search engine logos

Salam semua kepada pembaca sekalian.Setelah blog aku kembali pulih sepenuhnya dari serangan hackers tempoh hari, maka aku kini kembali semangat untuk menulis.So dengan tidak membuang masa lagi, mari kita belajaq sedikit demi sedikit konsep asas enjin carian and ‘the work behind it’.Dalam entri-entri terdahulu telah aku terangkan secara umum mengenai dunia di sebalik kejuruteraan enjin carian.So boleh lah tengok-tengok balik dan paham sikit-sikit perkara berkaitan.Dengan pemerhatian dan kajian aku selama  hampir 3 tahun, maka tiba masanya untuk aku berkongsi ilmu kepada ampa semua huhu.. Sebenaqnya.. dalam persekitaran internet open source ini.. anda boleh belajar sendiri saja melalui search kat Google, Youtube, dan apa jua sumber maklumat terbuka yang ada dalam dunia online.Tetapi saja ja aku nak berkongsi ilmu dengan cara penyampaian aku.. huhu.Kalo rasa blur blur baca sat ada campoq bahasa utara.. so belajarlah melalui Google dan Youtube haha.. sama saja.Lagipun hasil penulisan aku ini maybe akan boleh jadi bacaan anak cucu aku nanti kehkeh~ pikiaq jauh pulak.Ok mari kita terus ke topik utama..

“Search Engine” atau enjin carian, sememangnya sinonim dengan masyarakat dunia sekarang.The most recognize dan top sekali tentulah Google, kemudian diikuti dengan Yahoo, Bing, dan yang lain-lain sat-sat timbul tenggelam (MSN, Ask, AOL, etc).Apabila memperkatakan dengan tentang fungsi asas enjin carian ianya merangkumi 3 fungsi asas iaitu pertamanya menjejaki/mencari/menerokai segenap pelusuk dunia online dengan berpandukan kepada beberapa perkataan penting.Keduanya, dengan mengindex segala perkataan yang telah dijumpai ke dalam database enjin carian.Ketiganya, membenarkan pengguna internet mencari perkataan atau gabungan perkataan yang terdapat dalam database mereka yang telah diindex.

Pada permulaan era bermulanya internet, enjin carian hanya mampu mengindex beberapa ribu sahaja dokumen, halaman website, serta data berkaitan selain hanya menerima beberapa ribu query/inquiries atau dalam bahasa melayu mudah faham ialah permintaan.Maka bila makin berkembangnya dunia internet yang semakin pesat membangun, bukan sahaja ribuan dokumen/data diindeks, malah kini berbilion-bilion data telah diindex.. disamping berjuta-juta queries dalam sehari.Tugas untuk menjejaki/mencari/menerokai segenap pelusuk dunia online untuk mencari data/dokumen diberikan kepada robot yang mana ianya aplikasi dicipta khas oleh setiap enjin carian.Sebenarnya ianya tak dipanggil robot.Dalam bahasa search engine ianya lebih dikenali sebagai spiders! Bukan spiderman dalam filem tu haha.. selain itu ada bahasa mudah dipanggil crawlers. Haha susah kalo nak ditukar ke bahasa Melayu.. labah-labah? perangkak? huhu.. the thing is, tugas spiders adalah menjalankan proses web crawling atau pun seperti aku terang kat atas.

spiderman

Maka artikel bersiri (akan ada banyak part) yang bakal aku karang ini akan menerangkan secara basic/asas dahulu bagaimana sesuatu enjin carian itu berfungsi serta memberikan maklumat yang kita kehendaki hanya di hujung jari.Di masa akan datang bila mana part asas aku dah cover, maka boleh lah aku terus mengarang ke bahagian yang lagi detail sedetailnya huhu.. harap aku diberikan kekuatan untuk terus rajin menulis di masa akan datang.OK mari kita lihat definisi penting bagi enjin carian atau perkara asas lain penting bagi sesuatu enjin carian.Aku akan lebih banyak berkisar tentang Google instead of lain-lain search engine.Yelah hampir 80% penguasaan market search engine dikuasai oleh Google.. so aku lebih memberi tumpuan kepada Google huhu.

Query – Permintaan ataupun dalam bahasa BM.. hmm.. inkuiri lah kot.Atau dengan penerangan bermaksud segala apa perkataan yang ditaip diruangan kotak search/carian oleh pengguna internet.Segala apa perkataan termasuklah number, simbol dan abjad.

Lokaliti – Segala query yang berkaitan dengan bahasa dan tempat yang mana pengguna ingin membuat carian

Pengguna Lokaliti – Segala query yang berkaitan juga berdasarkan lokasi pengguna internet, bermakna tempat ketika pengguna membuat carian.

Laman Hasil Enjin Carian – Haa ini aku men translate saja.. nak ikut sebetulnya dalam English.. adalah Search Engine Result Page (SERP) iaitu laman yang memaparkan hasil carian yang ditaip pengguna pada kotak carian (search box)

Landing Page (LP) – Haa ini aku tak pasti nak translate camna ke BM huhu..  pendaratan laman? huhu.. dengan penerangan bermaksud laman web yang anda dapat lihat sebaik sahaja anda click result carian tersebut.

Mari kita lihat contoh-contoh berkaitan.Dibawah adalah SERP bagi carian samsung galaxy s4

enjin carian google

Setiap SERP memaparkan 10 hasil carian utama.Selain itu maybe tambahan ada iklan dan juga hasil carian images/gambar.Setiap hasil carian memaparkan tajuk, URL dan snippets berkaitan laman yang bakal dikunjungi

serp snippets

Dari segi Lokaliti dan Pengguna Lokaliti ianya lebih berkait rapat dengan lokasi carian dan tempat ketika pengguna internet membuat carian internet.Sama ada ianya bermediumkan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu, ianya berdasarkan lokaliti pengguna internet ketika membuat carian di lokaliti.Contohnya andai kata anda hendak cari info tentang belacan manis tiga rasa, tentu sekali untuk memudahkan hasil carian anda membuat carian di Google Malaysia (google.com.my) instead of laman international atau official Google (Google.com).Contohnya lagi jika anda hendak cari hotel di London mana yang murah tentu sekali anda gunakan khidmat Google UK (google.co.uk) demi menepati kehendak lokaliti carian anda.Tetapi di pihak Google sendiri sudah boleh track IP internet anda berada di lokaliti mana.Bagi pengguna internet di Malaysia tentunya hasil carian di Google lebih terarah pada demografik tempatan, kerana query yang datang dari IP internet dari Malaysia memberikan result yang menepati kehendak lokaliti anda.Cuma kalo hendak lebih spesifik seperti mencari hotel murah di London, maka bolehlah mengunjungi Google UK untuk buat carian seperti yang aku dah terang di atas.

Ok tamat bahagian pertama entri ini.. nantikan bahagian seterusnya!

google finish sentence

 

Facebook comments: