Sebelum anda membaca bahagian ketiga entri ini, untuk lebih pemahaman secara keseluruhan maka eloklah anda baca bahagian pertama dan bahagian kedua entri ini terlebih dahulu… kerana maybe ada yang first time singgah membaca entri ini dan terpinga-pinga apa kejadah yang aku sembang ni hehe.Pada bahagian pertama aku dah ceritakan secara umum pecahan dan segmen yang wujud dalam pasaran online antarabangsa.Manakala part kedua pula aku dah deep digging secara general juga mengenai e-commerce iaitu salah satu cabang atau segmen yang wujud dalam iklim pasaran online.Dan untuk part ketiga ini, aku akan huraikan panjang lebar mengenai segmen pasaran ‘pengiklanan‘ ataupun ‘advertising‘.Seperti biasa penerangan aku lebih bersifat umum kerana kalo nak didetailkan mengenai dunia ‘advertising’ yang wujud dalam pasaran online.. perghhh~ mau 8 hari 8 malam belum tentu abih hurai.. hahaha. Internet dan pengiklanan ibarat sahabat karib yang mana cincang air takkan putus.Dunia pengiklanan dalam ruang lingkup internet mewujudkan pelbagai industri dari sekecik-kecik nilai dollar.. hinggalah ke jutaan malah bilionan dollar.

Mari kita singkap kembali sejarah pengiklanan.Dahulunya era 90 an.. apabila memperkatakan tentang iklan.. semua orang dah terbayang TV.. kemudian radio.. kemudian billboard kat jalanan.. kemudian kat paper/majalah.. kemudian brochure.. dan sebagainya (yang difikirkan logik sebelum datangnya era internet).Kemudian apabila bermulanya era internet.. maka didapati bahawa hampir semua company yang wujud sekarang telah allocate atau sediakan budget khas untuk online advertising selain daripada budget khas untuk traditional ways of advertising.Tidak dapat dinafikan keberkesanan yang maksimum jika penjenamaan produk atau promosi sesuatu produk diiklankan di TV.. tetapi dari segi peruntukkan sangatlah besar.So internet menjadi suatu medium pengiklanan yang berkos rendah dan senang untuk dikawal semudah klik di jari.Yelah kan.. nak bukak fan page facebook berapa minit sangat diperlukan ye tak huhu.. salah satu contoh la.Tapi THE BIGGEST REASON why online advertising ni mudah adalah.. Pertama, senang nak track performance iklan anda.. contohnya berapa orang dah view/click iklan anda per sehari. Kedua.. senang juga nak target iklan anda itu ke audience atau kumpulan sasaran mana.. contohnya.. untuk produk kanak-kanak.. ada targeted audience dia sendiri.. termasuklah remaja, orang tua, wanita dan pelbagai kumpulan sasaran.. dan even anda juga boleh target iklan anda ke negara mana anda mahu.. Ketiga.. hah ini memang dah tipikal.. alasan ketiga tentunya merancang dan menetapkan kempen pengiklanan semudah klik di jari sahaja… (err  salah satu contoh anda rasa susah ke nak bukak akaun pesbuk pastu tempek gambaq karipap atau apa ja produk anda kat wall huhu.. tentu mudah ye tak hoho)

Sebelum kita ‘deep digging’ dunia online advertising ni dengan lebih jauh meh kita tengok fakta yang menarik dengan merujuk pada infografik kat bawah.Tidak ramai yang tahu rasanya apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam dunia internet ketika anda sedang tidoq, bekerja dan sebagainya.Setiap minit malah setiap saat yang berlalu pelbagai aktiviti dalam talian telah dijalankan yang mana menjadi penanda aras utama betapa pentingnya pengiklanan online terhadap penjenamaan dan promosi produk atau servis anda.

Maybe ada malas nak tengok sebab gambar resolusi kecik maka sila tengok angka-angka dan fakta kat bawah apa berlaku dalam dunia talian setelah berlalunya 1 minit masa.

710 computers are sold worldwide and 555 of these computers are sold with Intel processors

1,820 TB of data is created; that’s enough data to fill up 2.6 million CDs

232 computers around the world get infected by malware

450 Windows 7 Cds are sold worldwide

925 iPhone 4s and 85 iPads are sold worldwide

11 Xbox 360 consoles are sold worldwide

18 Amazon’s Kindle Fire are sold worldwide

38 tons E-waste is generated worldwide

4,000 USB devices are sold worldwide

2,500 ink cartridges are sold worldwide

2,100 checkins happen on location-based social networking website foursquare

$75,000 is added to Google’s revenue

2 Million Internet users watch Porn Online

1.1 million conversations take place via instant messengers

103 Blackberries are sold worldwide

1,100 acres of land farmed in Farmville application

PayPal processes transactions worth $219,000; out of these, $10,000 is transacted via PayPal mobile

Around 950 purchases are done on eBay, out of which 180 purchases are done using eBay Mobile

12 websites get hacked and 416 attempts are made to compromise various Facebook accounts

1,400 movie discs are rented from America’s movie and game destination Redbox with more than 34,400 kiosks nationwide.

Aku sebenarnya tak berminat nak hurai angka-angka dan fakta-fakta kat atas sebab ternyata anda boleh baca dan nilai sendiri.Cuma aku attachkan supaya dapat beri satu gambaran bahawa betapa pentingnya dunia pengiklanan online yang mana sedikit sebanyak telah mengecilkan skala pengiklanan secara old fashioned way.Sebenarnya data kat atas lebih memperihalkan iklim pasaran global secara umum.. tapi secara spesifiknya apa yang berlaku dalam dunia internet tempatan yakni Malaysia only.. alamak tak dapat la pulak aku cari data-data  spesifik sedemikian huhu.Apa yang penting adalah dunia internet its all about syndication phenomenal. Istilah yang aku nak terangkan dari sudut dunia internet secara detail memang agak kompleks huhu.. sebab kalo tengok kamus, syndicate maksud dia lain.. kalo dalam dunia talian cara pemahaman dia lain.. tetapi secara analogi umum.. apa sahaja content yang diletakkan di internet secara organiknya ianya akan berlegar-legar atau syndicate dari satu web ke satu web tanpa disedari.Sebagai contoh video yang anda upload ke youtube.. secara perlahan-lahan dan tanpa sedar ianya akan syndicate ke database carian google.. kemudian yahoo.. kemudian lain-lain enjin carian.. kemudian andai video itu menarik dan ramai yang mencari ianya akan spread over ke social media cam facebook, blog dan sebagainya.Begitu juga jika content anda letak itu berupa pengiklanan produk anda.. fenomena yang sama akan berlaku cuma ianya bergantung seberapa cepat atau lambat iklan itu melalui proses syndication.

Nak bercerita mengenai proses syndication pun panjang berjela juga.Yelah maybe ada yang tertanya-tanya bagaimana sesuatu content iklan sesuatu produk itu boleh syndicate dengan cepat atau boleh dilihat di merata-rata website dan blog.Sebagai contoh.. anda sememangnya suka makan kerepek ubi pedas.Maka anda pun suka membaca info berkaitan kerepek ubi pedas di internet.. maka asal anda buat carian di google mengenai kerepek pedas ubi.. terpampang jenama Pak Ali Kerepek Pedas (sebagai contoh sahaja) di halaman carian.. anda nak tengok video pasal kerepek pedas kat youtube.. pun ada iklan terjengoi timbul pasal Pak Ali Kerepek Pedas.. anda bosan-bosan nak baca blog mengenai pengalaman orang makan kerepek pedas takpun cara-cara pembuatan kerepek pun ternampak iklan Pak Ali kat celah-celah isi kandungan bacaan.. anda masuk pesbuk pun ternampak iklan Kerepek Pedas Pak Ali.. anda nak masuk forum nak sembang dengan kawan-kawan pasai kerepek pedas.. pun ada jugakk Pak Ali punya iklan.. sakan Pak Ali ni nohh hahaha… itulah dunia syndication phenomenal.Aku takkan bercerita lebih detail how it actually work.. maybe di lain entri khas ok huhu.

Dunia advertising online juga banyak cabang dan segmen-segmennya.Masing-masing ada peranan tersendiri dan juga merangkumi targeted content dan audience yang tersendiri.Untuk gambaran yang lebih jelas meh kita tengok dahulu infografik kat bawah mengenai perkembangan dan bermulanya era digital advertising yang kini sememangnya pesat meluas.

Yaa begitu banyak sekali angka-angka dan fakta berkaitan yang dibentangkan infografik kat atas.Seperti biasa aku takkan mengulas balik apa yang dinyatakan atau diterangkan dalam infografik kat atas sebab anda pun boleh baca dan nilai sendiri.Cuma kita dapat lihat sejak akhir-akhir ini iaitu 2011-2012, kebangkitan atau bermulanya era mobile advertising yang semakin memuncak dan sedikit sebanyak mengecilkan sedikit pola pengiklanan medium yang lain.Dengan pemilikan smartphone (android, apple, window phone) oleh jutaan pengguna.. ditambah dengan kemudahan internet mudah alih di mana sahaja.. telah memacu pertumbuhan industri mobile advertising dengan begitu memberangsangkan.As i said before.. people now can simply browsing, shopping, searching just via smartphone. Tetapi masih lagi ada generasi seperti aku yang lebih selesa menggunakan laptop dan pc ketika surfing internet.. dapat juga aku lihat peningkatan trend di mana PC dan laptop sudah tidak dipandang trendy di kalangan pemuda pemudi sekarang………… “Sekarang zaman samsung beb, zaman apple.. apa barang bawak laptop berat surfing kat mamak..” berkata seorang anak muda yang ibu jarinya tak henti-henti thumb like instagaram picture ketika lepak di kedai mamak.Ditambah pulak kuasa beli pengguna yang mampu menyediakan smartphone kepada anak-anak kecil mereka seawal usia 10 – 12 tahun.Sememangnya aku jangka mobile advertising akan meningkat pola penguasaan dari tahun ke tahun berbanding medium lain.Maka jika anda memiliki website jualan atau sebarang website yang memasarkan produk anda.. maka nasihat aku bersegeralah secepat mungkin transform website anda itu kepada platform yang lebih mobile friendly user.Dengan erti kata lain.. jika pengguna internet browsing website anda melalui smartphone.. tak perlu lagi mereka pinch zoom banyak kali sebab view dari pc desktop version berbanding mobile version tentunya berbeza sebab screen kecik huhu.. melainkan mereka browsing melalui screen yang lebih besar seperti ipad, samsung tab dan sebagainya.

Seperti biasa Google masih lagi pendominasi dalam arena ‘search marketing’.Melalui Adwords dan juga Adsense.. nilai jutaan dollar telah dijana hasil ke saling bergantungan antara mereka/pengiklan  yang melabur ke dalam Adwords dan juga Adsense publisher.Aku tidak akan deep digging detail mengenai kedua-dua ad platform google iaitu Adsense dan juga Adword kerana terlalu panjang akan dihuraikan nanti huhu.Di lain entri khas rasanya lebih sesuai.Terdapat pelbagai format iklan yang dipaparkan dalam arena dunia online advertising.. yang popular tentunya banner.. sama ada banner bergambar saja.. text sahaja.. atau beranimasi dan sebagainya.Yang kedua tentunya ‘text link’ iaitu sesuatu perkataan atau ayat yang bila di clickkan akan membawa ke pautan sesuatu website.Bercerita mengenai ad format dan ad revenue memerlukan penjelasan yang mendalam dan lebih lanjut dalam lain entri huhu tetapi pengiklan selalunya memilih platform pengiklanan yang sesuai dengan kehendak pasaran atau produk mereka.Setengah company atau pengiklan.. mereka hanya pentingkan public aware atau penjenamaan produk mereka, means pengguna internet tahu kewujudan brand name company sesuatu produk itu.Setengah pulak beriklan dengan harapan dari pengiklanan yang dipaparkan di internet itu, pengguna internet terus dapat membeli produk mereka dengan direct melayari website jualan dan terus beli.Bab mengenai how company or pemilik product choose platform pengiklanan juga tidak akan diterangkan secara details buat masa ini huhu.. panjang kot.

Social media.. Rasanya tak lengkap dunia pengiklanan kalo tak dikaitkan dengan social media seperti facebook, twitter dan blog.FACEBOOK huhu.. rasanya memang tidak asing lagi dengan masyarakat dunia dan menjadi satu kemestian atau kewajipan! sesuatu company mesti ada laman rasmi atau page facebook mereka sendiri.Facebook mempunyai dunia mereka sendiri dan target audience yang tersendiri dengan cecahnya pengguna akaun 1 billion, tetapi aku rasa 60 -70% ja kot yang valid akaun yang betul-betul pengguna tegar facebook.. yang lain tu macam fake akaun, orang yang buat dua akaun sebab nak main game, akaun sahaja-sahaja, akaun saja2 nak spam, dan lain-lain lagi.Social media tetap menjadi sasaran atau kewajipan para pengiklan untuk memastikan target semua golongan sasaran sampai instead of medium pengiklanan yang lain-lain.Keutuhan dan perkembangan social media dari zaman penubuhannya sampai sekarang telah mengecilkan lagi pola pengiklanan menerusi email.Tidak dinafikan pengiklanan melalui email masih lagi relevan tetapi kedatangan social media menyebabkan penguasaan pengiklanan melalui email kian menguncup.Kerana kita tahu.. sewaktu awal era social media baru hendak bermula.. email menjadi sandaran utama para pengguna internet untuk berhubung.. sekarang.. segalanya komunikasi dan sebarang pemberitahuan menjadikan social media menjadi perantara.Tetapi tidak jugak boleh dilupakan terus pengiklanan melalui email.. kerana ianya masih lagi relevan walaupun pola penguasaannya rendah.Maka sebelum aku deep digging sedikit sebanyak mengenai peluang dan ruang yang ada untuk menjana pendapatan dari industri pengiklanan yang semakin berkembang ini.. meh tengok dahulu infografik kat bawah mengenai perbelanjaan yang dijana menerusi global scale online advertising.

So…Bagaimana agaknya menjana income menerusi pengiklanan? Rasanya ramai yang sudah sedia maklum atau yang belum tahu bagaimana menjana pendapatan melalui pengiklanan ini.. sama ada ianya meliputi iklim pasaran tempatan atau pun global.Memang terlampau banyak peluang dan juga ruang bagi mereka yang ingin mengambil kesempatan dari industri berbillion dollar ini.Err… aku tak tahu nak terangkan bagaimana sebab terlalu overload kepala otak aku ini dengan info belambak-lambak kalau nak dijelaskan satu persatu sumber rezeki yang wujud dari segmen pasaran pengiklanan online ini.Ok ok.. hmm.. aku akan perjelaskan 2 atau 3 sahaja platform yang betul-betul famous secara umum huhu.. di lain masa bila mana urat kerajinan menulis aku di’trigger’.. maka aku akan berkongsi secara detail hohoho..

PAY PER CLICK… yaa ini sangat mudah dan senang dan rasanya semua tahu.Sapa tak penah dengar Google Adsense ye tak.. rasa ramai dah tahu… bagi yang tak tahu apa kebenda ni huhu.. sila search dan google sendiri hahaha.Anda memiliki website sendiri dan anda meletakkan ad format (code yang dijana oleh Adsense) yang telah digaris panduankan oleh google di lokasi tertentu website.. Maka jika sesiapa sahaja yang click iklan yang terpapar di website anda.. anda akan dapat komisen. Ad revenue per click bergantung kepada competition para pengiklan dan juga faktor demograhpic, impression, keyword dan sebagainya.Lagi dasat persaingan sesuatu keyword maka ianya boleh menjangkau paling koman satu click 5 usd. Dalam sehari andai kata 20 orang click dah berapa.. sebab itu ada yang mampu menjana ratusan dollar malah ribuan dollar setiap bulan hanya dengan Adsense.. TETAPI… ianya bukan mudah yang disangka.. asal click dapat duit camtu.. bek anda suruh sepupu anda, adik anda, pakcik makcik, jiran sebelah takpun kawan-kawan click ye tak hahaha… GOOGLE sangat bijak dan very smart dalam hal ini.. mereka ada algorithm mereka sendiri atau AI mereka sendiri untuk menentukan kesahihan sesuatu ‘click’ itu.. mereka tahu individu yang click itu sememangnya benar-benar mahu klik iklan itu untuk mendapatkan info dan bukannya click rambang dari jiran sebelah anda atau member rapat anda.. ianya datang dari organic search visitor.. oppss mak aihh ni kalo aku ralit sembang bab ni mau 8 webpage tak abih haha..Selain itu kita dapat lihat ramai penyedia platform sebegini mengimplemen sistem yang serupa seperti Google Adsense.. contohnya kalo kat Malaysia yang popular tentunya Nuffnang, Adverlets dan bermacam lagi anda boleh search sendiri.. tetapi dari segi komisen dan pengurusan polisi dan kawalan algorithm yang terbaik.. tentunya Adsense menjadi pilihan webmaster seluruh dunia.

DIRECT ADVERTISING… aku taktau nak namakan apa aku just named it as direct advertising atau sponsorship.Anda memiliki website.. maka pengiklan terus direct berhubung dengan anda berkenaan dengan website anda itu yang pengiklan sangat berminat dengannya.Maka setelah berhubung dengan anda.. maka perbincangan dijalankan.. setelah kata sepakat dicapai maka advertiser berkenaan berminat untuk beriklan di website dengan sekian-sekian harga yang ditetapkan.Selalu by annually dan ada juga by monthly bergantung pada kebolehpasaran website anda itu.So terma apakah atau website bagaimanakah yang menjadi pilihan advertiser untuk beriklan di website anda? Pertama tentunya website itu ada kaitan dengan pengiklan.. katakan website anda berkaitan dengan technology, komputer dan bersangkut paut dengannya.Maka para pengiklan juga selalu ada kaitan dengan ‘niche’ atau content apa yang anda sampaikan.. maybe pengiklan yang berminat itu akan meletakkan iklan mengenai servis mereka yang berkaitan dalam bentuk ‘text link’ dan juga banner.Makin berkualiti website anda maka makin tinggilah harga yang anda boleh nego dengan para advertiser.

Bagaimana kualti itu dikira selalunya? So mengikut sedikit sebanyak pengalaman aku.. ada 4 jenis kualiti yang selalu advertiser lihat dan observe veri carefully.Pertama, tentunya trafik! Kalo website memiliki jumlah trafik pengunjung yang tinggi.. memang terliur advertiser untuk beriklan di website anda.Kedua, PR! atau PageRank.. Page Rank adalah algorithm yang telah ditentukan oleh Pakcik Google untuk kualiti sesuatu website.Makin tinggi PR maka makin terliur juga advertiser dibuatnya.Ketiga.. kombinasi PR dan traffik! lagi bertambah terlioq advertiser apabila melihat traffik website anda tinggi dan PR juga mencanak naik.Keempat, asal berkenan jaa.. haa faktor keempat ni pelik sikit haha.. do you believe love at first sight? Huhu.. advertiser tu tak kira website anda takdak trafik ka, takdak PR ka dia apa pedulik! Huhuhu.. dia dah jatuh hati dengan content dan persembahan website anda hoho.Dan itu lah antara faktor yang menyumbang kepada sudinya advertiser untuk beriklan di website anda.Tetapi… ada tapinya jugak… ada abang long kawasan yang tak berapa seronok sebenaqnya dengan direct advertising huhu.. teka sapa?? huhuhu.. Tentulah pakcik GOOGLE hahaha.. maka berkata pakcik Google.. “awat ampa takmo beriklan dengan aku.. tak dapat la aku untong lagi kaw-kaw hahaha..” sebab apabila membicarakan soal content website.. tentulah Google yang akan pickup content website kita dan indexkan ke dalam list enjin carian huhu.. rugi la dia nanti huhu (maybe ada yang tak paham maksud aku.. takpa abaikan haha)

Freelance job.. Haa ini aku taktau nak namakan apa huhu.. tetapi anda berkerja bebas bagi pihak advertiser untuk membantu mereka dari segi pengiklanan.. contohnya.. design banner, tolong promote dari blog ke blog, tolong promote ke social media, tukang cari website yang ada potensi, jadi orang tengah antara advertiser dan webmaster, tolong siapkan bahan untuk kempen marketing/pengiklanan dan pelbagai lagi job yang berkaitan.Anda boleh usya-usya job ini di pelbagai forum berkaitan.. antara forum yang famous tentunya digitalpoint.Aku dapati yang selalu buat job ni mereka yang berasal dari negara India.Maybe sebab kos nak bayaq murah kot huhu.. anda pun boleh cuba.. kalo kerja anda kualiti dan diyakini.. letak la harga berpatutan dengan kerja anda.Aku pun penah cuba buat job-job freelance sedemikian.. biasalah time tu dulu nak merasa duit USD masuk haha.. walaupun upah diberikan tak banyak.. tapi pengalaman tu penting hoho.

Dan banyak lagi sebenarnya ruang dan peluang dalam industri pengiklanan online ni huhu.. aku just nyatakan yang popular dan top secara umum huhu.Maka berakhir sudah part 3 huhu.. di bahagian 4 nanti aku akan ceritakan segmen-segmen yang lain pula huhu.. pada part 2 aku dah perincikan secara umum e-commerce, part 3 advertising.. dan part 4?? haa nantikan huhu.. tak surprise abaq awai-awai haha.. sesungguhnya rezeki Allah kepada manusia sungguh luas.. tersangat lah luas.. kita perlu berusaha mencarinya.. berjumpa di next entri!

 

Facebook comments: