ( sama ada nombor telefon anda, atau menaip semula captcha atau karekter keselamatan)
  3. Klik Pengesahan Membuat Akaun Email (setelah langkah 1 dan 2 diisi dengan sempurna)

Akhir kata, semoga bermanfaat. Selamat mendaftar email!

Facebook comments: