internet-serious-business

Dalam bahagian pertama saya dah ceritakan serba sedikit perkara umum mengenai pemasaran internet atau internet marketing.Bagi mereka yang baru bertapak atau baru mempelajari selok belok industri sebegini sudah tentunya agak menggusarkan memikirkan bagaimana industri ini bergerak dan menjana keuntungan.Terlalu banyak komponen IM (internet marketing) yang memberikan jalan atau cara tersendiri dalam menggerakan penjualan produk anda sebagai contoh Social Media (FB, Twitter), Blogs, PPC, SEO, Web 2.0 dan pelbagai lagi.Walau apa pun komponen yang anda gunakan, the basic principle atau fundamental pemasaran itu sendiri tetap sama.

Terdapat pelbagai cara atau strategi untuk berjaya dalam IM.Ianya bergantung kepada bagaimana anda hendak pasarkan produk anda itu.Pelbagai persoalan perlu ada di minda anda antaranya.Bagaimana anda memilih produk dan platform atau komponen manakah yang anda inginkan pasarkan produk anda? Apakah target sasaran produk anda? Adakah melibatkan pasaran tempatan atau antarabangsa? Adakah terdapat permintaan dalam produk anda? Apakah trend permintaan produk? Adakah bermusim atau produk yang sememangnya sentiasa tidak putus permintaan? Apakah anda sememangnya mempunyai supplier yang bagus untuk kebolehlangsungan produk anda?

Focus.. just focus.. funny pics

Apa pun persoalan yang bermain di fikiran anda, anda perlu fokus pada sesuatu perkara sebelum beralih kepada perkara yang lain.Jika contohnya anda menjual tudung secara online.Maka anda perlu fokuskan pemasaran dan strategi penjualan online kepada produk tudung sahaja.Kaji permintaan pasaran dan pilih komponen IM yang sesuai dengan anda.Jika anda pilih social media, maka fokuskan pada social media.Jika anda memilih komponen email marketing, maka fokuskan pada email marketing sahaja dan jika memilih haluan yang lebih mencabar iaitu pemasaran melalui search engine maka fokuskan pada satu-satu komponen sahaja.Jika semuanya anda nak sekali harung, percayalah.. anda akan hilang punca dan arah dan tidak mampu ‘handle’ semuanya.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman para pengamal IM dan juga pengalaman saya sendiri.Maybe anda genius maka bolehlah jalankan sekali harung semua sekali komponen pada satu masa.Saya hanya mampu menasihati.Fokus pada sesuatu perkara dahulu sebelum beralih kepada perkara yang lain.Andai anda dah expert pemasaran melalui social media, maka bolehlah seterusnya beralih kepada email marketing pula.Pada mereka yang belum involved dalam industri ini secara mendalam mungkin menganggap ’email marketing‘ adalah something fishy dan mudah.Yelah hanya hantar email jualan sahaja.Kalo sekadar hantar email sahaja kepada semua orang, anda dianggap spamming,dan anda akan dibanned. Contohnya anda jual barang alat buat kuih, tiba-tiba anda hantar sahaja ikut suka hati anda dan sampai ke tangan pemilik email yang hanya suka bab permotoran.Tak ke sia-sia semua tu.

email bad

email confuse

So bagaimana anda hendak fikir, email jualan yang anda hantar benar-benar sampai ke tangan pemilik email yang benar-benar minat produk anda sahaja.Contohnya anda jual produk pancing ikan.So bagaimana anda hendak pastikan email jualan mengenai pancing sampai ke inbox email pemilik yang benar-benar minat pancing sahaja.Bagaimana nak jumpa mereka-mereka ini yang kaki pancing?? Mana mungkin anda main tembak sahaja email anda itu secara rawak ke 10000 email sehari.Dalam 10000 email itu maybe ada spambots, ada budak-budak, ada wanita dan orang yang tak minat langsung pasal pancing.Apa pun saya takkan terangkan kaedahnya di entri ini sebabnya terlalu advance untuk saya terangkan di sini.Apa yang penting yang saya nak point out, fokuskan sesuatu perkara dahulu sebelum bergerak ke perkara yang lain dalam industri IM.Jangan tamak semua anda hendak buat.Email marketing anda hendak buat, SEO (pemasaran melalui search engine) anda hendak buat, social media anda hendak buat dan pelbagai lagi.

Hakikatnya ramai yang berjaya dengan menumpukan kepada satu komponen sahaja.Ada yang mampu berjaya dengan hanya ’email marketing’.Ada yang fokus SEO sahaja pun mampu jana keuntungan.Dan ada yang fokus kepada Social Media sahaja pun mampu menjana keuntungan.Pokoknya di sini, pokok dereyan.Ok saja begurau.Pokoknya anda perlukan kajian mendalam dahulu mengenai sasaran produk anda.Mungkin produk anda susah nak jalan dengan social media, maka anda pilih platform email marketing, atau sebaliknya begitulah.Justeru itu, anda perlu pastikan ilmu anda mencukupi sebelum anda menceburi industri IM.Semoga bermanfaat dan pada entri seterusnya saya akan berkongsi lagi perkara-perkara asas dalam ruang lingkup IM samada tempatan atau antarabangsa.

social media

Facebook comments: