Berapa kerap anda scheduled post dalam sebulan? Setengah orang tak suka scheduled post, sebab takmau push to the limit idea sekali harung untuk 4-5 posts dan juga mahu menulis berdasarkan isu semasa dan juga bergantung pada mood untuk menulis.Bagi aku blog personal cam aimannajmy ni memang aku menulis bila rasa ada mood saja.Sekali ada mood seminggu sampai 4-5 post.Kalo takdak mood sampai 2 minggu tak update pun ada hoho!

Tapi blog-blog niche aku lain huhu terpaksa aku scheduled post siap-siap selama sebulan.Satu bulan 10 post dan secara purata selang 3 hari update atau seminggu 3 kali.So awal bulan buat siap-siap post.Take time struggle 3-4 hari camtu pastu dah rileks tidoq takyah pikiaq pasai nak update blog niche untuk sebulan.Bulan depan pulak pikiaq hehe.

Apa yang aku dah kaji, kalo tak update langsung selama sebulan mak aiih teruk gile earning adsense dalam bulan tu.Bila kerap update baru nampak tiap-tiap mesti masuk earning sama ada sikit atau banyak.Dan aku tak la kerap buat backlink atau buat blogpost target untuk keyword pun.Aku just update je.Bulan ni le aku niat nak buat blogpost untuk targetted keyword pastu buat backlink.

Adsense ni bergantung sepenuhnya pada traffic dan juga targetted keyword.Kalo setakat update blogpost je apa jadahnya traffik nak mai kot mana.Nasib je la kot kalo ada yang singgah.Tapi perbezaan sangatlah ketara apabila blog itu dibiar tanpa update dengan blog yang sentiasa update.Cuba bayangkan kalo blog tu sentiasa update pastu buat backlink power pulak dah tu blogpost targetted keyword pulak conpem mencanak-canak naik earningnya huhu!

Bagi yang mungkin taktau, features scheduled post memang dah sedia ada dalam WP.Dekat ruangan publish tu.Boleh juga kalo nak bubuh plugin tapi buat apa, kang buat berat blog je.Features scheduled posts memang sesuai bagi mereka yang mungkin nak pergi bercuti ke atau ada keja lain yang lagi penting ke untuk memastikan blog mereka sentiasa berupdate even walau dah tak sentuh sebulan lamanya blog.You got money even when you are snoring huhu..

Selain itu backlink juga boleh discheduledkan.. bab ni nanti la aku cerita detail camana.Walau bagaimana pun, untuk blog aimannajmy dot com ni, tak pernah lagi aku scheduled post.. Aku menulis bila mana ada mood sajer~ dan untuk update perkembangan terbaru Sayugia.

Dan kalo boleh aku nak scheduled post siap-siap blog niche aku tu sampai setahun ke hahahaha! pastu pas setahun tengok balik earning haha! Aku begurau ja.. tapi kalo kekuatan backlink dah mantop, ranking pun dah sempoi, tak mustahil kalo malas gila boleh update siap-siap sampai 6 bulan ke setahun ke hahaha!!

Untuk 3-4 hari ni.Aku nak tumpu blog niche aku sat, nak update siap-siap untuk bulan depan.Bulan depan dah nak puasa, kang tak larat nak buat post banyak-banyak haha.So bulan ni aku nak struggle siap-siap scheduled post untuk bulan Ogos dan September.Boleh la aku berpuasa dengan tenang dan berhari raya dengan gembiranya tanpa memikirkan soal update blog niche hehe!

Bagaimana dengan anda pula wahai bloggers sejati huhu.. adakah anda kerap buat scheduled post? 🙂

 

 

Facebook comments: