Dah lama aku perap nak tulis bab ni. Dok cari-cari masa, atau yang lebih penting sekali ‘mood’ nak menulis bukan senang.Tiba-tiba hari ni aku rasa nak menulis atau mood terlebih rajin nak taip keyboard.OK mari start.Apa itu “saka”? Kalau dalam kepercayaan tradisi orang dulu-dulu sememangnya suatu makhluk yang menumpang dalam badan manusia dan ianya turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.Aku maleh nak hurai lebih-lebih sebab ketika aku menaip ni jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi haha.Nak paham lebih sila bukak kamus DBP atau online search sendiri maksudnya huhu.Makanya gangguan saka dari Google ini bermula dari smartphone atau laptop anda atau senang kata once anda dah mula melayari internet huhu.

obligation

Untuk lebih menatijahkan hal sebenar, baiklah, saka itu adalah bersamaan dengan iklan yang keluar dipaparan screen smartphone/laptop mengikut personalized behavior anda atau online activity anda yang dipadankan dengan perwatakan anda ketika melayari internet.So aku hanya MENGANALOGIKAN sahaja, sebab saka atau iklan tertentu tersebut akan ikut ke mana sahaja anda layari internet dan menepati maksud saka itu sendiri.Sebagai contoh, katakan anda melakukan carian di Google mengenai rim motor, makanya segala iklan berkaitan rim motor atau industri berkaitan automotif akan muncul di laman-laman web yang anda kunjungi meskipun laman web itu tiada kaitan langsung dengan dunia permotoran.Iklan berkaitan juga akan muncul di Facebook anda,atau laman sosial lain yang mengintergrasikan konsep personal behavior activity ketika anda melayari internet.

Hakikatnya pembawakan utamanya adalah dari Google itu sendiri dan akan turun temurun ke semua laman-laman web yang mengintergrasikan pengiklanan berdasarkan data yang diperolehi dari Google.Aku dapati seolah-olah ianya seperti sistem berpusat atau pengkalan data khas yang dikumpul melalui web browser dan enjin carian dan semua signal diberi kepada sistem pengiklanan Google sendiri dan juga ianya disampaikan kepada lain-lain platform seperti Facebook, Bing/Yahoo dan sebagainya.Mari kita tengok atau hadam sikit sejauh mana Google ni boleh tahu segala-galanya tentang diri anda terutama sekali bila beronline menggunakan platform mereka.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, awal-awal penubuhan Google lagi, mereka menjana pendapatan mereka menerusi pengiklanan.Itu adalah the main source of profits.Koi lama koi meningkat populariti dan dana semakin banyak barulah kita dapat lihat Google mula menceburkan diri dalam pelbagai arena internet business dan tidak mengharapkan lagi atau solely depend pada enjin carian semata-mata.Walaupun pada pandangan umum, ramai menganggap Google sebuah syarikat berteknologi tinggi dengan buat keta, buat google glass, buat android dan macam-macam lagi, tapi pada hakikatnya, berbillion keuntungan hanya daripada pengiklanan semata-mata, dan ianya sumber pendapatan utama! So kesimpulannya? Google adalah syarikat pengiklanan pada dasarnya iaitu mencatat keuntungan dengan menjual iklan.Maybe ada yang tak setuju, itu terpulang lah pendapat masing-masing haha.Maka lagi details Google tahu tentang hidup anda, lagi better untuk mereka personalized kan paparan iklan untuk anda.

yd6in

Zaman sekarang sapa yang tak guna Google ye tak untuk search something.So data digali dari situ, apa yang anda search, apa yang anda taip, berapa lama anda spend, laman web apa yang anda selalu lepak, segalanya data disimpan kemas.Browser juga memainkan peranan yang penting.Sapa yang guna Chrome? Kalau anda pencinta Chrome sejati, maka di sini anda memang takleh elak, kaki anda telah diikat sepenuhnya dan takleh lari lagi dah hahaha.Apa yang anda suka, apa yang anda minat, website apa yang selalu anda kunjungi, apa kepercayaan dan apa sahaja anda layari melalui browser Chrome segala data akan disimpan kemas huhu.Andai kata anda pengguna setia Chrome dan anda sedia login ke Gmail sepanjang masa, maka bukan sahaja kaki anda diikat, mulut anda semua ditutup, dan perlahan-lahan saka akan meresap ke dalam tubuh anda hahaha.Segala aktiviti online terus dipersonalized dengan gaya citarasa anda.Nak pecah rahsia huhu, aku sebenarnya pengguna setia musang berapi (firefox) dah lebih 10 tahun huhu.Tapi andai aku sedia login ke gmail ketika browsing.. pun sama.Saka akan ikut aku jugakkk huhu.

google-product-logos

Maka jadinya andai anda melayari apa sahaja yang Google sudah miliki anda tidak akan terlepas dari gangguan saka.Dengan tujuan utama tentunya, sebarang paparan iklan kepada anda mengikut kehendak atau interest semasa anda.Apa lagi produk dimiliki oleh Google? Youtube, Google TV, Blogger, Google Docs, Google News, etc. Dan apa sahaja anda tulis, anda baca, anda tengok semuanya Google tahu.Tambahan pulak, dunia mobile kini, terutama yang pakai tepon android, ada Google Streets, Google Maps, Google Calender bla bla bla.. cer tengok sendiri apa yang dah pre installed siap-siap kat tepon android anda.Katakan anda hendak pergi ke kedai kopi tertentu dengan bantuan Google Maps.. makanya selepas itu jika anda melayari laman web maka termunculkan iklan-iklan berkaitan minuman kopi.Dengan hanya memiliki telefon pintar android dan anda pula kerap melayari internet dan sentiasa menggunakan apps yang disediakan tentunya senang cerita untuk dapatkan data personalized behavior tentang anda.Dengan sapa anda jumpa,kat mana tempat anda hendak tuju, kat mana anda selalu lepak, kata mana anda kerja, kat mana anda selalu keluar, apa bahasa anda guna, dan macam-macam lagilah anda boleh fikir.Cer belek-belek apps anda itu huhu.. cer pikiaq apa lagi yang akan dipadankan dengan aktiviti kehidupan anda huhu.

Pendek kata? Camana nak hindarkan dari saka-saka tersebut? Tanam tangkal macam cerita nasib do re mi huhu. Pendek kata apa sahaja berkaitan dengan Google tak payah guna.Contoh, Gmail, Google Search, Chrome, etc, etc, smartphone Android pun tak payah guna huhu…sebab semua berkait rapat dengan aktiviti Google scan habit anda huhu…… Cehhhhhh… nampak sangat macam aku ni agen rahsia atau double agen bagi pihak Apple dan Microsoft hahahaha.Tapi nak cerita bagi, agak ketinggalan bagi Apple dan Microsoft nak ligan Google.. Google dah macam lebih 10 step kehadapan dan juga bersifat “playsafe” dengan acquire atau memiliki pelbagai apps atau website yang berperanan sedikit sebanyak mengumpul data pengguna internet.Dalam masa 10 tahun telah lebih 150 syarikat telah Google miliki.. betoi ka tak betoi aku pun search kat tenet haha.. tapi memang satu keputusan yang sangat bijak dengan memiliki Waze, Youtube, Android dan pelbagai lagi.Sapa pemilik asal Youtube atau Android aku rasa sampai ke anak cicit piut makan tak abih hahaha.

smartphones

Agaknya camana Google kumpul data pengguna melalui desktop atau smartphone? Rasanya common sense semua orang dah tau.. ianya benda basic.Pernah dengaq cookies? Alahhh biskut? atau orang Kedah tak panggil biskut panggil roti.. uhhhh..  cookie ni adalah metadata iaitu data yang simpan data dalam data dan ditanam dalam PC atau smartphone anda itu.Ianya terdapat server log data yang merangkumi history web-web yang anda lawati, ip address anda, request-request ke server web-web ketika melayari internet.. dan…………………. aku taktau maybe ada lagi data-data lain.Anda tak nampak pun data-data tersebut.Bagi aku, sudah menjadi tabiat aku, pada sekian-sekian masa, atau 2-3 hari guna PC atau smartphone aku akan clear segala cookies-cookies tersebut.Belambakkkk aiihhh cookies cleaner ni.. search saja tenet.

Andai kata anda sudah pengguna tegar Google atau tidak boleh lari lagi dari menggunakan produk-produk Google solusinya adalah mudah, install saja mana-mana cookies cleaner atau apa saja cleaner yang bagus untuk cuci-cuci data-data tak berkaitan.Lepas tu nak lagi double secure, restat modem anda dan start layari internet dengan IP yang fresh huhu.Apa pun.. ianya bergantung pada setiap individu.Setengah orang tak amik kisah pun.Kuar la apa pun iklan, apa dia pedulikk huhu.Bukannya ganggu apa pun ye tak.Haha.Setengah orang annoying sebab merata website dia pergi asyik kuar benda yang sama, maybe dia bosan huhu.Tapi jika anda tersedia login ke Gmail sepanjang masa, itu memang takleh elak segala benda akan dipersonalizedkan, contoh apa sahaja anda baru search pada PC kat umah, anda pergi office anda login gmail, maka apa yang anda telah search akan disuggestkan siap-siap.Remember Google punya stail? One account to all apps huhu.

yd6l6

Natijahnya, Google mahukan atau berminat tentang online behavior anda saja, hakikatnya Google itu bolehlah dikatakan sejenis software bukannya manusia.Di mata Google, pengguna internet ni ibarat angka atau sebahagian digit-digit dalam algorithm mereka.Aku rasa takdak la sampai nama Tokwan kita pun dia tau kalau kita tak penah taip atau tulis nama kita kat internet.Mungkin la kan, kalau nak ikut dalam filem Hollywood macam over advance, bila bab login ja ke tenet, segala rupa mak nenek boleh tau.Kalau Tokwan kat umah kita tumpang tengok PC/smartphone kita nak tengok ceramah, dia mana tau yang tengah dok tengok PC kita ka atau Tokwan kita, mungkin kucing tersilap tekan time bergaduh berebut nak tangkap cahaya laser.Personalized behavior, personalized user experience bukan Google sahaja, Apple dan Microsoft pun turut sama.Ianya perkara biasa ingin mengetahui potential pengiklanan dan kalo versi offline pun sama.Dulu-dulu supermaket bagi isi borang nak dapat hadiah saguhati, iklan cekelat hanya pada rancangan kartun ditayangkan dan pelbagai lagi boleh difikirkan.Cuma versi online lagi bersifat advance la sesuai dengan kehendak citarasa teknologi terkini.

yd6ay

Kesimpulannya? kesimpulannya 80% mesti ada yang akan berkata……………..mehhhhhhhhhhhhhh aku tak amik kisah pun…. lantak pi la nak kuaq iklan apa pun huhu.. janji tak kacau akuuuu.. haha.Ok juga kalau dipaparkan apa yang aku minat.So terpulang pada individu.Cuma mereka yang terlibat dalam pengiklanan atau yang keluar bajet untuk beriklan di internet menerusi Google tentu lebih merasa terjamin kerana setiap wang dibelanjakan sekurang-kurang sampai ke target sasaran.Di masa hadapan nanti mungkin target sasaran akan lebih meluas pabila Google mengembangkan lagi cabang keutuhannya dengan memasuki arena teknologi.Apa yang kita baca di internet seperti Google Glass, Google Car, Google VR, Google Kejadah (saja reka taktau nama apa lagi huhu).Persaingan terdekat tentunya Facebook! Apple! dan Microsoft! Tapi Apple rasanya, dengan pengukuhan smartphonenya saja dah berbillion, Microsoft jangan cerita, apa la sangat nak harap keuntungan dari iklan, Window saja berbillion. Facebook? Yes.. Pesbuk saingan paling terdekat Google huhu.Apa pun jangan biar hidup anda diselubungi misteriiiii…

Facebook comments: