Masa berjalan begitu pantas dan tuntas.Sedar tak sedar sudah 2 tahun lebih aku bergiat dalam aktiviti blogging ini.Aku mula-mula belajar blog pada tahun 2010 yakni dengan lebih spesifik Mei 2010.Kalo setakat blog free cam blogspot tu 5 minit saja dah boleh tau itu ini haha.. ni blog domain sendiri.. kena ada sedikit tau la pasal domain, hosting dan server itu dan ini.So dari tahun ke tahun tu aku selalunya ubah selera tukaq theme.Seperti biasa kalo anda pembaca setia blog ini.. tentu akan perasan setiap tahun aku mesti tukaq baju blog aku haha.. Bila dah setahun dah rasa bosan maka aku akan tukaq theme lain pulak.. biasanya cilok ja theme free pastu edit-edit sikit apa yang patut.

Meh kita lihat dan mengimbau kembali theme-theme yang aku dah guna sedari tahun 2010.Dari dulu aku sangat minat dengan flexithemes dan juga newwpthemes.. aku pun taktau pasai pa haha.

Theme blog 2010

Haa theme ni aku guna masa mula menceburkan diri dalam aktiviti blogging yakni pada sekitar May 2010.Siap ada tagline “Hobi saya cipta lagu.. sedap ka tak sedap ka dengaq ja”.Pada ketika itu memang aku aktif lepak dalam studio dan juga melalak cari ilham lagu dan masuk studio rakam.. hampir setiap sebulan atau 2 bulan sekali ada ja karya baru keluar huhu.

Theme blog 2011

Theme ni pula diguna pakai pada tahun 2011.Tahun tu aku decide nak memencilkan diri mengkaji tentang industri internet marketing dan blogging.So pada tahun tu tiada langsung lagu baru dicipta dan Sayugia Studio masa tu dalam proses renovation.. dari studio yang hingar-bingar ke studio yang kedap bunyi.Sapa yang penah baca blog aku time tu.. tahu lah apa yang berlaku.Seperti biasa ianya theme cilok/free.Yang tak bestnya amik theme free mesti ada footer links terlekat kat bawah.Setengah theme sangat mudah nak kuarkan footer links tu.. setengah theme pulak kena kacau coding php baru boleh hilang.

Theme blog 2012

Theme pada tahun 2012 ni jugak aku amik dari newwpthemes dan edit itu ini bagi nampak kena dengan citarasa aku.Tahun ni pun aku memencilkan diri juga belajar industri IM selain itu studio rakaman pun dah siap sepenuhnya maka aku pun kembali aktif memcipta lagu.Sapa yang pernah melayari blog aku pada tahun lepas boleh la agak lagu apa yang dah aku keluarkan hehe.Tetapi hakikatnya satu lagu ja tahun lepas yang mampu produce.. akibat kesibukan aku sama dengan kerja rasmi aku.. maka tak sempat nak produce lagu-lagu yang lain.Tahun ni yakni aku cuba kot produce material baru hehe.

Theme blog 2013

Yaa tahun 2013 menjelma dengan pantasnya.. tup tup dah 2013.. so sempena tahun 2013 dan juga hampir 3 tahun aku menceburi aktiviti blogging.. maka aku decide nak try theme yang berbayar le pulak iaitu Thesis Theme Framework.Theme ni sebenarnya bukan plug and play cam tu ja.Anda perlu design sendiri dari kosong sampailah siap huhu.. so at least kena tahu la sikit-sikit bab coding dan scripts ni.. sikit kena tahu.. takla advance mana.. mana theme-theme kat atas tu (2010, 2011, dan 2012) tu semua plug and play saja.. dah tersedia framework camtu dan cuma tambah-tambah sikit apa yang patut.Aku pun baru dok belajar sikit-sikit pasai thesis framework ni.. haa tu lah hasilnya… hahaha putih ‘serelah'(bahasa kedah)

Sebenaqnya dengan thesis theme framework anda boleh design ikut kepala hotak anda.. kalo jahanam.. maka jahanamlah jadinya haha.. so otak kena la kreatif bila melakukan design.Aku pun saja try and error itu ini.. sepatutnya boleh design dengan lebih elegant dan sempoi seperti theme-theme free plug and play kat atas.. tapi tulah imaginasi kena lah high juga.. apa-apa pun ni hanya permulaan… nanti aku rasa aku nak tambah apa yang patut nak design balik.. aku buat ler huhu.Bila aku cuba-cuba design sendiri.. aku rasakan.. susah jugak bagi orang cam aku ni yang takdak background coding dan scripts ni.. nak fantasi design yang power-power kena la tau sikit apply CSS coding.Nanti aku buat satu tutorial ringkas mengenai thesis theme ni.. nak mantap imaginasi design kena la mantop jugak.. maybe otak aku penuh dengan komposisi instrument muzik sampai susah nak generate pala otak jadi kreatif huhu.. by the way kat bawah ni logo blog aku.. saja dok try-try haha.. kalo cekap try baca apa maksud alien ataupun karikatur logo ni haha.

themebloglogo

 

Facebook comments: