Aku mintak maaf sebab tak dapat siap lagi sepenuhnya video montaj sayugia studio.Bukan apa tengah sedap-sedap aku dok bermain dengan AE, tiba ada pulak permintaan untuk review produk (free copy).So mau tak mau, aku nak kena review jugak.Terhenti lagi kejap projek video sayugia ni ish ish.. Rezeki kan, takkan nak tolak.Orang dah bagi kepercayaan kat kita, so takkan kita nak jeopardize camtu ja huhu.. Kalau la kat dunia IM dan blogging malaysia ni, tak mungkin aku akan dapat peluang review free copy camni… silap-silap ada orang akan cakap kat aku camni

sapa mamat bodoh/nak tunjuk kemas ni nak review product aku?

apa bukti income dia yang membolehkan dia ditakrifkan hebat dalam IM?

dia ni sapa, bapa juta ada dalam akaun paypal dia tiba-tiba layak nak review product aku?

dia IM atau blogger yang terkenal ka nak review product aku?

apa kredibiliti dia yang boleh aku bagi produk aku free camtu ja nak review?

Tapi, MELAINKAN kalo owner product tu memang kenalan rapat boleh la kot bagi free review copy… kalo anda adalah no body dalam industri ni, aku rasa tak mungkin sekali anda akan dijemput secara percuma untuk review product.TAPI camana pulak aku leh dapat peluang review product free camni huhu… eh aku bukan review produk dalam negara ni.Tapi luar negara sana nun… Kalo dalam negara ni, conpem aku kena ada ‘nama’ yang kuat dikalangan IM baru leh review… banyak aku tengok camtu.Nama yang hebat-hebat dalam dunia IM ja yang salunya akan dapat free review copy ye tak.

Sebenarnya, aku ada join satu forum IM bawah tanah, nak kata bawah tanah tu taklah sangat… tapi ianya forum baru sapa pun taktau sangat. Tahun lepas baru launch dan baru nak bertapak.Memang agak susah gila babeng la nak melawan kuasa forum yang hebat seperti WF, DP, V7N, BHW,Backlinks Forum dan lain-lain yang mungkin aku taktau.Aku berada dalam forum tu  daripada awal penubuhan dan sedari ahli dia baru ratus-ratus kini dah menjangkau 15000 lebih ahli berdaftar.Forum tu baru 1 tahun 3 bulan camtu lebih kurang beroperasi.

Niat aku masuk forum tu sebab aku nak belajar… aku baru berjinak-jinak dengan dunia IM pada tahun lepas.Aku bukan takmo belajar dari forum yang hebat seperti DP, WF dan sewaktunya dengannya tu.Forum tu cam dah pack giler nak lepak dan nak tanya soalan-soalan yang newbies dan noob.Silap-silap kena sound “do you know how to use search button?” So lepak kat forum baru dengan thread pun tak bapa banyak.Post pun berapa kerat je.Orang pun tak ramai.So mudah untuk aku buka (thread) soalan dan kadang-kadang admin(owner forum) yang tukang jawab.

So aku setia lepak forum tu darilah berapa kerat orang daftar sampailah berpuluh ribu dah yang daftar.Daripada alexa rank ratus-ratus ribu sampailah tinggal 4k lebih je.Sampailah si admin tu (european) kenai aku sebab aku rajin lepak buka thread dan tanya soalan(biasalah noobies baru belajar huhu).Aku nampak si mamat owner forum ni, sangatlah rajin marketing dia punya forum dan dapatkan ramai visitor yang berdaftar dan juga menghalau sebaik mungkin spammers yang cuba daftar amik kesempatan.Selain aku ada lagi la ramai geng-geng lain dari serata dunia yang setia lepak forum tu.. atas kesetiaan aku lepak aku kat forum tu, maka aku pun dilantik menjadi staff kat forum tu, ada juga 4-5 orang(pelbagai negara) yang lain dilantik juga atas kepercayaan admin.Punyalah kembang hidung aku, sebab aku staff tunggal dari Malaysia hahaha… Ceh padahal bukan ada pun. Kot la forum cam DP ke, WF ke baru leh kembang haha.

Maka, apabila forum tu makin berkembang, dan visitor kian bertambah.Maka adalah IM yang akan promote produk mereka kat forum ni.So memandangkan aku ‘orang lama’ forum tu dan juga atas kredibiliti sebagai seorang staff.Maka segelintir IM selalunya akan PM aku untuk free copy review product.Contoh PM yang aku terima seperti di bawah huhu..

Apa kelebihan sebagai seorang reviewer free copy ni.Yang pertama sekali tentulah anda dapat produk tu free saja.Orang lain perlu beli.Anda dipertanggungjawabkan untuk review secara jujur product yang dihasilkan oleh IM tersebut.Aku selalu review based on aku punya pengalaman yang ciput saja.Puji sikit, recommend sikit apa yang patut  dan bagi ayat memberangsangkan sikit settle la.Orang dah bagi free kat kita takkan kita nak kondem kutuk dan sebagainya.Ada juga produk yang aku baru tau kaedahnya, so aku puji lebih sikit dan bagi recommend kat thread yang diorang bukak untuk jual barang tu.

Kadang-kadang aku rasa macam ada ‘nama’ lak dalam industri ni haha.. padahal aku bukan pro mana pun.Habuk pun tarak.Aku ‘orang lama’ forum tu jaaa pastu dilantik staff hahaha.Kalo kat malaysia  ni, aku nak dapat free review copy tobat kena terajang masuk longkang… sapa aku??? layakkah aku hahahaha. Apa-apa pun rezeki Allah nak bagi ye tak.. So terima ja lah dengan hati yang penuh kesyukuran di samping lafaz Alhamdulillah.

Aku tetap dengan stail aku yang sentiasa underground huhu.. kadang-kadang aku dapat ja income rasa macam nak kongsi cerita letak kat blog ni, tapi pikiaq balik, orang lain riban-riban dollar, puluh-puluh riban dollar tak kecoh pun nak sembang income dia kat blog, aku yang setakat 1-2 ratus dollar buat malu ja nak sembang kemas dalam blog hahaha…pastu duit tu lesap beli tu beli ni..haha.lagi pun baru setahun lebih aku dalam bidang ni. Orang len dah 10 tahun tak kecoh pun nak sembang lebih-lebih pasai IM, biarlah dunia IM aku sentiasa underground. kalo ampa nak belajar IM senang sebab penerangan dalam BM gi daftar forum wangcyber tu huhu..bagi aku biarlah orang taktau secara detail apa jadah aku buat.. BIARLAH ORANG KENAI AIMAN NAJMY MELALUI LAGU-LAGU dan KARYANYA saja huhu…

Facebook comments: