Nampaknya terbabas lagi aku untuk update blog ini huhu.Susah sungguh aku nak tetapkan pendirian dalam kepala otak aku ini bahawa aku mesti singgah blog personal aku ini dan update.Apabila ada sahaja kerja penting yang mendatangkan kerungsingan dalam kepala otak aku, maka aku terpaksa abaikan blog aku ini.Jeles aku tengok rakan-rakan blogger yang lain yang non-stop hari-hari update dan blogwalking.Aku masih lagi tercari-cari rentak untuk aktif berblogging.Dan oleh itu mari kita sambung ke tajuk perbincangan.Permainan SEO dalam arena antarabangsa sememangnya bukan sesuatu yang mudah bagi aku.Setidak-tidaknya bagi aku lah kan.Orang lain dah pro memang tak merasa tempiasnya huhu.Bagi mereka yang tertanya-tanya atau masih blur apa ke benda SEO ini maka tunggulah nanti aku akan update mengenai topik SEO ini dari perkara basic sampai ke tahap yang aku sendiri pun tak paham.So buat mereka yang tak paham.. baca sajalah apa yang aku nak merepek dalam entri ini.Andai paham bagus.. tak paham sudah haha.Bukan kena potong markah pun kahkahkah..

search-engine-algorithm

Google.. sapa tak kenal Google zaman internet ni nampak beno nipunyer huhu.Dalam industri enjin carian, sememangnya Google pendominasi utama dan terdahulu dari pesaing-pesaing yang lain seperti Bing, Yahoo dan lain-lain yang suam-suam kuku penggunaannya oleh para internet seluruh dunia.Dalam market local atau tempatan, aku sememangnya belum pernah lagi mencuba permainan SEO ini.Kata kunci atau keyword bagi bahasa tempatan yakni bahasa melayu sememangnya juga menyumbang kepada industri atau perniagaan sama ada offline atau online di negara ini.Dalam setahun ke dua tahun aku mengkaji search engine ini, maka banyak benda lah aku dah tau.. dan andai kata aku ingin target kepada keyword tempatan, InsyaAllah aku mampu buat.Tetapi itulah masa tak  mengizinkan.. biarlah aku kaji keyword antarabangsa dahulu yakni keyword bermediumkan English.Bagi aku.. keyword tempatan ni persaingannya tidaklah terlalu dahsyat seperti mana keyword dalam Bahasa Inggeris.Aku dah membebel banyak mengenai perkara ini dalam entri yang lepas-lepas,Kalo rajin bacalah ye hehe.

Tetapi, melainkan keyword tempatan yang agak sengit persaingannya seperti industri jual tudung atau berkaitan dengan keperluan wanita, perniagaan internet, dan lain-lain keyword.Aku pun tak kaji sangat dengan details.. nak tau lebih lanjut sila buka sendiri Google Keyword Tool.Tapi yang pasti industri permainan keyword tempatan dalam SEO (serach engine optimization) tidaklah sedahsyat dan sehehat seperti keyword dalam medium English.Aku jangkakan maybe dalam 5 tahun ke atas maka akan bermula lah persaingan yang dahsyat dalam industri SEO tempatan.Sekarang pun semakin ramai dan kesedaran terhadap kepentingan SEO atau search engine marketing (SEM) semakin memuncak dalam masyarakat negara ini terutama di kalangan budak-budak muda, student dan mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.Semakin ramai yang tahu.. maka percayalah semakin dahsyatlah nanti peperangan sesama internet marketer dalam memastikan keyword yang ditagih client berada pada tahap top ranking.Tetapi buat masa ini semestinya Facebook menjadi pesaing utama Google dalam memastikan segmen atau target audience tertentu dapat dipenuhi contohnya golongan remaja lebih gemar menggunakan social media.Kerana kadangkalanya social media seperti FB menjadi sasaran utama mengembangkan bisnes berbanding enjin carian Google.Hakikatnya Google lebih bersifat umum dan universal untuk semua pengguna internet amya.

seo-consultant

Bagi mereka yang sudah lama menceburi industri SEO sudah tentunya dapat merasai getir perit perjuangan dalam memburu ranking sama ada untuk bisnes sendiri atau bagi pihak client.Google algoritma sentiasa berubah-ubah demi menjaga kualiti hasil carian oleh pengguna internet.Apabila industri SEO ini dapat menjana jutaan dollar setiap bulan malah melahirkan ramai golongan kaya atau jutawan senyap-senyap, sudah tentunya ada golongan atau kelompok tertentu ingin menaiki tangga ranking dengan mudah atau menjalankan aktiviti ‘back door’.Pelbagai kaedah licik digunakan oleh mereka-mereka ini bagi demi memastikan survival ranking website mereka di persada indeks Google.Maka dari tahun ke tahun.. pelbagai Algorithm baru diperkenalkan oleh Google bagi melawan atau menghalau mereka ini dan memastikan hanya mereka yang layak mampu menduduki ranking dengan keyword tertentu.Dari Panda update sehingga Penguin update dan pelbagai minor dan major update.Dek kerana zaman sekarang semakin maju, dan penggunaan internet yang sangat meluas, maka sudah tentunya ramai yang sudah tahu mengenai industri SEO ini, dan tentunya saingan menjadi semakin dasat dari tahun ke tahun.

Andai kata knowledge yang aku ada sekarang, dibawak ke 6-7 tahun sebelumnya, tentunya sangat mudah untuk mendominasi enjin carian dengan kata kunci tertentu disebabkan persaingan yang kurang, dan Google algoritma yang tidak kompleks seperti sekarang ini.Sekarang algorithm Google sangatlah kompleks dan aku rasa pihak Google sendiri tak paham dengan apa yang diorang buat atau maybe terdapat error di sana sini atau glitches huhu.. Sudah banyak terbukti dan kesilapan indeks.Adakalanya blogspot yang content apa pun tadak boleh kuasai ‘hard competition‘ keyword.Exact Match Domain atau EMD yang mempunya content yang copied dan keyword stuffing sana sini pun boleh survive.Banyak la.. banyak contoh sepanjang aku mengkaji industri ni..kadang aku pun pelik.. Google buat rules dan algo macam ini.. yang tak ikut pun boleh survive, yang ikut tak naik-naik pun ranking.Kesimpulannya Google algo sendiri kadang yang tak perfect dan maybe error sana sini.Tetapi kalo yang betui-betui ikut Google punya rules, sememangnya mampu naik ranking dengan jayanya.. sama ada cepat atau lambat sahaja. Cuma ada yang terlepas satu dua kes yang tak logik dan ada yang mampu survive dengan jangka waktu masa yang lama.

SearchEngineLand-Periodic-Table-of-SEO

Dari apa yang aku kaji selama ini, baca dan tanya pro-pro IM international sana.TIADA satu pun formula khas dalam menentukan ranking website anda dalam indexation enjin carian.Jika anda buat formula tetap anda sendiri, ianya akan meninggalkan ‘patent’ yang dapat dihidu oleh Google yang dipanggil ‘footprint’ dan tentunya ranking anda akan jatuh mendadak dan merudum.Kalau 10 tahun dahulu maybe ya.. anda mampu ranking dengan formula tetap anda sendiri.. tetapi Google semakin bijak dan tahu selok belok latar website anda dan Google akan reverse engineering website anda ke tahap sedetailnya jika anda tiba-tiba dengan cepat sekali menaiki tangga ranking berbanding website yang dah berbelas-belas tahun online.The thing is, anda perlu hasilkan formula anda sendiri dan memastikan ianya tidak meninggalkan footprint di mata carian Google.Formula anda mestilah secara randomly dan bukannya sama sahaja.Misalnya minggu ni anda buat kaedah A, minggu depan kaedah B, minggu lagi sekali kaedah C dan seterusnya.Dan jika anda tiap-tiap minggu menggunakan formula yang sama.. alamatnya Google crawler atau Googlebot akan sepak jauh-jauh website anda masuk dalam pasir yakni “sandbox” atau lebih dikenali dengan Google Sandbox.Ini apa yang aku dapat belajar la dari otai-otai IM sana yang dah over 10 tahun buat SEO.Aku yang setakat baru setahun dua kenal industri ni hanya mampu eksperimen segala apa yang mereka perkatakan.

simply ranking

Setakat ni apa yang dah aku eksperimenkan ada yang menjadi ada yang tak menjadi.Ada yang Google Dance tak berhenti.. ada yang tak muncul-muncul langsung even pada tahan 100 ranking pertama.Apa-apa pun aku hanyalah seorang newbie dan beginner dalam selok belok SEO ini.Belum ada pencapaian yang membanggakan bagi aku setakat ini.TIADA langsung huhu.. sebabnya baru nak bangga keyword yang ditagih berada pada ranking yang diinginkan tetiba drop, dan terus drop tak muncul-muncul.Ada juga yang bertahan tapi bukan keyword yang aku nak huhu..Dalam minggu lepas, Google melancarkan update terbaru mereka dan ramai internet marketer yang mengeluh ranking client mereka jatuh mendadak.Entah selepas ini haiwan apakah yang bakal keluar lagi, Google Panda update dah kuar, Google Penguin pun dah settle, lepas ni? Google Tenuk kot hahaha.. Apa-apa pun aku akan terus eksperimen dan eksperimen sehinggalah aku dapat cara dan kaedah aku sendiri.Aku takkan berputus asa dan terus berusaha… setidak-tidaknya nanti bila aku dah tau selok belok untuk rankingkan keyword dalam medium english, sudah tentu mudah untuk rankingkan dalam keyword Bahasa Melayu pula hehe.Yakni kuasai Google Malaysia.Setakat ni aku cuba sedaya upaya untuk belajar kuasai keyword English dalam Google.com.Yakni targeted audience semua penduduk internet dunia, tak terhad di Malaysia sahaja.You can dominate Google, means you can dominate the world

Setelah aku memencilkan diri mengakaji industri ni yakni sedari 2011 hingga sekarang (2010 aku masih nganga tak paham apa kejadah SEO haha).Maka aku cuba come out dengan idea aku sendiri.Tengoklah camna berjaya ke tidak.. aku akan cuba sampai berjaya.. kaedah dibawah diberi nama ‘hardcore linking’ huhu.Aku saja bagi nama tu sebab terlalu kompleks dan random untuk difahami susur galur formula ni.Aku campur kaedah mat salleh tu, kaedah mat salleh ni, dan kaedah aku sikit.. maka jadi lah formula “hardcore linking’ ni.Dan mulai bulan depan aku akan laksanakan formula ni dan pantau at least untuk 3 bulan pertama.Andai berjaya… hmm taktau aku nak cakap camna.. nak teriak rasa.Pengorbanan aku tak tido malam sedari 2011 sememangnya menjadi.. (walau hakikatnya aku banyak lepak studio men muzik ja huhu) apa pun aku akan tetap berusaha mencari formula aku sendiri.. atau cara aku sendiri la.Yang sesuai dengan citarasa aku dan kena dengan keperluan semasa.

Ranking Plan

Formula ‘hardcore linking’.. andai kata berjaya maka bolehlah belanja pembaca setia blog ni hehe.Doakan ya kawan-kawan hehe.

Facebook comments: