business-cat-meme

Internet marketing atau dalam bahasa melayunya pemasaran internet ialah memasarkan sebarang produk dalam medium atas talian yakni internet.Ianya adalah suatu konsep pemasaran secara online yang saban kini menjadi trend seluruh masyarakat dunia berikutan keboleh capaian internet yang semakin mudah dan di mana-mana sahaja.Mereka yang melakukan aktiviti pemasaran online selalu digelar Internet Marketer, Internet Entrepreneur atau lebih dekat dengan bahasa mudah usahawan internet.

Apabila memperkatakan tentang bisnes online sudah tentunya ianya berkait rapat dengan internet marketing.Seringkali bisnes internet disalah erti sebagai mengaut untung dengan cara yang mudah melalui menipu pembeli dan pengguna.Dan ada juga yang menganggap, asal bisnes online sahaja sudah terbayangkan Multi Level Marketing, money making scheme, money game scamming, pelaburan emas, penipuan awang afrika (black money) dan sebagainya yang menjadikan penanda aras jika salah memilih platform bisnes online maka boleh menjerumuskan anda ke kancah kerugian.

meme_entrepreneurs

Natijahnya, tidak perlu memandang enteng atau ragu-ragu dengan bisnes online kerana tak semuanya menipu.Saya sedikit sebanyak telah ceritakan panjang lebar mengenai isu skeptical dengan bisnes online dalam entri lepas dan anda boleh rujuk di sini dan di sini.Trend di negara kita semestinya Facebook menjadi medium terpenting pemasaran online.Ramai yang jual tudung, jual durian crepe, jual teddy bear dan pelbagai lagi barangan yang menguntungkan.Selain itu sudah tentunya anda pernah dengar Mudah.my dan juga Lelong.com.my.Yaa kedua-dua platform tersebut sememangnya amat terkenal sekali di kalangan pengguna internet negara ini sebagai medium pemasaran internet..

the-number-of-ads-in-facebook-is-too-damn-high

Selain 3 medium pemasaran internet yang famous di negara ini yakni Facebook, Mudah dan juga Lelong, ada juga pengguna internet menggunakan platform blog, forum dan email bagi memasarkan produk masing-masing.Selain itu konsep laman e-commerce semakin bertapak dalam arena internet tempatan.Saya juga telah bercerita panjang lebar mengenai kepentingan e-commerce dan anda boleh rujuk entrinya di sini.Tidak kisah apa jua cara pemasaran yang anda lakukan untuk menjual produk anda secara atas talian, ianya dipanggil pemasaran internet atau internet marketing dan orang yang melakukannya selalunya digelar ‘internet marketer’.

Mari kita bercerita mengenai the real legit of online marketing. Ianya tersangatlah luas pasarannya merentasi seluruh dunia.Seperti yang telah saya ceritakan dahulu panjang lebar, orang di Canada boleh membeli produk anda ketika anda sedang nyenyak tidur di rumah.Dengan kemudahan sistem yang sedia ada dan termaju, transaksi pembayaran wang boleh dilakukan dengan mudah sekali tanpa mengira tempat dan masa.Platform yang terkenal yang menguruskan pembayaran online tentunya Paypal.Selain itu pembayaran via debit card atau credit card juga boleh dilakukan dengan hanya menekan 2-3 klik di mouse anda.

Tetapi jika anda mengusahakan produk sendiri, contohnya jual kain tudung, sememangnya agak tidak logik orang Uganda akan membelinya.Kerana anda yang perlu melakukan penghantaran dan sebagainya.Sudah tentunya target audience lebih kepada pasaran local atau tempatan.Melainkan anda menjual digital produk seperti e-book, software dan lain-lain yang mana pengguna internet hanya perlu mendownloadnya sahaja.Selain itu lebih mudah jika anda melibatkan diri dalam market antarabangsa atau ruang lingkup pasaran luar negara.Segalanya sistem computer yang akan menguruskan.Dari promosi, pembelian, penghantaran sehinggalah sampai ke tangan pengguna.Tugas anda hanya bangunkan website untuk target audience atau golongan tertentu.Contohnya anda nak jualĀ  board surfing yang mana sudah tentunya targetnya untuk pengguna luar negara.Saya tak pernah dengar lagi la kat malaysia ni orang main board surfing ramai-ramai tepi pantai.. hehe panaih kot.Ombak pulak tera mana ja ye tak hehe.Indoor surfing maybe ada tapi hakikatnya permintaan produk lebih pasaran luar.Maka anda bangunkan website berkaitan surf board, hubungi supplier berkaitan dan kemudian biarkan sahaja sistem komputer yang menguruskan segalanya dan pihak company delivery negara berkenaan yang menguruskannya juga untuk penghantaran produk.

muntah pelangi

Banyak lagi idea-idea bisnes yang boleh dijana melalui internet marketing.Ianya worldwide bisnes dan merentasi benua.Kalo nak cerita satu persatu sampai termuntah-muntah pelangi lah jawabnya huhu.Seperti yang pernah saya ceritakan dahulu dalam entri lepas.. dalam negara sendiri pun banyak lubuk rezeki belum diterokai inikan pula antara benua.Bersambung ke entri seterusnya.Saya akan ceritakan serba sedikit tips-tips pemasaran secara umum.Sekian.Semoga bermanfaat.

Facebook comments: