Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Blog ini akan dinaik taraf atau diupgrade untuk menampakkan lebih fresh look (pada pandangan akulah).So theme blog ni akan ditukar beserta dengan perubahan dan susunan balik blogpost dan penambahan kategori baru.Sedar tak sedar blog ni pun dah berusia 1 tahun 1 bulan.So sedikit perubahan akan dilakukan untuk menampakkan kematangan aku dalam berblogging huhu.

Blogpost pun makin banyak, daripada cerita-cerita peribadi bawaklah kepada hal blogging dan dunia penciptaan lagu.So kebanyakan tak tersusun aku punya blogpost, aku men masuk ja dalam kategori yang aku rasa sesuai.So pasni aku susun balik setiap blogpost akan dimasukkan ke dalam the right category hehe takde campur aduk lagi dah.

So aku jugak akan tukar design theme ni huhu.. dah setahun dah.Dan aku rasa cam jemu pulak dengan theme ni.Apa pandangan kawan-kawan pula? So aku akan bertungkus lumus mencari theme yang sesuai dan tak semak dengan color tu color ni huhu agak take time.Pilih theme macam pilih bini je haha.Kena teliti agar kena dengan citarasa akulah.Ehehe 🙂

Studio baru, ruang kerja pun baru, so blog ni pun kena rebranding kepada persekitaran yang baru jugaklah hehe.Agar tampak lebih kemas dan bergaya.Pastu nanti bila aku nak letak promo video Sayugia Studio rasa cam best la sikit dengan interface blog yang baru.

So nantikan update seterusnya.Blog ni akan berubah wajah 100% tapi wajah pemilik blog ni tetap maintain cute hohoho! Ampa semua tengoklah hasilnya nanti camana.Yang penting kemas dan simple..

Facebook comments: