Salam.. nampaknya 4 hari aku tak update blog.Huhu dalam facebook aku dah mention kat pembaca setia blog ni aku akan cuba daily update sedaya mungkin.Tapi nampaknya terbabas sampai 4 hari nampaknya haha.. memang menjadi hasrat aku untuk aktifkan blog ini ke tahap maksima tapi tulah tuntutan kerja lain yang lagi penting menyebabkan aku leka seketika dan terlupa nak jenguk update blog personal aku ni.Aku tengah berusaha sedaya upaya memastikan kerja ‘official’ aku berada dalam kondisi ‘autopilot’ maka aku dengan happy boleh aktif berblogging dan blogwalking huhu.Sudah banyak kali dalam post-post yang lepas aku memang berhasrat untuk aktif berblogging dan blogwalking tapi nampaknya belum ada kesempatan yang sesuai.Maka nantinya blog ini terus sepi tanpa pengunjung baru haha.. hanya blogwalking sahaja menjadi medium terbaik untuk menarik pelawat terbaru untuk singgah membaca.

Ok stop jap takat tu.. huhu.Sebentar tadi aku baru ja dapat email mengenai permintaan untuk guest posting di blog aku.Bukan blog ni hehe.. blog lain (medium english).Aku pun belum tetapkan lagi harga berapa dan belum bincang lagi dengan client dari UK ni.Permintaan guest post bergantung kepada kualiti pada sesuatu blog atau website dan kadangkala bergantung juga kepada targeted audience tertentu.Contoh untuk targeted visitor yang hanya minat tentang gitar.Maka advertiser ni akan cari blog atau website berkaitan gitar dan cuba relatekan dengan kempen pengiklanan mereka.Harga bergantung pada banyak faktor.Penanda aras yang utama tentulah traffic dan PR (pagerank).Tetapi bagi advertiser yang bajet besar kadang dia tak kira semua tu.. dia penting ‘brand awareness’ sahaja untuk di’viral’kan ke segenap pelusuk dunia online.

Contoh emel paid post

Dalam dunia online antarabangsa aku banyak gunakan nama ‘eyman’ huhu.. bajet mat salleh la sangat kann hahaha.. Sebenarnya nama aku Aiman.. sedari time kecik-kecik lagi kawan-kawan aku dok panggil aku nama ‘Eman’.Yelah sebutan style cepat.. cuba sebut nama aku laju-laju.. tentu akan tercakap Eman.. so dari situ aku bajet nak macam mat salleh sikit la konon time dealing ngan client haha.. maka aku pun bubuh nama Eyman.Tambah ‘y’ kat depan ‘E’ huhu.Aku pernah sertai live seminar berkenaan industri IM bersama dengan rakan-rakan online dari UK dan US, depa sebut nama aku macam mat salleh nak sebut perkataan melayu pastu jadi ‘pelat’ mat salleh.So dari situ aku dapat tau kalo mat salleh nak sebut nama Aiman.. konpem depa akan tersebut cara depa yakni ‘Eyman’.So nama yang aku guna tu betuilah jugak haha.

So akhir kata.. sebelum nak lena nanti aku akan pikiaq aku nak letak harga berapa haha.. nak main harga ngan advertiser tak boleh sebab blog english aku tu cikai jaa kualiti dia haha.. bila mana aku dah develop blog aku tu ke tahap standard piawaian yang ditetapkan oleh SE seperti Google.Maka boleh la nak sembang kemas sikit ngan client huhu.. sekarang berapa budget dia boleh bagi.. aku just accept jaaa huhu.. tak rendah sangat tak tinggi sangat.So-So. Hehe.. Sekian sahaja update kali ini.

Facebook comments: