Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.So kali entri kali ini mengenai dunia blogging pulak..Berenti sekejap mengenai kisah Menara Alor Setar dan Stadium Darul Aman serta Kelia kelia keliaaaa hhuhuhu..Nanti aku akan sambung kemudian.Tiba-tiba aku nak memperihalkan tentang dunia directory submission.Dalam kempen link building, proses directory submission antara agenda terpenting bagi memastikan link blog kita itu sentiasa di cari oleh crawler enjin carian.Lagi banyak link kita berada di merata-rata web directory di segenap pelosok dunia internet, maka blog kita itu makin mudah untuk ditingkatkan capaian trafik dan juga mesra SEO.

Sebenarnya untuk memudahkan kerja pemilik blog yang tidak mempunyai banyak masa, maka dia boleh je mengupah orang untuk membuat servis directory submission.Harganya mengikut tahap banyak mana web directory yang perlu dihantar.Makin banyak kerja si penghantar maka makin tinggilah harga.Tapi aku dengan terlebih rajinnya aku membuat sendiri directory submission walhal aku boleh upah orang.Sebab aku fikir bila aku cuba-cuba buat submission sendiri banyak benda yang boleh aku belajar mengenai perihal dunia directory submission ni.

Mungkin orang akan anggap aku buat keja bodoh dan buang masa dengan buat sendiri directory submission yang prosesnya agak makan masa.Nak menaip captcha tu yang agak makan masa.Sebab masa yang digunakan boleh buat proses link building lain lagi atau buat content.Sebenarnya kalo aku nak upah semuanya pon boleh..dari design, link building campaign, content..TAPI aku rasa macam tak feel lak.Aku nak lalui sendiri kepayahan membuat link buliding.Biaq la susah-susah dulu at least boleh belajaq something… Maybe bila dah tiba masa aku akan speed up kot kempen link building dengan outsource.. Sekarang ni takpa la pelan-pelan kayuh dulu

Antara apa yang aku dapat tau mengenai perihal dunia directory submission berdasarkan pengalaman aku buat sendiri adalah seperti berikut..

1) Directory yang PR 6 ke atas jangan harap le nak boleh letak free camtu je link.. takde can nak tunggu review2 dulu 2 3 bulan dulu ke. Kena bayar dulu. Taktau le kot ada directory PR6 ke atas yang pemurah, kalo ada sapa-sapa abaq le..setakat ni aku tak jumpa lagi.

2) Yang paling takleh blah ada gak directory sehari je review dah accept.Normal yang aku dapati 2 3 minggu baru accept. Ada jugak yang bitau lepas 1 bulan, 3 bulan atau 6 bulan baru accept.Yang banyak aku dapat accept link dari kategori review 1 2 minggu dan sebulan, yang review 3 bulan senyap je, yang review 6 bulan pulak belum sampai masa.hehe

3)Yang aku paling tension bulan ni aku check directory tu ada..bulan depan tengok dah takde directory tuh.ntah maybe tak bayar duit server ke apa ke.Kategori ni banyak mai dari PR O, walaupun accept cepat tapi tak bertahan lama.. tambah2 lagi kalo directory yang ada dot info belakang..Aku pun pelik

4)Kebanyakkan directory yang accept cepat (sehari dua) akan memberikan kita no follow link.Yang accept lama (1 minggu ke sebulan) walaupun do follow tapi dah cam kategori deep link.Aku pun taktau nak abaq gu mana.Crawler akan sampai la jugak kot..

5) Ada directory yang mandatori bayar..makna kata nak letak link kena bayar! takdenye nak review untuk free regular link.Yang aku takleh blah ada gak directory PR dah la O pastu alexa rank berjuta..tapi gigih jugakkk nak buat mandatori bayaq..sedaq la diri sikit huhu

6)Aku try buat experimen.. Manual submission ngan semi automated submission. Resultnya KEDUA-DUA kaedah mecapai matlamat yang sama.Iaitu owner directory accept link kita.Aku ada terbaca kat forum-forum ada orang takut nak buat semi automated submission sebab takut kena penalize google lahh, directory tak terima lahh.. akan dianggap spammy lahh… Tapi aku try eksperimen ok ja.. Taktau la kalo anggapan aku salah… Harap2 tak kot!! huhu..

7) Ha ni out of topic sikit.. aku ada baca kat forum-forum bahawa orang yang amik upah untuk buat directory submission pun guna kaedah semi automated submission jugakk!!! cuba pikiaq dia punya job kena antar 500- 1000 directory untuk siap dalam masa 2 hari dah tu ada yang bagi jaminan sehari je siap.Otai gila jari dok taip description directory laju tahap dewa ke.. So orang persendirian yang amik upah ni kadang-kadang bukan boleh pecaya sangat..! Kalo nak upah kena pandai cari yang betul2 berkaliber dan memang terbukti.

Kesimpulannya, buat kerja directory submission adalah sangat leceh..ramai upah orang je. CUMA.. kalo anda gigih buat sendiri maka anda dapat tau la karenah sesetengah owner directory tu macam mana dan yang paling penting anda dapat kelaskan  dan buat list  anda sendiri directory mana yang anda patut antaq.Ada yang kedekut, ada yang pemurah, biaselahhh kita nak letak free je link kat directory diorang so tepaksa akur huhu..

Apa yang aku boleh katakan apabila kita masukkan link kita ke dalam free listing directory ni amik masa lama untuk nampak hasilnya.. Tambah2 kalo directory tu ada PR tinggi..mau makan berbulan-bulan dia nak approve.Kalo anda ada bajet boleh juga buat permanent listing.. dan aku masih lagi bereksperimen tentang keberhasilan directory submission ni terutama bila link kita tu berada di free listing.Aku akan update hasilnya nanti hehe…tapi lama lagi lahhh~ Menurut orang-orang lama dalam industri ni.. hasilnya tetap akan ada..tapi makan masa hehe…

Facebook comments: