Ads

Aku sebenarnya masih dalam fasa menilai nilai hartanah website aku huhu dan sudah banyak kali advertiser luar bertanyakan aku tentang harga untuk meletak iklan pada website aku.Yang terbaru semalam lah.Aku dah banyak kali deal dengan advertiser dan kadang-kadang aku penin dengan kehendak advertiser sebenarnya.Yelah sesuatu website tu selalu dianggap kualiti bila mana traffic datang mencurah-curah.Selain itu kepentingan PR sangatla menjadi penanda sesuatu kualiti website.Aku dah terang panjang lebar isu ni dalam entri lepas.Boleh baca balik kat sini.Kehendak mereka ini (advertiser) kadang-kadang sangat pelik bagi aku.Kenapa?

Satunya, website tu aku sendiri yang manage, aku tahu la semua selok belok traffic, kekuatan backlink, design dan sebagainya.So aku meletak harga pada kadar yang aku rasa sesuai dengan kualiti website aku.Kalau website PR tinggi dan traffic pun so-so aku memang akan main harga dengan client.Tapi kalo setakat traffic Alexa Rank berjuta-juta.. dah tu setakat PR 1 ke 2, aku sememangnya akur dengan kehendak client dan tak beranilah nak main harga.Selalunya ada yang bertanya nak letak blogpost.Ada yang bertanya aku, berapa harga nak letak.. so pada kadar yang aku rasa sesuai dengan kualiti website aku. Aku just cakap.. mai sepuluh dollar dah la satu post (aku sembang dalam BI la.. ni contoh ja).Sekali dia sendiri up sampai ke 50 usd.. aku berkata makk aihh what the… website kualiti bodo camni pun ang sendiri nak letak harga mahai.. haha. Lain la kalo PR blog aku 3 ke atas ka.. aku pun pelik depa ni nilai camna.Penah juga yang dah letak harga siap-siap.. hanya satu blogpost leh dapat ke harga 120 ke 180 usd.. this is legit huhu.. aku ada bukti semua pembayaran.Satgi ada kata aku sembang kemas pulak…

Sebab blogpost dan ads space sesuatu yang berbeza bagi aku.. selalunya harga blogpost tak mahai sangat.. ye lah.. artikel kat blogpost selalu aku akan ‘ke bawah’ bila semakin update dan update dengan artikel terbaru.So penonjolan kekuatan advertisement tu takla power sangat berbanding banner seketui kat header website tu.Maybe rezeki aku kot.. seperti mana aku dah sembang panjang lebar dalam entri lepas.Advertiser ni ada 4 jenis.. so advertiser yang approach aku ni jenis yang “memang dah berkenan”.. dia tak kira traffic aku berapa juta rank, dan tak amik peduli pasai PR blog/website aku berapa.Dia memang nak letak blogpost kat website aku huhu.Advertiser jenis ni salu.. depa yang akan cari kita.Aku kalau betul2 website aku dah capai PR yang aku nak dan kualiti yang aku nak.. time tu boleh nak main-main harga sikit.. kita dah tau standard website kita camana.

Bab advertiser kat atas ni.. aku tak decide lagi nak letak harga berapa… sebab………….. aku tahu kualiti website aku camana huhu.. macam aku cerita tadi la.. letak harga murah sangat pun tak kena.. letak harga mahai sangat nanti dia blah.Aku pun bercadang nak letak harga biasa-biasa sahaja.. kang dipersoalkan balik kenapa aku letak harga camtu.At least aku ada reason nak sembang kemas balik.. Jika anda mempunyai website yang bermediumkan english dan dioptimize secara betul.. sememangnya potensi besar mat salleh nak mai deal ngan anda sangat tinggi.. tak kisah la dia nak mai deal dalam bentuk pengiklanan ka, blogpost ka, dan sebagainya

 

Facebook comments: