Salam semua kepada pembaca sekalian.Sebelum aku bercerita dan menulis panjang lebar mengenai tajuk entri ini dan ianya mungkin banyak part, aku ingin menyatakan, aku hanyalah insan biasa yang begitu obses dengan bisnes yang melibatkan internet sebagai medium perantaraan.Apabila memperkatakan tentang dunia bisnes online tentunya ianya melibatkan segmen atau market tempatan dan juga antarabangsa kerana internet bisnes semua memang sedia maklum merentasi masa dan benua.Aku lebih obses menfokuskan kepada market luar yakni dunia online antarabangsa.

Aku akan menulis entri ni berdasarkan apa yang aku kaji, baca, eksperimen dan melalui pengalaman aku sendiri bermula dari tahun 2010 sampai sekarang (baru 2 tahun pengalaman huhu).Dan aku sememangnya tiada degree atau master atau phd dalam bidang berkaitan bisnes.Aku hanya learn by hard.. dan belajar sendiri melalui pemerhatian dan pengalaman berurusan dengan pelbagai individu.So aku dah cakap siap-siap kerana umum tahu.. apabila seseorang nak bercakap sesuatu topik sekurang-kurangnya dia mesti ada “something” yang nampak dalam bidang berkaitan baru orang macam nak percaya sikit.Contohnya individu yang ada kelulusan dalam bidang bisnes bercakap tentang topik bisnes dan individu yang tiada kelulusan bisnes nak bercakap dalam bidang bisnes berdasarkan pengalaman.. secara natijahnya seorang pembaca akan menilai siapa dari sudut kredibiliti penulisan dan penyampaian? So tepuk dada tanya diri sendiri hehe.. terpulanglah kepada anda nak menilai penyampaian content aku dari sudut apa..  maybe ada yang berkata ” Ahh mamat ni dulu mengaji bidang lain nak bercakap tentang bidang lain.. bajet tau lebih itu ini..” lain orang lain cara interpretasi..

Ntah la.. tapi bagi aku bab penyampaian ilmu tidak perlu dinilai kredibiliti seorang dari sudut ada ijazah ke tidak, ada phd ke tak baru layak berbicara bab tertentu. Pengetahuan melalui pendidikan formal hingga ke alam universiti dan pengetahuan melalui pengalaman adalah dua premis yang berbeza untuk disama tarafkan.Ok dah stop panjang lak aku berletiaq huhu..  meh kita sambung the real topic yang ingin diperkatakan oleh aku ini hehe.Internet adalah medium yang sangat powerful dan ianya boleh terarah ke aktiviti yang baik dan tidak baik.Ramai sekarang menjadikan internet sebagai platform untuk melakukan aktviti jual beli secara atas talian.Ramai jugak yang menipu untuk keuntungan diri sendiri.Terdapat pelbagai model bisnes atau sistem jual beli yang telah dilaksanakan di atas talian (online) yang mana terpulang pada diri sendiri kita hendak mencubanya atau tidak.Ramai jugak yang tidak mempercayai online market antarabangsa atas dasar paranoid, takut atau tak yakin dan sebagainya.Yelah katakan kita deal dengan orang Uganda ka atau Zimbabwe ka (sebagai contoh), in case kalo kena tipu apa yang leh kita buat ye tak.Kalo market tempatan boleh lagi hunt down dan bawak ke muka pengadilan.Walau apa pun persepsi anda.. mari kita lihat dulu secara umum jenis-jenis online bisnes model yang biasa wujud di arena antarabangsa.

 

Jenis-jenis model bisnes online antarabangsa

Pasaran market online antarabangsa adalah tersangatlah besarnya merentasi seluruh dunia.. kalo nak diikutkan pasaran tempatan pun belum abih digali.. inikan pula market antarabangsa.Mari kita tengok jenis dan peluang yang ada.Aku hanya memperkatakan tentang model bisnes utama yang biasa wujud dalam iklim pasaran dunia online sekarang.Mengikut kajian yang dilakukan oleh Forrester Research, US consumers will spend $327 billion online in 2016.Itu hanya melibatkan pasaran US saja.UK? Europe? Lain-lain negara lagi…. so the consumers will stick to online business from year to year.Ditambah pulak dengan kemudahan smartphone/tablet yang mana internet mudah alih boleh dilakukan mana sahaja.. so i think when it comes to online shopping.. the consumers would say……………….

1) Affiliate Marketing (Pemasaran Affiliate)

Apa ke benda sebenarnya affiliate ni? Ok.Aku analogikan dalam bentuk senang paham dulu.Pak Ali ada buat perniagaan kerepek pisang.So si Karim berminat untuk pasarkan produk Pak Ali.So Karim pun deal ngan Pak Ali setiap jualan sebungkus kerepek pisang akan diberi komisen sekian-sekian banyak.Maybe harga Karim jual kerepek pisang kat pasar malam seringgit sebungkus.Mengikut perjanjian dengan Pak Ali.. ” Weh Karim, kalo ang dapat juai sebungkus kerepek pisang ang dapat la komisen 2 kupang..” Karim pun pulun promosikan kerepek pisang Pak Ali merata tempat.. pasaq malam SP, pasar tani Tikam Batu, kat supermarket dan sebagainya (sebagai contoh).So begitulah analogikan tapi diaplikasi dalam dunia talian.Produk tidak terhad kepada fizikal malah digital produk seperti e-book, software dan sebagainya.Maka tempat promosi adalah seperti Forum, Social Network (FB, Tweeter dll), Classified Ads dan sebagainya.

2) Online auction business (bidaan secara online)

Contoh paling top rasanya semua tahu konsep perniagaan ini.Kalau kat Malaysia tentunya Lelong.com.my dan antarabangsa apa lagi kalo bukan E-Bay! Letak la barang-barang anda seperti kain pelikat anda kaa.. pastu tunggu bidaan pembeli haha (bergurau)

3) Freelancing

Anda bergerak dalam dunia talian sebagai entiti yang bebas dan menawarkan servis anda sendiri.. macam buat website ka, buat design ka, programming ka.. freelancing bergantung pada tahap skill yang anda miliki untuk ditawarkan di pasaran online.. melalui forum-forum, website anda sendiri dan sebagainya

4) Email Marketing (Pemasaran emel)

Ini semua sedia maklum.. anda pasarkan produk anda, atau tawarkan produk orang lain melalui email yang dihantar ke prospek pembeli.Tapi perlu ada cara dan kaedahnya.. jika tidak anda akan dianggap sebagai spammers yang berjaya huhu.

5) Advertising

Ini semua sedia maklum. Website anda sangat top dari segi traffik ataupun website anda berkaitan dengan produk yang mampu menarik para pengiklan untuk beriklan di website anda.Selain itu dunia advertising ada banyak cabang dan salurannya.Cerita bab advertising satgi 8 hari 8 malam tak abih haha.. cukuplah secara umum dahulu.

6) Subscription dan Komuniti

Model bisnes ini berdasarkan subscribers berbayar sama ada secara bulanan atau tahunan.Ianya juga bergantung kesetiaan atau berapa lama anda melanggani servis yang ditawarkan.Sebagai contoh, web hosting service, atau share file hosting, atau langganan majalah/cinema online, atau langganan servis tertentu.

7) eCommerce Stores

Ya ini pun ramai yang sudah sedia maklum.E commerce site sama seperti kedai yang wujud di alam maya.Tak kisah nak jual apa pun.. sama ada fizikal atau digital.Nama domain adalah nama kedai online anda, dan hosting adalah untuk simpan data-data online anda ibarat macam store real kedai betul, simply said you own a web store where customers would place orders and then ship them a physical product.Kalo kat pasaran tempatan sekarang dah belambak jual tudung online, kain online dan sebagainya

Ok setakat ini dahulu secara umum antara peluang yang wujud dalam iklim pasaran dunia online antarabangsa.Aku hanya listkan yang utama dan menguntungkan.Sesungguhnya aku tak boleh perincikan setiap satu haha.. memang details tahap tebal buku teks sekolah hohoho.Ada juga model bisnes yang nampak jelas scam yang aku tak listkan.Di masa akan datang aku akan berkongsi secara details sedikit demi sedikit.Tetapi apa yang penting sebelum memilih sebarang model bisnes untuk diceburi, adalah penting untuk mengkaji dahulu pasaran dan permintaan dan juga sama ada model bisnes itu sah atau scam.Halal atau haram.Siapa di sebalik pemilik bisnes itu kena tahu juga.Dan apa perancangan dan pelan perniagaan juga mesti mau tahu.Jangan fikir nampak USD saja.. yang lain halai balai tolak tepi.. janji duit masuk.Itu sememangnya tak berkat betul atau tidak?

Instant money?

LEGIT ATAU SCAM?

Sesungguhnya kita sedia maklum.. terdapat pelbagai model bisnes yang meragukan yang terdapat dalam iklim pasaran online.Terlalu banyak malah beribu yang sanggup menipu dalam dunia maya ini.Dapat duit saja blah! Atau dah capai target tertentu, tutup kedai bukak website lain pulak senyap-senyap atas nama lain.So sedikit panduan aku berikan sebelum anda berani menceburi mana-mana model bisnes online antarabangsa.Dan elakkan dari ditipu oleh penyangak-penyangak siber.Kalo dunia realiti kita boleh nampak penyangak tak guna seperti mencuri, meragut, dan merompak.Tapi atas dunia online juga mesti wujud manusia yang digelar penyangak siber.Hanya sempadan dunia realiti dan maya membatasi.Sikap penyangak tetap sama.. nak rompak duit secara halus.

1) Do a research!

Basic thing.. buat kajian dahulu tentang latar belakang company.Google it! Cari siapa pemilik company berkenaan.Cari related issuse berkaitan model bisnes yang ditawarkan kepada anda melalui forum berkaitan.Mesti ada isu berkaitan jika ianya scam dan menjadi perbualan ramai.Buat perbandingan, use your best judgment.Andai ragu-ragu tak payah cuba.Better stick to yang dah proven legit.

2) Use your common sense!

Mesti ada sesuatu yang tidak kena jika sistem tu menjanjikan pulangan sambil goyang kaki.Money scheme, money game, pyramind scheme, MLM hunting head scheme, pelaburan meragukan dan banyak lagi lah jenis instant money ni. I would totally said, the majority of these tend to be scams!! or schemes where only a few of the participants actually get rich.Bab-bab sistem MLM, money game, dan pelaburan emas ntah kat mana hala tak nampak pun lombong, itu lain kali lah aku cerita details huhu.. ramai lak kang panas hati kata aku dengki takleh tengok orang melayu maju sikit huhu.

3) Use additional tools!

Banyak tool yang kita boleh gunakan untuk tentukan reliabiliti, kredibiliti dan keboleh trusted sesuatu model bisnes.Antaranya Google Shopping, BizRate, ResellerRating, Web of trust ataupun baca review dari forum-forum berkaitan yang dah sedia reputable seperti warriorforum, digitalpointforum ataupun forum scam dot com.

So why online business? why i choose international online business.. tempatan kan ada.. kenapa aku sanggup pilih market antarabangsa yang sedia maklum persaingan sangatlah dasatnya. Boleh ke bersaing? Camana nak bersaing secara sihat? Apa model bisnes yang sesuai untuk pasaran antarabangsa? Apa freelance job yang wujud dalam dunia maya antarabangsa ni yang sesuai dengan anda? Wah banyak persoalan ini.. hahaha.. nantikan part 2 yek.. aku dah letih menaip hahaha~~ Sekian!

Facebook comments: