SEO adalah satu bidang yang menarik untuk dikaji.Ianya ibarat penyelidikan yang perlukan komitmen dan usaha yang berterusan bagi memastikan segala kaedah yang dipraktikan berjaya.Ianya bukan sekali baca esok tu dah boleh paham dan esok tu juga dapat results.Sains dalam SEO sentiasa berubah mengikut peredaran zaman sesuai dengan peningkatan pengguna internet kini.SEO ibarat penyelidikan akhir tahun seorang pelajar di Universiti atau penyelidikan seorang sarjana terutamanya bagi kos berteraskan Sains.Cuma kat U tu lebih proper lah penyelidikannya.Ada report, ada pembentangan, ada seminar, ada literature review dan apa jadah lagi aku pun dah lupa.Aku malas nak mengimbau kenangan dulu sebab aku dulu seorang yang sangat pemalas di U haha.

Search Engine Optimization atau pun SEO merangkumi pengkajian menyeluruh tentang enjin carian, atau pun bahasa singkatan SE (search engine).Pernahkah anda terfikir bagaimana enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing, Baidu, Ask.com dan lain lain mengindex blog. website yang berjuta-juta kat dalam dunia internet ni? Bagaimana prioriti diberikan kepada jutaan website ini? Jika 100000 website yang menceritakan topik yang sama, bagaimana agaknya SE nak mengindex website mengikut carian kata kunci pengguna internet? Ataupun anda nak fikir cara senang je… bak kata seorang member aku ” Ahhh apa susah-susah penin-penin nak belajaq apa jadah pasai SEO ni… hang bayar ja kat Google nak bagi website ang index dengan senang…”

Ya anda boleh bayar kat Google melalui pengiklanan yang ditawarkan oleh Google mengikut kata carian yang anda inginkan.Tapi.. ada tapinya.Berapa banyakkah anda sanggup bayar untuk per visitor (pengiklanan berdasarkan per visitor) sedangkan orang lain(owner website) tak perlu bayar pun untuk semua itu.Dah tu anda perlu compete dengan pengiklan lain pula.Contohlah kata anda nak iklan bagi keyword ‘kereta terpakai’ (aku just bagi contoh keyword dalam bahasa melayu).Beerti setiap kali pengguna taip keyword ‘kereta terpakai’ di ruangan search Google akan keluar result searchnya website anda.TAPI… takkan lah anda seorang saja manusia di atas muka bumi yang inginkan keyword ‘kereta terpakai’. Company-company besar mane tahu pun juga mau compete untuk keyword tersebut.

Persoalannya sanggup kah anda keluar modal banyak atas sebab malas nak pikiaq dan kaji pasai SEO.Lain lah kalo anda ni company besar cam Sony, Samsung, Apple dan sebagainya yang capital modal tinggi.Dah tu mengikut kata carian di internet keyword-keyword panas memang didominasi oleh syarikat-syarikat besar.Terutamanta short tail keyword.Ataupun suku kata pendek, cam aku bagi contoh kat atas lah.So untuk pemahaman meh aku bagi contoh dalam bahasa melayu.Sekadar contoh ok.Jangan pi kaji lak haha.

Misal kata ada pengguna internet inginkan maklumat mengenai produk Sony yang mereka suka.Contohnya kata kunci ‘Sony Ericsson Xperia’.Maka mereka taip lah kata kunci kat ruangan search di Google tu.Maka dengan short tail keyword (suku kata pendek) camtu konpem website official Sony akan keluar punyalah di bahagian results disamping web-web lain yang sanggup compete untuk keyword tersebut.Tapi dengan kata kunci yang panjang atau pun long tail keyword contohnya “nak beli enset Sony Experia murah online”.Agak-agak kalo anda taip kata carian yang panjang berjela camtu akan keluarkah website official Sony? jawapannya TIDAK huhu.Yang akan keluar results adalah dari sumber blog-blog dan unofficial website.Silap-silap dari blog aku hahaha (bergurau).

So dalam dunia ni agak berapa ribu orang yang akan taip keyword yang sama tadi iaitu “nak beli enset Sony Experia murah online”.Katakan lah 1000 orang je dari populasi penduduk dunia yang taip keyword yang sama.Ini bermakna anda telah drive in visitor lebih kurang 90% dari 1000 camtu.Yang lagi 10% maybe lupa nak masuk website anda, contohlah pukui rata semua haha.Selain itu mungkin banyak lagi keyword yang anda tak tahu dan pelik-pelik contohnya lah seperti.. “Handset Sony jenis Xperia second hand” , “Handset Sony model Xperia terbaru” , “Xperia model terbaru Sony beli kat mana” dan bermacam-macam lagi lah underground punya keyword yang secara senyap-senyap telah dimonopoli oleh blogger untuk takhta kedudukan hasil results enjin carian.

Aku hanya bagi contoh keyword dalam Bahasa Melayu yang mana mungkin hanyalah sebagai contoh saja dan takdak bukti sangat.So convertkan sendiri kata kunci aku tu dalam English dan kaji sendiri berapa banyak orang search untuk keyword tersebut dalam sebulan.Walaupun bagaimana sesama blogger pun tetap ada persaingan jika keyword tersebut ada potensi pasaran.So bagaimanakah seseorang blogger itu memastikan keyword yang ditargetnya mekar subur di ladang result enjin carian dan sentiasa segar di mata pengguna internet.Bagaimana pula mengekang persaingan dari blogger lain yang turut sama bersaing untuk keyword tersebut? Jawapan nya ialah sila tepon Google, pastu ajak lepak minum teh tarik pekena roti canai apa, tampaq bahu apa lebih kurang, men kenyit-kenyit mata sikit pastu nak balik ja sembang pelan-pelan kat telinga Google suruh dia index blog kita…… hahahhahah aku begurau ja.

Jawapannya ialah SEO (Search Engine Optimization).Anda akan kaji bagaimana algorithm SE mengindex sesuatu blog atau website.Keutamaan apakah yang diberikan dan atas kriteria apakah blog itu akan di index untuk menduduki takhta result enjin carian yang top 10 itu dan juga 1st pages.Lazimnya orang akan belek 1st page sahaja dan juga top 10 list yang disuggestkan oleh Google.Second page, third page dan kadang-kadang sampai berpuluh-puluh page tu memang sukar sikit dah orang nak belek-belek.So disini lah anda akan kaji mengenai search engine segenap segi dan patent result yang dikeluarkan.Algorithm juga sentiasa berubah-ubah bagi memastikan ketelusan sesuatu results.Ramai yang memanipulasi algorithm untuk kepentingan diri sendiri dan juga nak duit cepat.

SEO ibarat penyelidikan akhir tahun universiti.Kalo zaman student dulu masa final year project anda akan diberikan sesuatu tajuk untuk anda siapkan report dan thesisnya.Meh aku singkap kembali kenangan aku dulu.Maka aku dulu sebagai seorang student yang tak lekang masuk bilik pensyarah dek kemalasan tahap tenuk akhirnya berjaya juga optimize tu optimize ni, politik sikit dalam buat report dan pembentangan (sembang kemas padahal result dalam makmal ntah apa-apa) maka in the end berjaya juga dapat result yang diiginkan.Aku dulu kaji pasai bagaimana nak membersihkan contaminant/pollutant dalam air dengan kaedah photocatalyst TiO2.Bab ni satgi sembang ampa tak paham lak haha tapi hakikatnya persamaan tetap ada dengan kaji tentang SEO.

Dalam SEO contohnya anda nak kaji tentang keyword yang aku bagi contoh kat atas iaitu “nak beli enset Sony Experia murah online”.So barangkali tajuk research anda bagaimana anda nak optimize keyword tersebut hingga berjaya mendapat tempat top 10 results on 1st page Google.Maka bermulalah pengkajian anda.Untuk keyword tersebut anda akan kaji berapa volume search per month.Adakah ramai yang bersaing untuk keyword tersebut.Adakah keyword tersebut ada potensi pasaran.Dan setelah anda dah abih yakin tentang potensi keyword tersebut maka bolehlah further ke next step.

Selepas itu anda perlu tahu ‘content science’ dan ‘site structure’ blog atau website anda.Adakah website anda itu memudahkan Google untuk singgah? Apakah halangan-halangan yang menyebabkan Google tak teringin langsung nak singgah website anda.Apakah kriteria-kriteria yang menyebabkan Google terus menerus mahu singgah website anda? Bagaimana pula nak pastikan website anda penting di mata Google.Semua ini merangkumi dalam bab ON-Page SEO dan OFF-Page SEO.Haa part ni di lain entri lah aku cerita.Kang jadi panjang bejela  8 hari 8 malam pulak hahaha.Ni pun aku dah terasa panjang aku taip.

Maka pengkajian pun bermula, melalui kaedah OFF-Page SEO anda akan pantau dan selidik.Adakah keyword yang anda target tu dah naik ke belum dalam SERP (search engine result pages).Kalo tak naik-naik langsung.Apa puncanya? Sebab apa Google takmo index blog anda.Pastu kalo dah naik bila anda check kedudukan website anda adalah pada tangga 500 atau pun lebih.Bermakna anda perlu turunkan sebanyak 450 carta bagi mencapai target website anda pada kedudukan carta top 10 sahaja.So bagaimana nak turunkan result anda ke tahap paling terbaik itu? Berapa lama akan turun dan bagaimana dengan pesaing anda? Dia pun macam anda ke atau pun dah pecut meninggalkan anda.

Pendek cerita maka akhirnya website berjaya juga menduduki tangga 10 dan ke atas results.Dan dengan ini anda mampu tersenyum lebar dengan usaha anda dah buat dan juga keuntungan yang anda bakal dapat.So dah selesai dengan itu final year project anda dah tamat dan boleh tulis thesis atau report dah haha begurau.Tapi bila anda dah berada di posisi top 10 tu.Berapa lama anda boleh bertahan pada kedudukan itu? Adakah pesaing anda nanti tak potong kedudukan anda itu? Bagaimana nak maintain kedudukan tersebut.So setakat ni sahajalah aku membebel mengenai SEO.Nanti ada masa aku cerita lagi.Aku pun masih ‘student’ lagi dalam bidang ni.Banyak benda perlu experiment serta try and error.Aku selalu pantau jadi ka tak jadi.Tak jadi ubah cara lain pulak.

Kini dah hampir setahun lebih aku kaji bidang ni semenjak 2010.Banyak benda yang aku dah belajar dan banyak mistake yang aku dah buat.Ada masa aku cerita detail bab ni upon request.Kalo tak aku senyap je lah aku pun pakar pun.. tapi aku beharap aku nak jadi pakar dalam bidang ni.Seperti mana seorang mekanik yang pakar pabila dengar bunyi kereta je dah tahu rosak apa.Sekian terima kasih 🙂

Facebook comments: