Salam semua dah hampir seminggu aku tak update blog dek kerana aku terpaksa ke KL atas urusan keluarga yang tak dapat dielakkan dan sekarang aku berada di johor pulak.Dah agak bosan dan tepu berpuasa sorang2 dekat umah so amik aku keputusan untuk ke johor jap selepas aku di KL.Dok johor ni terasa ada kehidupan sikit hehe.Yela kat umah aku duduk sorang ja pastu bila mai johor duduk rumah abang aku baru terasa kehidupan berfamili.Penat melayan telatah anak buah aku dua orang ni.Asyik menyanyi ja haha.Sama macam anak buah aku sorang lagi Dameer.Tengok video dia kat sini.Nak ikut jejak aku kot jadi freelance komposer.

Huhu akhirnya dapat aku kembali ke arena blogging.Duduk kat KL umah sedara tak sempat nak bukak laptop pastu bila sampai johor pulak laptop buat hal.So tepaksa kena format pulak lagi huhu.Biasa aku kat rumah aku menggunakan PC desktop untuk buat kerja-kerja studio dan blogging sebab laju.PC baru beli la katakan.Ok sekarang dah boleh kembali ke dunia blogging.Tengok tajuk entri kat atas pengalaman pertama? Pengalaman apa ek aku nk cerita ni agaknya? Huhu.

Ya aku ingin berkongsi saat manis dalam hidupku haha pengalaman pertama dapat USD melalui Paypal.Walaupun nilainya kecik je.Tapi ya inilah pengalaman pertama yang aku ingin potretkan dalam kehidupanku semenjak mula serius mendalami dunia blogging pada selepas seminar smart blogging tempoh hari.Inilah kali pertama menuai USD.Aku sangat gembira sebab inilah kali pertama orang yang zero dan newbies gila cam aku dapat tuai USD dan paypal mula terisi USD walaupun nilainya sangat kecik.

Dan aku cam tak caya pulak disamping kerja2 yang aku buat itu, sambil2 aku dengar lagu,sambil2 pulak buang masa chatting dan berFB serta berFarmVille itu, ada insan yang sanggup bayar (dia bukan orang malaysia).Alhamdulillah rezeki ramadan. Tak ku sangka hehe. Memang benar lah orang kata bulan ramadan bulan penuh rezeki dan berkat.Kerja apa itu? Nantilah aku akan kongsi, sebab aku tengah tunggu payment kedua, tak masuk2 pun dah delay dua hari dah,scam ke apa haha.Satgi aku p cerita kat orang naya ja.Harap2 dapat la payment kedua.Peserta smart blogging lain rasanya memang dah dapat agak dah apa dia kalau depa baca entri ni hoho.

Itu sahaja nak berkongsi hehe.Pengalaman pertama PayPal terisi dengan USD walaupun tak banyak.Kalau kali balik dalam dunia RM lepas la buat beli juadah berbuka ye tak.Kena murtabak, nasi ayam berempah kukus, ayaq buah ka, cucoq sikit lepas la haha.Salam semua dan selamat berpuasa.

payment-pertama

Facebook comments: