Bersambung kita ke bahagian kedua.Pada entri bahagian pertama dahulu aku dah jelaskan serba sedikit mengenai peluang dan pasaran yang wujud dalam culture dunia internet antarabangsa.Untuk mendapatkan gambaran serba sedikit tajuk entri ini maka lebih elok anda baca part pertama dahulu sebelum aku membebel panjang berjela dalam bahagian kedua ni huhu.So why online business? Kenapa ianya menjadi platform yang sangat menarik untuk diterokai.Simpy said.. when you talk about online world.. it is no border at all.Sesiapa yang log in ke internet boleh menjual produk mereka ke serata dunia.Limitless.But how? Dengaq macam mudah.. dan sangat tipikal.Tapi jika ada saja produk tapi tak tahu promosi dan mencari platfrom yang sesuai tiada guna jua.How can you make sure somebody in Zimbabwe or Uganda knows your product? Huhu.. just tipikal question.Sebelum aku deep digging dengan lebih lanjut so apa kata kita memahami internet culture dahulu secara perlahan-lahan.Ibarat bukak buku teks sekolah muka surat pertama huhu..

Aku sebenarnya tiada niat tersembunyi nak berceloteh mengenai industri yang wujud dalam alam maya ini.Ampa nak baca pun takpa.. tak baca pun takpa.Aku tak paksa pun..Aku sekadar nak berkongsi ilmu yang bermanfaat.Disamping itu aku juga suka menulis perkara yang aku betul-betul sangat minat.Aku mengenali dunia internet secara serius sejak zaman sekolah menengah lagi huhu sekitar awal tahun 1998.Time tu nerd ntah hapa-hapa.. masuk internet just nak masuk mirc chatting pastu kacau awek haha.. kiranya masuk tenet just for fun.. gaming, baca paper, dan lain-lain aktiviti lagha dan tak berfaedah.Aku memang akui, aku sangat lambat mengkaji industri perniagaan alam maya ini huhu.. malah ketika aku di alam universiti pun aku tak penah pun amik tahu pasal culture internet business ni.Rasa sangat membazir masa ketika itu huhuhu..Tapi bagus la.. aku tengok budak-budak muda sekarang dah pandai bab-bab online business yang melibatkan market international ni.Aku start lambat.. dah tua bangka baru nak mengkaji dunia internet business alam maya ni iaitu aku bermula mengkaji pada akhir-akhir tahun 2009 (aku dah cerita dahulu camana aku terjebak.. huhu baca balik entri lepas aku hoho)

So secara generally, sebelum aku start dengan point aku.. meh tengok dahulu infografik kat bawah. Betapa pentingnya online culture dalam internet business anda..

Yaa terdapat banyak pecahan atau segmen-segmen dalam internet business culture ini.Anda boleh baca sendiri kat atas huhu.. sebenarnya aku nak hurai satu persatu.Tapi nantilah.. slow-slow.Seperti yang aku kata tadi.. meh kita kaji secara general dahulu.. ibarat bukak buku teks muka surat pertama hoho.Masih terlalu awal untuk cerita secara details.So secara asas atau basicnya.. when we talk about internet bisnes ni.. apa yang dapat aku rangkumkan adalah melalui dua term.. ‘trusted brand’ dan juga ‘trusted seller’.Kedua-dua term mengambil masa untuk diterjemahkan dalam bentuk kepercayaan pelanggan membeli produk anda.Secara umum.. andai kata anda telah lama dalam industri jual kain online misalnya.Ramai dah rate anda bagus, reputable, tak pernah menipu.. maka anda telah diklasifikasikan sebagai ‘trusted seller’.Dan ‘trusted brand’ pula sudah kita sedia maklum.. membina jenama perniaagan memerlukan masa untuk customer ratekan sebagai trusted brand.Meh kita tengok infografik kat bawah.. di bawah ini adalah antara top trusted brand yang dah lama bertapak.

Melihat kepada contoh top web brand kat atas.. aku hanya nak menekankan betapa pentingnya membina jenama.So jika anda memilih menceburi bidang internet business dengan membina jenama sendiri ianya bukan satu perkara yang mudah dan mengambil masa.Melainkan anda memiliki modal yang sangat besar untuk proses penjenamaan nama business anda dengan lebih cepat.Ataupun anda seorang yang sangat kreatif dan inovatif dalam mencorakkan model bisnes anda.. maybe tidak ambil masa lama untuk penjenamaan bisnes ke suatu tahap ‘trusted brand’.Dalam bahagian pertama entri lepas.. aku dah jelaskan secara umum mengenai jenis-jenis model bisnes online antarabangsa.Aku takkan pergi satu persatu details by now.. tapi aku akan tumpukan dahulu kepada model business yang sedia top iaitu tidak lain dan tidak bukan iaitu E-commerce sites! So tidak dapat dinafikan lagi E-commerce merupakan nadi dan saluran utama bermulanya dunia internet business sebelum ianya berkembang kepada beberapa jenis model business lain.Sebelum itu meh kita tengok dahulu sejarah E-commerce secara umumnya.

E-commerce sememangnya sangat top dan kini kita dapat lihat di Malaysia ianya makin berkembang secara pesatnya.Dengan pembayaran menerusi online yang sangat mudah dan merentasi seluruh dunia.E-commerce store menjadi platform untuk menjual produk digital atau barang physical secara online.Paypal menjadi suatu platform pembayaran yang sangat digemari oleh online shoppers seluruh dunia selain credit card dan terbaru seperi Google check out atau Google Wallet.Kenapa E-commerce? Ianya tentunya mudah dan dapat mengelakkan segala hassle yang ada seperti, duit minyak nak pergi singgah kedai, nak cari parking, nak beratur nak bayaq.Selain tu kajian dari Nielsen menunjukkan bahawa hampir 50 peratus pemilik smartphone seluruh US menggunakan aplikasi shopping online untuk membeli barang atau produk yang diminati menerusi E-Bay, Amazon, Groupon dan sebagainya.This kind of huge market is expanding from year to year.. tetapi.. ada tapinya juga terdapat pelbagai faktor dan behavior yang mempengaruhi shoppers online dalam membuat keputusan membeli suatu barang dari alam maya.Mari kita tengok infografik kat bawah.

Maka apabila memperkatakan tentang shopping online behavior dan experiences.. Rasanya sama saja kalo direlatekan dengan market tempatan.. the basic of human preferences rasanya sama huhu.Jika anda ingin mengusahakan E-commerce store anda sendiri dan menumpukan kepada market international, anda perlu mempunyai produk yang betul-betul memenuhi permintaan pasaran international.Tentunya susah sekali anda nak bukak e-commerce store jual kain batik tapi tumpu market US huhu.. Lagipun persaingan sangat dasyat.Melainkan anda betul-betul ada produk sendiri yang berkualiti dan sememangnya memenuhi kehendak pasaran sana.Tapi apabila memperkatakan tentang market tempatan yaa banyak sekali peluang dan pasaran yang sedang berkembang.. dan aku dapati market tempatan baru mula nak bertapak seiring dengan kemajuan internet di negara kita.Nasihat aku.. jika anda ada produk yang bagus atau supplier produk yang bagus.. mulakan penjenamaan e-commerce store anda dari sekarang.. trusted brand always bring great amount of customer.. selain itu online market always sustainable sebab makin hari pengguna internet makin bertambah.. tambahan pula untuk keperluan market tempatan masih lagi segar dan tak ramai pesaing.

Entri bahagian kedua ini aku rungkaikan dalam bentuk bersifat umum.Aku becerita mengenai model bisnes e-commerce store dahulu sebab ianya sangat popular dan sinonim dengan culture internet diseluruh dunia huhu.Tapi sejujurnya aku takla cuba lagi model e-commerce store ni sebab aku belum rasa nak mencuba haha.. sebab aku maybe malas nak cari produk yang bagus atau supplier yang bagus.So ada sapa nak berkolaborasi dengan aku?? haha.. aku tahu la jugak bab-bab membina  e-commerce site ni huhu.. tapi buat masa ni aku belum rasa nak try sebab aku busy dengan projek-projek lain huhu.. maybe suatu hari nanti mana tahu huhu.. tapi seperti yang aku katakan tadi.. andai kata anda ada produk yang bagus dan supplier produk yang bagus.. dengan sepantas kilat bina penjenamaan produk anda dari sekarang!! Percayalah.. apa yang aku predict untuk market tempatan.. 5 tahun lagi culture bisnes internet di malaysia akan berkembang seperti di US atau UK.. where people simply buy the product menerusi smartphones/tablet ataupun old fashioned way laptop/desktop.

Ramai juga yang lebih senang promosi atau jual barang di facebook sebab kos murah berbanding nak set up satu e-commerce site.Bagi aku untuk penjenamaan online bisnes anda..wajib mempunyai e-commerce store anda sendiri selain menjualnya di facebook.Mulakan dan bina jenama anda sendiri.. dengan memiliki website jualan anda sendiri atau e-commerce anda sendiri.Proses penjenamaan lebih senang dan akan lebih mudah syndication di alam maya. Percayalah 5 tahun ke 10 akan datang  mereka yang mengusahakan IKS (industri kecil dan sederhana) akan ada satu website khas jualan sendiri.. sebagai contoh dengan membina jenama kerepekpedas.net (ni contoh saja takdak pun nama website ni).So pengguna internet dapat memilih kerepek pedas apa yang diorang suka, jenis kerepek apa pisang ka ubi ka.. pastu just simply place order dengan pembayaran online cam aku cerita kat atas.. pastu shipping process.. dan tunggu sampai produk kat umah. So by having e-commerce store like that.. pemilik jenama kerepekpedas.net tadi telah membina jenamanya di persada online tempatan.. di mana sesiapa yang teringin nak makan kerepek.. mereka dah tahu nak cari kat mana.. Just simply online shopping.Analogi yang aku ceritakan dah dapat merungkai kepentingan membina jenama bisnes anda.So mulakan sekarang penjenamaan bisnes anda dari sekarang!!

Apa yang aku predict mengenai e-commerce store pasaran tempatan ni maybe ada yang rasa skeptical.. maybe ada yang kata ”ahhh promosi atau jual kat facebook sudah.. free saja.” ataupun “ahhh buat blogspot sudah laa.. just free” Terpulanglah.. ini apa yang aku nampak the future of internet culture in local market.Pentingnya pembinaan jenama sendiri instead of bergantung pada 3rd party platform macam facebook dan lain-lain.Nampaknya aku dah melalut menceritakan pasaran tempatan hohoho.. tajuk sepatutnya lebih kepada international market hehe.

So sekian sahaja bahagian kedua.. bahagian ketiga dan seterusnya aku akan lebih deep digging mengenai model-model bisnes lain pula.So mengenai e-commerce store.. cukup dahulu secara umum penerangan yang dapat aku berikan.Next entri will be more about pecahan lain dalam model business antarabangsa.Dan aku akan perincikan secara umum setiap jenis model bisnes.Nak details kan setiap satu aku perlu buat entri lain khas huhu.Entri ni yang mempunyai banyak part secara keseluruhannya hanya diterangkan secara general dahulu huhu.. Semoga segala apa yang aku kongsikan dapat anda manfaatkan ke arah memajukan bisnes anda atau suatu pengetahuan berguna bagi mereka yang ingin berjinak-jinak memahami the culture of internet business model. 🙂

 

 

Facebook comments: