Aku telah ulas secara umumnya tentang 8 model-model bisnes online yang melibatkan pasaran antarabangsa dan “legit” boleh dilaksanakan, yakni keuntungan boleh dijana menerusi nilai mata wang asing. Mahupun begitu, mengambil kira konsep asas yang telah diterangkan, ianya boleh juga diaplikasikan kepada pasaran tempatan.Ambil saja kerangka asas bisnes modelnya pastu aplikasikan sahaja kepada kehendak pasaran tempatan.Sebenarnya banyak lagi model-model bisnes lain yang mungkinnya aku tak suka hendak ulas kerana segelintirnya akan menjurus kepada unsur-unsur scam.Aku cuma berminat nak ambil tahu 8 model bisnes tersebut sahaja, kerana setiap satunya pun kalo expert dan fokus akan menjana keuntungan berlipat kali ganda.Aku telah perincikan dengan agak jelas mengenai model bisnes melalui pemasaran email dan boleh pi selak entri lama kalo berminat hendak baca.Maka ada lagi 7 model bisnes lain lagi yang belum diperincikan secara ilmiah.Di masa-masa akan datang aku akan terus menulis kesemua model-model tersebut.Cumanya bila bab nak menaip dan menulis, selalunya bagi aku, kena ada “mood” baru dia terasa nak menaip dan mengarang.Ya bagi sesetengah orang, penulisan beberapa ribu perkataan mengambil masa hanya beberapa minit untuk dihabiskan… tetapi bagi aku yang menulis ni kadang mengambil masa beberapa jam untuk menaip sebab bila aku ada mood baru  nak buat kerangka idea nak taip apa dan sebagainya.Kadang bila dah taip sekerat, tiba-tiba cadangnya nak dengar lagu sambil taip sekali dah bukak youtube, terus membawa virus bukak video lain buka FB, terus tak menjadi langsung terbengkalai ke waktu lain pula.Ok dah aku meraban.Meh sambung ke topik asal hehe.

harvey dent cat

Ibarat Harvey Dent yang melambung duit syilingnya dan kedua-dua permukaan  duit syiling akan menentukan nasib sama ada baik atau tidak, positif atau negatif, pro atau contra, so lagu tu la lebih kurang.Eh hampa kenai dak Harvey Dent? Err tu musuh Batman, saja selit-selit analogi.So hakikatnya setiap bisnes model ada baik dan buruknya, ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.Aku sekadar bagi pendapat atau pandangan mengikut pengalaman dan pembacaan aku bertahun-tahun lamanya mengenai dunia online ni.Aku sememangnya suka membaca dan aku suka lepak forum-forum antarabangsa dan ambil ilmu tentang dunia bisnes online ni.Walaupun pada hakikatnya, aku takla “hands on” kesemua bisnes model, tetapi apabila aku suka membaca kes-kes studi yang dibuat oleh pemain industri sedikit sebanyak memberikan aku ilmu yang berharga untuk dikongsi.Diharapkan panduan umum ini sebanyak memberi alternatif kepada hampa semua memilih mana model yang sesuai atau model yang anda rasa anda boleh buat untuk jangka masa yang panjang.Apa pun jangan terlalu rasa macam… “Ahhh susah la macam ni, ada jugak negatifnya model bisnes camni..” Semua bila bab cerita bisnes mesti ada negatifnya kita kena fikir ye tak? Segalanya atas diri kita sendiri, andai tidak putus asa dan sentiasa mencuba.Kejayaan tetap akan ada.

Email Marketing

Pemasaran email! Perkara paling best sekali tentang dunia pemasaran email ni adalah kita boleh bina long term relationship yang tentunya privilege antara pengguna dan vendor.Tidak perlulah aku terangkan secara teliti, (pi belek entri lepas), tetapi hubungan kita dengan client kita tersebut (mailing list) merupakan satu teknik yang terbaik untuk menggerakkan ‘conversion’ atau jualan sebarang produk yang anda tawarkan di dalam content email.Apa yang perlu hanyalah mengumpul sebanyak email mungkin yang targeted, dan apabila tiba saat menjualnya pula, ianya ibarat satu klik button send sahaja dan hubungan kepercayaan yang sudah terbina boleh menukarkan emel yang anda hantar itu kepada jualan.TETAPI.. mesti la part consnya.. part kontranya bukan mudah nak kumpul targeted email list ni, dia ada beza kumpul emel saja dengan kumpul emel yang ada targeted list.. targeted email list yang anda kumpul boleh dijadikan aset database yang tersangat penting di masa hadapan! Ceritanya nak habaq bagi bukan mudah nak kumpul list ni, setengah orang yang bijak sikit bukan mudah-mudah nak bagi email dia untuk disign up dan adakalanya dah ada yang paham konsep free gift ni menerusi pemasaran email ni. Ada pula dah sign up pasti unsubscribe balik.Apa pun jangan risau, QUALITY is always win! Provide free gift yang berkualiti dan juga kandungan laman web atau kandungan emel anda juga mestilah sentiasa berkualiti dan berinformasi.Nak dakap hati pengguna internet ni mestilah tawarkan something yang berkualiti, aku sendiri dah sign up banyak mailing list sebab ada yang aku rasa dia provide kualiti content kat aku.So perkara ni take time dan makan masa bertahun, never trust any software atau any sistem yang kata leh grab ribu-ribu emel sekelip mata, padahal yang digrab emel semua spammers atau bukan personal email, atau main grab ikut dan sapa-sapa punya.

Affiliate Marketing

Pemasaran affiliate boleh ditakrifkan sebagai bisnes online yang paling mudah dan paling senang untuk difahami oleh mereka yang newbies dalam industri ini.Model bisnes ini tidak perlu susah-susah pikiaq macam mana nak cari produk dan nak hasilkan produk.Caranya hanya mudah sekali iaitu hanya mempromosikan produk affiliate dan akan mendapat komisen daripada sesiapa yang membeli melalui link anda.So masa yang ada boleh diperuntukkan untuk promosi link affiliate anda itu dan promosikan material produk yang diberi atau pun lebih kurang macam konsep dropship jugak la… tugas anda cuma promote saja.Bab produk, bab penghantaran produk, bab kat mana nak simpan produk tak perlu difikirkan langsung.Setengah orang dia salah paham, atau dia memang keliru. dia dengaq perkataan affiliate ni dia ingat macam MLM huhu.. sebab ada yang guna terma ‘affiliate’ untuk produk MLM……ok the legit affiliate bagi aku, is only first level of komisen, dah masuk tiba-tiba override bonus ke peringkat kedua ketiga keempat kejadah bawah lagi pengguna that’s MLM… analogi dalam dunia offline katakan

“Weh Zamarul ni aku ada buat kepek pisang, hang habaq la kat kawan-kawan hang ka sedara mara hang ka, ni pi jual kat depa 2.00 sebungkus, 2 kupang amik kat la hang komisen tolong jual..”

So dalam dunia online takla macam tu, ada sistem tersendiri yang di panggil affiliate lah. Aku pun taktau kenapa, industri mentahkikkan ianya sebagai istilah affiliate, cer tengok kamus huhu… nak ikut jual produk macam besa la kan tapi versi online. Dah hang tolong jual, takkan hang habih masa hang saja promosi, ada la komisen per produk bila berjaya dijual.. besalah itu lah hakikat perniagaan.. that is normal.

Tambah-tambah sekarang ni, anda boleh jual anda rasa apa anda nak jual bila Amazon juga ada sistem affiliate, nak jual berus gigi macam dalam cerita Do Re Mi P Ramlee? takdak masalah.. eh aku saja bagi contoh. Kat Amazon site tu,(pi buka sendiri) segala macam mak nenek barang segala-galanya ada.. almost EVERYTHING yang anda rasa terfikir nak jual boleh kata ada kat Amazon tu.. contoh macam kata, eh anda teringin nak jual tayar basikal, ehhh takda masalah, pi Amazon site, pi daftar link affiliate dengan mereka, pastu dapat saja link, promosikan link tu, sapa-sapa yang beli tayar basikal kat link anda itu, anda dapatlah komisen sekian-sekian. Komisen dalam USD, pastu darab 4.. perghhhh…. Nak bukak kedai runcit online pun boleh huhu, buat website sendiri, amik semua link amazon berkaitan nak jual apa kat kedai runcit online anda itu..pong pang pong pang dalam sehari tadaaaa siap! Dengaq macam senang huhu… hakikatnya…………….. CONTRAnya, bukan mudah oiii nak direct pengguna internet seantara alam ke website anda atau ke link anda itu… beratus ribu manusia dari berbillion manusia main internet diseluruh dunia ni pikiaq macam anda huhu.Simple said, it is time consuming! Perlukan masa dan kesabaran develop website anda atau apa sahaja platform yang anda nak promote link anda itu.Boleh juga pakai kaedah pemasaran email, dan boleh juga promote kat social media dan macam-macam lagi yang anda boleh fikirkan.Cerita pasai affiliate marketing ni, belambak-lambak dah yang jadi jutawan… jutawan without borders! Dah ada website yang kental, everything jalan 24/7, komisen masuk 24/7… tak payah pikiaq apa so…… so apa lagi travel la satu dunia! Enjoy your life! Aku dah jumpa ramai mat salleh sedemikian….. travel serata dunia with their stream income from affiliate marketing! haa apa lagi pegi la buat…. tunggu apa lagi. Huhu.

Menjual informasi produk

Pernah dengar E-Book? haa itu lah… dulu-dulu a few years back, banyak la ebook-ebook macam Panduan Peperiksaan Interview Kerja Kerajaan, Panduan Temuduga, Panduan Buat Duit, macam-macam lagi lah.. hampa penah dengar atau penah perasan kot.Tapi era sekarang, aku rasa la macam tidak sehappening macam dulu huhu.. still ada yang menjual ebook ni, tapi maybe kuasa social media terlampau hype.. maybe kot ramai dah tak fokus buat ebook sebab tajuk industri maybe dah tak banyak macam dulu.. yelah nak panduan ebook ni, ehhh ada dah orang buat.. nak buat ebook panduan itu, ehhhh dah ada orang buat… so a little bit tepu sikit industri kat dalam Malaysia ni. Content ebook itu mesti powerful dan anda sebagai penulis ebook tu memang tahu kepakaran anda.Tapi still menguntungkan andai anda pandai ambil kesempatan atau anda dapat detect… “ehhh ebook mengenai topik panduan pisang salai cheese takdak orang buat lagi lahh…” (aku saja bagi contoh)

Yang best tentang ebook ini hanya perlukan usaha yang jitu pada peringkat awal sahaja.Lepas tu everything is autopilot 24/7.Ok 1st thing 1st, untuk develop katakan sebulan….anda dah struggle buat content ebook, then dah siap, then anda buat website autopilot pembayaran apa semua dan dah setting baik punya… maka tugas anda hari-hari check akaun saja lah.. arini ada orang beli tak? tulat ada tak? tungking ada? takpun sebulan sekali baru check.. takpun setahun sekali.. ikut anda la.. Kalo ebook anda itu unik atau topik unik anda belum ada orang buat dan anda pioneer, maka peluang orang beli tetap ada.. cuma promosi sahaja lah keja anda.

Bab contra, tentunya ada yang copy paste atau tiru konsep anda, atau tentu ada yang print out material ebook anda pastu jual kat kawan versi photostat, persaingan tetap juga ada bila mana topik anda dah tepu atau orang yang baca ebook anda pi reveal panduan anda buat suka-suka hati kat public.. so macam-macam peel bila ebook ni. Hanya mereka yang beretika saja bila mana beli baca sorang-sorang hahaha… orang lain nak baca kena beli sendiri huhu.Apa pun jangan terlalu rigid pemikiran! Penduduk Malaysia ramai! Buat target katakan hanya 1000 orang sahaja dari keseluruhan berjuta pengguna internet di Malaysia beli ebook anda.. 1 ebook katakan RM50.. so tak ke RM50,000.. huhu dapat beli keta sebijik hahaha.. sekadar contoh.Maka itu pun dah lebih daripada balik modal yang mana kos buat website dengan perahan idea anda sendiri untuk tulis ebook tak banyak mana pun.. ratus-ratus sahaja.(kalau upah orang lain cerita).So dah lepas target bolehlah anda pasrah huhu.. nak halang macam mana kalo dah ada orang senyap2 print out content ebook anda atau ada yang senyap2 upload balik kat mana-mana sumber.Apa pun i am not the right guru bila bercakap mengenai culture atau behaviour dunia penjualan ebook ni huhu…sebab aku tak penah buat hahaha…..So seek out the right guru if you want to penetrate this industry.

Membership Site

Memiliki laman web berkonsepkan membership site adalah suatu yang menguntungkan bila mana income anda adalah setiap bulan dari mereka yang subscribe untuk melihat kandungan yang anda sediakan di laman web.Contoh ni belambak-lambak.. yang famous macam Netflix, tetapi tu berkonsepkan hiburan la. Maybe anda ada kepakaran menjual emas, dan anda nak only mereka yang berbayar sahaja yang tahu rahsia bagaimana anda menjual emas. Takpun yang gila main saham ka, mereka yang berdaftar atau sign up di laman web site berkaitan saham akan dapat kandungan yang special yang orang lain tak dapat tengok kecuali anda, sebab anda bayar.Takpun anda pakar dalam buat duit secara online…. so mereka yang berbayar sahaja akan tahu teknik-teknik rahsia anda.Macam-macam boleh difikirkan.Ibarat mereka yang main game online atau trend game sekarang ni.. nak cepat menang atau nak cepat dapat senjata atau power.. beli lah. Maka bagi mereka yang nak tau teknik sebenar main saham nak cepat paham, maka kena la bayar atau sign up membership berbayar setiap bulan.Setengah orang dia rasa terbeban nak kaji suatu industri yang dia minat, terlalu banyak info dia nak hadam dan tapis dan dia rasa lagi senang kalo ada sesi penerangan direct atau coaching terus. Selalunya membership site akan tawarkan kandungan biasa atau free untuk menarik minat subscribers tahu lebih lanjut. Yang penting fokus kandungan anda itu.. bagi mereka yang sign up akan dapat special FAQ melalui skype, chatting, atau setiap minggu mesti ada webminar, atau dapat free gift atau dapat sesi konsultasi khas video webcam. Anda perlukan kandungan bulanan yang umpphhhh atau yang memang buat subscribers setia kat anda untuk terus subscribe setiap bulan. Maka bergantung kepada kepakaran anda sendiri untuk tawarkan kandungan unik untuk laman web anda.Aku sendiri pernah sign up beberapa membership site huhu.. aku cuma nak tau apa benda content yang special atau teknik secret katanya. Dah paham atau dah mangli atau dah aku rasa ilmu tu aku dah dapat banyak.. maka aku pun unsubcribe balik huhu. So hakikatnya bukan mudah nak pastikan subscribers terus setia bayar setiap bulan.. mereka perlu dapat something beneficial apa yang mereka bayar setiap bulan.

Niche Marketing

apa itu niche

Niche? Apa jadah niche? huhu.. kalau tengok kamus macam tak kena gaya maksud.. so hakikatnya niche marketing membawa maksud bisnes model yang terarah atau spesifik kepata sesuatu subjek tertentu sahaja.Ianya unik dan terarah kepada kelompok sesuatu pelanggan atau pengguna sahaja.Ianya sememangnya menjangkau atau digging ke arah satu subjek tertentu.Misalnya niche anda tentang alatan memancing.. niche marketing anda terarah anda nak jual mata kail sahaja.Anda pun kaji berapa orang yang search mengenai mata kail, (data dari Google) anda pun tengok produk (Amazon, Yahoo Shopping, atau produk sendiri) dan kalau anda rasa ada permintaan, maka anda pun develop website berdasarkan konsep mata kail sahaja.. pastu promote pastu monetize untuk trafik dan conversion.Itu adalah analogi mudah.Dari topik yang besar.. disasarkan kepada kelompok topik yang kecil.Katakan tudung, maka niche marketing terarah kepada, jual manik-manik, jual renda-renda, err jual apa lagi.. aku saja pikiaq spontan huhu.So kesilapan membuat kajian terperinci mengenai niche marketing boleh merugikan anda dan akhirnya takdak sapa pun sudi singgah website anda dan beli.Tetapi jika kajian dilakukan secara mendalam atau lebih terperinci dan mungkin anda satu-satu seller online yang menjual produk tertentu.. so the thing.. do your research! Kawan dengan pakcik Google kerap-kerap untuk mining data berkaitan pengguna. Dah dapat topik tertentu, cuba tengok atau kaji semula, dah ada orang buat ke belum.. kalo takdak.. tunggu apa lagi! Vrooom vroomm.. buat ler. Setengah memang dah ada orang buat, cuma itulah hakikat bisnes ni, kena bersaing sahaja lah.

PPC

Ini adalah sorgaaa buat duit. Dan juga the easiest one. Why? Orang klik saja maaaa, then duit masuk.Ianya model bisnes online yang metahkikkan tido pun dapat duit.Anda develop website anda letak iklan PPC anda itu. Esok pagi ehhh dah ada masuk duit. Senang tak? hahaha. EASIER SAID THAN DONE. Memang la the idea is, orang klik iklan yang anda tempek itu, maka anda dapatlah komisen duit. Yelah serupa anda ada kedai atau premis, orang yang mai kata nak iklan kat premis anda tu agak-agak dia mai letak free ka dia bayaq? Konpom la kena bayaq.. Anda pun terasa ye tak… dah la aku bayaq duit sewa kedai apa suma, tiba-tiba ada orang mai nak letak iklan produk dia free.. kemonn bab ni dah masuk advertising punya konsep. Pi sendiri baca konsep asas pengiklanan dan kalau tak macam mana stesen TV boleh jana keuntungan tanpa iklan ye tak? Huhuhu. So cerita dia analogi dia lebih kurang laa lagutu.. anda dah develop website anda.. pastu tempek la iklan… hakikat contranya kadang orang singgah saja tak klik pun haha.. Ada yang tengok saja tapi tak bernafsu nak klik amik tau.Dek lantaran situasi sedemikian maka ramailah pemilik laman web buat cara keji dengan ‘paksa’ orang klik iklan dia jugak kalo nak tengok content.. tetapi penyedia sistem PPC paling top iaitu apa lagi kalo Google taklah bengap sangat, andai ada dapat dikesan buat perangai keji paksa orang klik.. maka babai lah akaun anda akan dibeku, dan segala harta ayahanda akan dirampassss!! (ehh tu ayat dalam madu tiga sori-sori huhu). So Google Adsense ada kaedah tersendiri nak make sure everything adalah mengikut TOS mereka, misalnya ada yang gigih klik sendiri hhuhu.. dia bajet Google adik-adik dia kot boleh menipu klik sendiri hahaha. Sebenarnya penyedia khidmat PPC ni bukan Google sahaja, banyak lagi, kalo search ada banyak penyedia PPC ni, Yahoo dan Bing pun ada buat.. kat Malaysia ada Nuffnang, kalo search ramai la syarikat-syarikat tempatan atau asing yang buat.Duit mudahh maa, mesti la ramai.Hakikatnya why Google is the best provider? Huhu.. tentulah Google strong company! Tahun lepas sahaja keuntungan Google dari aspek advertising hampir 60 billion! BILLION kot….dan tentunya menawarkan komisen yang sangat tinggi!  Sebab tu kena apply banyak kali.. aku sendiri 3 kali baru lepas huhu. Google dia renyah skit wehhh.. dia nak macam-macam sebelum dia boleh lepas masuk sistem PPC dia..tapi ada ja sekali mintak terus dapat.. tengok content website ang la.. kalo berkualiti no problem…. apa pun jangan bimbang, sejak Google dah lancarkan Adsense versi Bahasa Malaysia tahun ni so, ada la harapan ek bagi pemilik website tempatan nak apply.

Cerita bab klik saja dapat duit memang mudah.. tetapi hakikatnya satu klik nak kira berapa pulak masuk……… haaa itu cerita CONTENT! hang content website hang sampah tak berkualiti macam mana sistem PPC nak detect outputkan iklan yang berkualiti dan menarik orang nak klik. Satu lagi cerita bab kumulatif trafik.. trafik PPC ditahkikkan pada keyword tertentu mampu memberikan kadar klik yang tinggi. Cerita pulak kronologi Adwords dan Adsense saling bergantung pada kadar CPC (cost per click).Aku nak cerita details 8 hari 8 malam baru habis. Cerita mudah dia, kena ada ilmu bab ni, hang takdak ilmu hang main buat website then tampal iklan.. tunggu 8 tahun pun belum ada yang sudi klik huhu. Tak percaya cer try buat eksperimen dulu hehe.. ok2 takyah buat website sendiri, maybe kos mahai, ok sign up saja blogspot, atau wordpress yang free-free punya platform website. Then apply yang mudah dulu macam Nuffnang, sekali apply teruih dapat huhu.. pastu tempek iklan tu, pastu cer tengok ada tak yang sudi klik? Huhu.. try la buat content dalam seminggu dua.. huhu, takpun buat benda bangang ka bagi viral.. tadaaaa ramai la yang masuk.. katakan 1000 pelawat masuk… 50 orang yang klik iklan jadi laa huhu.Cerita benda bangang dan viral ni.. ramai blogger buat sebab kes ni.. dan invite traffik masuk untuk possibility iklan di klik.. dibuatnya cerita artis tu dah mati, artis ni dah mati, padahai dok elok hidup lagi, dibuatnya cerita lucah.. macam-macam cara orang buat nak traffik mudah.Hakikatnya dengan senang, klik ja dapat duit, tapi jalan nak membawa ke klik itu cara betul ke atau cara pintu belakang?? Huhu.. think about it. Tetapi selain konsep PPC ada juga konsep direct advertising berdasarkan bulanan punya bayaran. Misalnya ada pengiklan nak letak banner iklan untuk setahun untuk sekian-sekian bayaran.Apa yang penting? Content yang berkualiti dan traffik mencanak masuk naik.

meme laman web

Website Flipping

Ini bersifat jangka panjang .Semua cerita pasai nak jual beli website.Aku berpendapat kalo nak duit cara cepat, model ini bukan platformnya.Adakala proses flipping ni makan masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun.Pelbagai kaedah sebenarnya.Antaranya anda beli website orang pastu jual balik kat orang yang berminat.Selain itu, anda sendiri yang develop website pastu jual balik.Apakah value sesuatu website itu? Banyak faktor, antaranya nama, usia, content, dan pelbagai lagi.Ada yang melihat pada content generation saja, ada yang melihat pada SEO sahaja, ada yang melihat pada traffik sahaja, ada yang melihat pada nama website sahaja, ada yang melihat pada usia laman web, ada yang melihat kesemua faktor.So perkara ini anda perlu develop skill berkaitan website anda lebih lama sebelum anda nak menceburi industri jual beli website ni.Ataupun anda hanya boleh jadi orang tengah saja atau broker.Pi la ronda-ronda keliling dunia huhu.Maksud aku meronda dalam internet la.Tengok website mana yang anda rasa berkenan, pastu nego la dengan pemilik website kalo dia berminat, pong pang pong pang, anda jadi orang tengah jual pulak pada pihak lain yang berminat.Banyak platform jual beli website ni, taip ja kat Google website flipping bersepah platform atau penyedia laman web yang menyediakan khidmat jual beli website.Cerita mudah dia kena amik tahu dahulu segala behaviour atau culture sebenar industri jual beli website ni.Ianya ibarat virtual real estate la, atau hartanah online.Kesimpulannya kalo anda dah pernah develop website. lepas tu tiba-tiba sahaja rasa macam nak give up atau malas lagi dah nak operate website anda, try la jual balik atau flipping kot ada yang berminat huhuhu.

Social Media

1-1

Ok ni semua orang dah tau kot.. huhu majoriti semua pasti dah confirm akan tahu hahaha. FB, IG, Twit, Friendster.. Eh Friendster?? hahaha tu zaman era 10 tahun lepas haha.Hakikatnya peperangan yang sangat dahsyat berlaku dalam dunia Facebook bila menggunakan ia sebagai platform berniaga.Tak ketinggalan IG juga (instagram).Aku pun sebenarnya ragu-ragu jugak nak klasifikasikan social media ini sebagai model bisnes tetapi hakikatnya majoriti kot rakyat Malaysia guna Facebook sebagai medium berniaga.Menggunakan segala sistem networking yang ada dalam Facebook dan juga segala tools diprovidekan dalam sistem pengiklanan dan bagi Facebook sendiri itulah bisnes model bagi mereka.Bagi pengguna kita, jualan produk bayaran via PM atau COD atau bank in atau redirect ke website lain huhu.Anda pun sudah sedia maklum, yelah setiap orang yang memiliki smartphone, apps yang wajib ada dekat homepage screen tentunya Facebook hahaha.Takkan la taktau hakikat sebenar dunia Facebook huhu.Pendapat aku kalo betul serius atau betul-betul nak kembangkan bisnes anda menerusi FB, tentunya mengadaptasikan Facebook Ads, yakni iklan berbayar la kan. Sistem yang dibuat oleh FBads dah terbaik dalam targetkan kepada kelompok tertentu.Cumanya yang penting perlu tahu bajet anda untuk iklan itu perlu sampai ke sasarannya.Cerita details panjang berjela la pulak.. cer belajar sendiri kat Youtube haha. Takpun invest la sikit pergi seminar. Kang bajet iklan yang anda keluaq tu jadi sia-sia silap tembak ke sasaran lain. Segalanya come to conclusion, everything need time to success. Patience is virtue.So bab pro dan contra dunia social media, rasa semua dah boleh tau haha, takyah explain panjang.

Kesimpulan

Sebenarnya terdapat banyak lagi business model yang boleh ditahkikkan legit, contoh seperti PPL (pay per lead), CPA (cost per action), etc, etc there are too much.Tetapi aku just highlightkan 8 model bisnes utama yang aku rasa penting dan mampu aku huraikan.Nak ikut banyakkkk lagi, cer tengok kat bawah, aku just simply Googling dan find some stuff about the business model, ada yang tak legit dan ada yang berunsur haram seperti gambling, p*rn dan sebagainya.So kat bawah just list lengkap almost everything berkaitan online bisnes model.

Business Models
===============

Advertising
-----------
Display ads                        | Yahoo!
Search ads                         | Google
Text ads                           | Google
Video ads                          | Hulu, Twitch.tv
Audio ads                          | Pandora, Radio, Podcasts
Promoted content                   | Twitter, Tumblr
Paid-content links                 | Outbrain
Recruitment ads                    | LinkedIn
Lead generation                    | MoneySuperMarket, ZocDoc
Affiliate fees                     | The Wirecutter
Classifieds                        | Craigslist
Featured listings                  | Yelp, Super Pages;
E-mail ads                         | Yahoo, MSN
Ad-retargeting                     | Criteo 
Real-time-intent ad delivery       |
Location-based offers              | Foursquare
Sponsorships/Site take-overs       | Pandora
Lifetime, unique ad space          | NSFWCORP Conflict Tower, milliondollarhomepage.com
Sponsorships                       | Twitch.tv users

Commerce
--------
Retailing                          | Zappos
Marketplace                        | Etsy
Crowd-sourced marketplace          | Threadless
Excess-capacity markets            | Uber, AirBnB
Vertically-integrated commerce     | Warby Parker
Aggregator                         | Lastminute.com
Flash sales                        | Gilt Groupe, Vente Privee, Fab
Group buying                       | Groupon
Digital goods/downloads            | iTunes
Virtual goods                      | Zynga
Training                           | Cloudera(?), -> Coursera
Pay what you want                  | Radiohead
Commission                         | SharesPost
Commission per order               | Seamless, GrubHub
Auction                            | eBay
Reverse Auction                    | Priceline
Barter for services                | SwapRight

Subscription
------------
Software as a Service (SaaS)       | Salesforce
Service aaS                        | Shopify
Content aaS                        | Spotify, Netflix
Platform aaS (PaaS)                | dotCloud, Heroku
Infrastructure aaS (IaaS)          | 
Freemium SaaS                      | Dropbox
Ethical premium                    | Proposed by Clayton Cubitt
Donations                          | Wikipedia
Recurring donations (w/ rewards)   | Patreon
Sampling                           | Birchbox, BarkBox
Membership services                | Amazon Prime
Support and maintenance            | 10gen, Red Hat, Cloud66
Paywall                            | New York Times, Andrew Sullivan
Strict Paywall                     | The Information
Porous Paywall                     | NSFWCORP
Voice and video conferencing       | Uberconference
Newsletter                         | Ricardo Bueno
Fremium video subscription         | Twitch.tv, YouTube

Peer to Peer (P2P)
------------------
P2P lending                        | Lending Club
P2P gambling                       | BetFair
P2P buying                         | Etsy
P2P insurance                      | 
P2P computing                      | CrasPlan storage, SETI@home
P2P service                        | Mechanical Turk, TaskRabbit
P2P mobile WiFi/tethering          | 

Transaction-Processing
----------------------
Merchant acquiring                 | PayPal (On-/Offline), Stripe (OnL), Square (OffL)
Intermediary                       | IP Commerce (POS 2.0), CardSpring
Acquiring processing               | Paymentech
Bank transfer                      | Dwolla
Bank depository offering           | Simple, Movenbank (spread on average deposits)
Bank card issuance                 | Simple (interchange fee per transaction)
Fullfilment                        | Amazon
Messaging                          | Peer-to-Peer SMS, IM, Group Messaging
Telephony (public networks)        | Skype out/in
Telephony (private cloud)          | Native Skype
Mobile payment gateway             | Braintree
Platform monetization (“tax”)      | Facebook Credits, iOS 30/70 cut

Licensing
---------
Per seat                           | Sencha
Per device/server                  | QlikView
Per application instance           | Adobe Photoshop
Per site                           | Private cloud on internal infrastructure
Patent                             | Qualcomm
Brand                              | Sesame Street
Indirect                           | Apple Volume Purchasing

Data
----
User data                          | BlueKai
Business data                      | Duedil
User intelligence                  | YouGov
Search Data                        | Chango
Real-time consumer intent data     | Yieldbot
Benchmarking services              | Comscore
Market research                    | GLG

Mobile
------
Paid-app downloads                 | WhatsApp
In-app purchases                   | Zynga Poker
In-app subscriptions               | New York Times app
Advertising                        | Flurry, AdMob
Digital-to-physical                | Red Stamp, Postagram

Gaming
------
Freemium (virtual currency)        | Zynga
Subscription                       | World of Warcraft
Premium                            | Xbox games
DLC (downloadable content)         | Call of Duty
Ads                                | addictinggames.com

Open Source (FOSS)
------------------
Consulting                         | Red Hat, Nginx, Revsys
Support                            | 
Hosting/Infrastructure             | WordPress
Free for some, but not for others  |
Ads                                | Mozilla
Bundled features (e.g. search)     | Mozilla, Opera

meme3

Akhirnya terletak pada kehendak dan kemampuan diri sendiri jika ingin menceburkan diri dalam dunia bisnes online.First thing first, gather ilmu dulu dan ‘hands on’ sendiri, jatuh bangun tu biasa la dalam dunia perniagaan.Cuma yang penting fokus, kalo dah pilih satu model tu, fokus dan konsisten buat at least kalo tak berjaya dapat income yang dikehendaki at least become expert dalam model tersebut.Aku dapati bahawa dari penelitian aku dan pemerhatian aku, ramai yang gagal sebab “keep jumping” dari satu model ke satu model bisnes.Dia rasa dia takleh pi, dia stop dia buat benda lain pulak.Ada yang tamak buat serentak sekali semua 2-3 model akhirnya ke laut semua. Boleh kalau nak gabung 2-3 model bisnes untuk kembangkan lagi atau banyak cabang-cabang potential customer tetapi hakikatnya nanti hasil kemampuan anda nanti untuk menghadam atau handle sebarang problem membuatkan ianya tergantung dan akhirnya terkapai-kapai.Listen from the guru or expert! Andai nak buat email marketing saja.. fokus itu saja.. fokus cari jalan bagaimana gathered kualiti email list dan become expert of it dan prove it. Andai nak buat niche marketing saja, just focus on it.. jangan campur aduk. Ini nasihat bukan dari aku.. tetapi nasihat dari pelbagai pihak yang dah ke laut akibat tamak semua model nak try.Baca kes studi orang dah berjaya generate riban2 model ni, dia nak try, pastu baca kes studi lain pun, dia nak try.. bila semua nak try akhirnya semua ke laut semua tak menjadi.Think like newbies, act like newbies! Mereka yang dah berada industri IM bertahun-tahun lamanya itu lain cerita, mereka dah tahu nak handle, atau nak outsource atau catch up something.Sebab segalanya berkait rapat dari hanya sebuah website, boleh buat semua.Contoh dari satu website, dia boleh kumpul email list, dia boleh jual ebook, dia boleh post specific untuk niche marketing, dia boleh tempek PPC kat section blog dia, dan juga dia boleh promote affililate links dan akhirnya kalo dah rasa give up dia boleh flipping website tersebut.Tetapi bila memperihalkan kuasa fokus terhadap sesuatu model  outputnya sangat berbeza berbanding serentak nak buat semua.Its all on you… seperti mana yang aku mention kat perenggan atas, setiap satu model bila betul-betul fokus akan mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda.Bagaimana? Become expert of it. Bagaimana become expert of it? Mesti la fokus!

Apa pun sengaja aku tidak kongsikan contoh-contoh kes studi yang telah berjaya bagi setiap jenis model.First thing first thing, ianya akan menggelapkan mata anda daripada hakikat sebenarnya.Hakikatnya seseorang perlu invest masa untuk belajar dan eksperimen sendiri dan hands on sendiri tak termasuk jatuh bangun fail beberapa kali sebelum berjaya.Apabila membaca kes studi semuanya indah belaka, yang dipaparkan screenshot income yang menggetarkan jiwa raga anda nak try, hakikatnya sebelum tu betapa lama diorang bersusah payah dahulu tidak diceritakan. So go digging related info by yourself first.Nak aku sembang lagi next entri, nak kena tunggu aku ada mood lagi pulak untuk menulis huhu.So go find by yourself first…. semoga bermanfaat!

Facebook comments: