wordpress-logo

Apabila memperkatakan tentang bisnes online, anda sekurang-kurangnya memerlukan satu platform untuk memasarkan bisnes dan juga sebagai medium brand awareness produk atau servis yang anda jalankan.Trend kini melihatkan ramai yang bergantung kepada Facebook sebagai medium online bisnes tetapi untuk penjenamaan sudah tentunya anda memerlukan website anda sendiri.Sebagai contoh jika anda juai karipap panas, sudah tentu penjenaaman anda melalui FB tidak begitu memberangsangkan.Contoh seperti antara www.facebook.com/karipappanas dan www.karipappanas.com, yang mana antara jenama yang lebih mesra dan dekat di hati pengguna untuk menyebut dan mempromosikannya? sudah tentunyaaaa….. anda decide sendiri hehe.

Oleh itu anda perlu develop website anda sendiri bagi memastikan proses penjenamaan lagi molek di mata pengguna.Ada yang mengupah pihak professional atau specialist untuk bangunkan website dan ada juga bergantung hanya kepada platform percuma blog atau website.Bagi mereka yang berjinak-jinak untuk memiliki dan mempunya website sendiri tentunya WordPress.org sebagai platform terbaik untuk memulakannya.Ini adalah kerana anda tidak perlu mempunya degree dalam bidang computer science atau web programming untuk menghasilkan website yang berkualiti.Melalui WordPress sebagai platform CMS (content management sistem), anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan mengenai server, database, webhosting dan juga 3 basic coding (HTML, CSS, PHP) yang telah diterangkan sebelum ini.Back to real topic.. mengapa WordPress menjadi pilihan terbaik CMS website untuk webmaster seluruh dunia?

coding meme

Pertama, sistem yang disediakan oleh wordpress sangat mudah untuk diuruskan.Tanpa pengetahuan skill coding yang tinggi anda mampu menambahbaik website anda mengikut citarasa anda sendiri.Segalanya mudah, point and click sahaja.Dengan wujudnya sistem wordpress sebegini agak sukar bagi web designer atau web developer untuk mengenakan harga upah yang tinggi kepada client kerana ianya sememangnya mudah diuruskan dan ditambah pula anda tahu sedikit basic 3 code website.Anda boleh uruskan website anda sendiri tanpa sebarang pengetahuan coding dan scripts yang advance.Tapi bila bercakap mengenai web design..itu kreativiti bergantung kepada skill individu.. tak semua mampu kreatif melakukan design yang terbaik.Anda maybe boleh urus tadbir website anda dengan jaya dan simplenya.. tapi bila tiba bab web design, anda maybe blur nak decide jadikan ia cantik dan kreatif di mata client.Jika anda kreatif juga, sememangnya anda mampu jadi webmaster yang hebat hehe.

google-meme1

Kedua, search engine yakni seperti Google, Yahoo, Bing sangat sukakan website yang bermediumkan wordpress sebagai platform.Site yang dibina melalui wordpress di engineered supaya mesra search engine dan content website mudah diindeks dalam listing indexation search engine.Anda juga boleh memastikan setiap web page yang anda create mampu menarik crawler-crawler dari search engine untuk singgah dan index website anda dengan jayanya.

support meme

Ketiga, selain free (open source), WordPress mempunya sokongan komuniti tersendiri yang sangat kuat dan sentiasa menyokong development terbaru dalam sistem CMS WP (wordpress).Komuniti itulah yang membina plugin sokongan, add-on sokongan dan juga theme untuk WP itu sendiri.Terdapat pelbagai fungsi plug in dan add-on yang disediakan yang mana anda boleh fully utilized ikut citarasa anda sendiri.

Maka itulah ketiga-ketiga sebab utama WordPress menjadi pilihan utama webmaster seluruh dunia.Sebenarnya banyak lagi sebabnya, tapi itulah simpan untuk next entri hehe.Walau bagaimana pun ada juga penyedia CMS yang lain yang menjadi penyedia alternatif kepada wordpress.Contohnya seperti Drupal dan Joomla.Ianya juga boleh dijadikan CMS mengikut kesesuaian dan citarasa anda sendiri.Maybe ada yang kekok atau tak berapa best dengan interface Joomla dan pelbagai sebab lagi mengikut keboleh senangan mengurus sesuatu website.

wordpress-meme

Facebook comments: