Sebelum membaca perenggan seterusnya.. artikel ni khas ditulis berdasarkan entri dari bro ijad yakni sila rujuk entri beliau DI SINI

Aku juga merupakan peserta coaching bro ijad pada April 2010.Masih ingat lagi aku ketika itu aku bersama dengan otai-otai besaq blogger (beautifulnara, hasbulaqil yang kini dari majalahniaga dan beberapa orang lagi) turut sama mengikuti kursus coaching advance yang dikendali oleh bro ijad dan aku terasa diri ini sangat kerdil time tu haha.Time tu aku baru saja start kenai dunia IM dan blogging.Sila rujuk kisah lama tu kat sini.Cepat sungguh masa berlalu sedar tak sedar dah 3 tahun woii haha… gila sekejap sungguh.Serious.. so dari hari ke hari.. bulan ke bulan.. dan dari tahun ke tahun aku tetap setia dengan blogging huhu.Ok apa yang bro ijad dah becerita panjang berjela dalam entri tu tak perlulah aku ulang haha.. hakikatnya point yang aku nak bagitau sama sahaja.Satu point yang utama dan sangat penting.. FOKUS! Jangan tinggal terus blog anda itu dari sepi tanpa sebarang update dan backlink.

Sedikit tips aku ingin berikan yakni cara aku lah.. maybe aku kategorikan sebagai cara ‘baloq liat‘ (bahasa kedah) atau membawa maksud pemalas huhu.Bab update niche blog ni.. cari satu time yang betul-betul bermotivasi atau betul-betul bertenaga untuk hasilkan 30 ke 50 article sekaligus.Kalo boleh struggle terus satu hari lagi bagus.. better drag la sampai sehari dua untuk siapkan kesemuanya.Artikel tu sekurangnya mesti unik artikel means lepas copyscape dalam 70% pun dah ok.Lagi nak berkualti blog anda di mata advertiser maka bagi 100% lepas copyscape haha.Dah siap semua artikel tu.. jeng jeng scheduled post untuk 6 bulan kehadapan! So bajet dalam 3 hari sekali atau 2 hari sekali mesti update.So the thing is… anda hanya perlu struggle 2-3 hari siapkan 30 hingga 50 artikel lepas tu anda scheduled, lepas tu anda tak payah pikiaq sampai 6 bulan kehadapan sana nuh haha.. 6 bulan! means setengah tahun kot haha! Lama tu..

Bab backlink.. nak senang dan mudah, fivver kan ada.So setiap bulan peruntukan lah bajet dalam 10usd pun dah ok (means 2 job) untuk link building anda.. carilah job yang quality dan berbaloi untuk link building.Di samping tu buatlah sendiri secara manual atau invest beli software berkaitan link building dan buat sendiri slowly (kalo blog baru) dan kalo dah lama bolehlah secara heavily.So itu sahaja.. kekal konsisten buat 2 benda  penting tu.. sedar tak sedar.. tak payah cari job kat forum.. advertiser mai ketuk pintu emel anda seperti kat bawah ni.

paid posting

 

Tarikh hari ni kot huhu.. baru lagi panas lagi ini job.Cuba tengok bulatan kat atas hehe.. aku baru sahaja update entri blog pagi tadi pasai guest post.. lepas tu dalam 2 jam masuk lagi emel mengenai guest post jugak.Alhamdulillah rezeki.. apa pun takdak resipi khas.. yang penting fokus dan segala apa yang bro ijad dah abaq hehe.Terima kasih jugak diucapkan kepada bro ijad yang selama ini sudi jawab soalan atau permasalahan yang aku utarakan selama ini.Ada jugak time aku segan-segan nak tanya dia takut mengganggu so kadang-kadang aku terpaksa berdikari sendiri hehe.Apa pun terima kasih bro.. you’re the man! hehe.. buat saudara Hafiz.. jangan putus asa.Teruskan perjauangan anda 🙂

Facebook comments: