wordpress

Anda pernah dengar WordPress? Jika anda aktif dalam dunia blogging sudah tentunya WordPress sudah tidak asing lagi dalam dunia self hosting blog.Terdapat perbezaan ketara antara WordPress.com dan WordPress.org.Jika anda taip search keyword kat google tentunya akan terdapat 2 versi WordPress yakni dot org dan dot com.Keduanya sememangnya berbeza sekali tapi pada hakikat umumnya ia menyediakan fungsi yang sama pada website.Mari kita bincang serba sedikit tentang perbezaan antara kedua platform.

notsure

Apa itu WordPress.org?? Ianya adalah blogging software atau perisian untuk blog beroperasi.Anda boleh memuatnaik atau install theme, plugin, meletak iklan, edit sistem database blog dan boleh melakukan apa sahaja modifikasi kat blog atau website anda yang melibatkan 3 code asas utama yang saya dah terangkan dalam entri yang terdahulu.Ianya adalah sumber terbuka yakni “open source” dan sesiapa sahaja boleh mendownloadnya.TETAPI.. ada tetapinya. Ia perlu install di web server sebelum dapat beroperasi.Dengan kata lain anda perlu sewa server untuk menghostkan segala data di wordpress untuk membolehkan ianya berfungsi.Bukan sahaja server malah anda perlu membeli nama domain sekali.Ianya selalu disebut sebagai self hosted wordpress website atau blog.Anda boleh control segala database anda dan boleh buat perubahan ikut kehendak anda bergantung pada storan dan features yang terdapat pada web hosting.

Apa itu WordPress.com?? Ianya sangatlah berbeza dengan WordPress.org.Anda tidak perlu bayar kos server, kos domain name atau perlu menguruskan database website anda.Ianya free platform blogging sama seperti blogspot yang dimiliki oleh Google.Apabila anda sign up wordpress anda akan dapat nama domain anda yang akan berakhir dengan nama sub domain wordpress seperti contoh :-

minahsikucing.wordpress.com atau platform blogspot sama juga seperti minahsikucing.blogspot.com. Berbeza jika anda guna platform wordpress.org.Anda boleh modify blog atau website ke nama yang lebih professional yakni minahsikucing.com dan boleh control segala database yang berkaitan dengan website anda itu.Melalui platform WordPress.com anda TIDAK BOLEH control segala database website anda melalui FTP client.Anda juga tidak boleh kacau sebarang coding yang dah ditetapkan dalam WordPress.com.Code seperti CSS, PHP themes, Javascripts dan plugin tertentu sangatlah terhad penggunaannya demi keselamatan web server WordPress.com itu sendiri.Dah nama pun free ye tak.Mestilah banyak kekurangannya.Apa pun ianya platform yang mempunya komuniti sokongan yang tersendiri dan unlimited database dan juga sama seperti plaform free blogging yang lain.

WordPress.com sesuai untuk mereka yang just nak suka-suka layan blogging.Boleh juga dijadikan platform untuk bisnes dan servis kerana WordPress.com juga menyediakan upgrade website ke hosting mereka tapi still tak mampu fully utilize seperti WordPress.org.Bagi mereka yang inginkan kebebasan mengawal data keluar masuk dan fully utilized website anda ke tahap yang maksimum.Tentunya saya sarankan WordPress.org sebagai platform yang terbaik untuk memulakan bisnes online anda.

WP

Facebook comments: