PERINGATAN : Entri kali ini sangatlah panjang! Kalo malas nak baca, takyah baca pun takpa apa yang aku bebelkan di bawah huhu

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Err dah lama aku tak mencoret mengenai dunia blogging.Tinggal kejap pasai dunia muzik dan studio ye huhu.Tiba-tiba gatal tangan nak menaip pasai tajuk ni.Hehe.Aku nak menulis mengenai tajuk ni dah lama dah.Tapi dok tangguh dan tangguh.Hehe.Benda kalo dah salu bertangguh APA PUN TAK BOLEHH!

Sekarang dah genap setahun aku mendalami bidang blogging ni.Macam-macam perkara yang aku dah belajar.Walaupun pada hakikatnya aku mampu belajar dan kaji bidang ni dengan lebih jauh kalo aku serius.Biasa le kadang-kadang sifat malas ni susah nak bendung.Rasanya dalam setahun tu, 5 bulan je kot betul-betul serius melihat industri ni, lagi baki 7 bulan haha biasa la malas,tido, pastu men muzik je, lepak dalam studio berejam2 haha.

So aku hanya menulis pada setakat pengalaman aku yang ciput ini sahaja.Jangan banding lak dengan otai-otai yang dah 5-6 tahun blogging hehe.Industri blogging bagi aku adalah big industry! Begitu juga dengan internet marketer.Bagi aku industri blogging dan internet marketing memang bak ibarat aur dan tebing saling takleh dipisahkan.Nak bercakap mengenai sumber income blogger atau internet marketer memang terlampau banyak.Tambahan lagi bila penetrate market internationale.

Mengenai sumber income blogger dan internet marketer wah lain kali lah aku becerita.Terlampau banyak! Tak termampu nak cuba-cuba try semua. Aku pernah becerita sikit pasai perihal dunia blogging ni.Boleh baca kat sini.Kadang-kadang aku terfikir tentang masa depan industri ni.At least untuk 5 tahun ke depan.Persoalan untuk blogger.. Pernahkah anda terfikir di mana anda dan blog anda 5 tahun ke depan? Mampu ke anda survive? Saban tahun ade je blog baru muncul.

Ok ada blogger target market tempatan je, ada blogger target market international.Bagi aku market international is KABOOMM! huhu, senang buat duit dari market tempatan.So apa lagi sile buat blog english sekarang haha. Dah tu berjuta-juta lemon blog English dalam dunia internet ni, ade ke orang nak baca blog english anda itu? Pernahkah anda terfikir? Maka here it come with knowledge of internet marketing.Anda boleh ranking blog anda itu dalam senarai carian google.

Dalam dunia buat duit di internet ini sangatlah banyaknye peluang.Kadang-kadang semua nak try.Cuma satu je aku takkan try sampai bila-bila.Korang pun tahu.Iaitu MLM versi online haha.Memang tak kena dengan jiwa aku langsung, dok rilek goyang kaki  pastu downline besepah-sepah sedekah duit je.Some people said MLM haram,for me its always haram yela kalo downline dah beranak-ranak mencanak sampai tak kenal, apa hak anda untuk mencilok duit dari downline yang ntah ke berapa ribu.Pastu kalo satu line dah crash bukak pulak line baru, itu je la keje korang.Aku malas nak cerita aku dah ulas dulu hoho.

Sebelum aku membebel dengan lebih jauh mari lihat kajian yang dilakukan oleh Forrester Research mengenai online retail sales.Orang-orang lama dalam bidang ni maybe dah tau.Aku saja ja nak highlight balik.Kalo kita lihat trend sekarang, semua akan beli  barang dari internet ye tak.Dah tu setiap tahun keluar je gadget baru yang mana telah dimodifikasikan untuk kemudahan internet.Mari kita lihat kajian pasaran online bagi US sahaja.

In 2009, 154 million people in the U.S. bought something online, or 67 percent of the online population (4 percent more than in 2008). Three product categories (computers, apparel, and consumer electronics) represented more than 44 percent of online sales($67.6 billion)  in 2009

Kajian menunjukkan graf melonjak secara steadily.Kalo tanpa kajian ini pun secara logiknya kita akan sependapat dengan kajian ini.Dengan gaya dan lifestyle penduduk dunia kini dengan up-to date gadget dan melayari internet satu kemestian betul tak.No wonder graf nilai pasaran dan keuntungan akan sentiasa meningkat naik.Salah satu facts menarik perhatian aku ialah mengenai web influence di kalangan pengguna internet sebelum membeli sesuatu barang sama ada fizikal produk atau online produk.

While $155 billion worth of consumer goods were bought online last year, a far larger portion of offline sales were influenced by online research. Forrester estimates that $917 billion worth of retail sales last year were “Web-influenced.” It also estimates that online and Web-influenced offline sales combined accounted for 42 percent of total retail sales and that percentage will grow to 53 percent by 2014, when the Web will be influencing $1.4 billion worth of in-store sales.

Berdasarkan pernyataan di atas.Ya dah menjadi lumrah pengguna internet kini, sebelum nak beli barang research dulu kat internet ye tak.Sapa lagi kalo tempat rujukan selain dari bukan pakcik Google!! Huhu, aku tak menidakkan kehadiran SE lain seperti Yahoo, Bing dan sebagainya.The facts is Google hold almost 80% market share.Maka di sinilah knowledge internet marketing sangat penting dan wujudnya pelbagai industri dalam ruang lingkup tersebut.

Kajian itu baru di US saja, belum lagi negara-negara lain, ataupun secara totalnya worldwide research yang mana berteraskan english web influence dikalangan pengguna internet.Web influence yang paling dekat di hati pengguna apa lagi kalo bukan blog.Maka di situ lah industri blogging mula berkembang dan juga industri kecil dan sederhana mula wujud dalam ruang lingkup blogging itu sendiri.

Aku takkan membebel apakah industri yang wujud dalam ruang lingkup blogging dan internet marketing.Kang bertambah-tambah panjang pulak entri ni huhu.Cuma aku bercakap mengenai peluang yang semakin berkembang dan bukannya menguncup.Peluang yang rakyat Malaysia kini yang minat bidang ini perlu grab.Don’t make blog sampah cerita mengumpat sana, mengumpat sini, sebaliknya make blog for profit (yang berkualiti jugak le bukan blog penuh iklan satu muka isi takde pun)

Selain itu mahirkan diri anda dalam segenap ilmu internet marketing yang wujud dan valid di dalam dunia internet ini.White hat marketing dan bukannya black hat marketing.Seperti komen spam tak tentu hala, blast link ribu2 dalam satu malam dan macam-macam lagilah kang cerita satgi panjang pulak huhu.

Aku membebel ni bukan apa, sekarang ni aku tengok industri blogging dan internet marketing ni sungguh ramai didominasi oleh orang dari negara India.Ya diorang bukan sahaja ramai di kedai-kedai mamak kat malaysia ni malah ramai di antara mereka yang berjaya menguasai google ranking untuk keyword2 samada low competitive atau high competitive.Kadang-kadang aku aku riki2 keyword yang aku try nak rank mak aiih depa ni ramai dok carta page 1 google.

Bukan setakat tu, industri kecik-kecik dalam bidang ni seperti backlink servis, link submission service, writer, design dan macam-macam lagilah ramai betui depa-depa ni.Tu belum dalam forum-forum feymes internet marketing, apa ja aku tanya semua depa tolong jawabkan hahah! Ni baru aku membebel pasai industri blogging, belum lagi pasai bab-bab lain pasai cari duit di internet cam affliate, CPA, CPC, dan ntah berlambak lagi yang semuanya berpayung di bawah industri IM atau internet marketing.

Aku teringan nak ceburi bidang affliate pulak huhu tapi alamak bidang blogging pun tak abih kaji lagi.Ada bermacam cara dan kaedah untuk dominasi google ranking.Aku pun penin mana satu yang betul, aku just try-try eksperimen sendiri, usaha dalam awal bulan pastu akhir bulan check pulak ranking naik ke turun.Yang paling aku tak paham, aku dah berjaya ranking untuk keyword yang agak panas la sebab total  web page results 2oo juta lebih, dan aku berjaya dok first page google, tiba-tiba apa jadah ntah turun balik mendadak ke page berapa ntah jauhnya.Sedey betul.Eksperimen mesti diteruskan.

Apa aku lihat industri blogging kat malaysia masih belum langsung berkembang.Bila nak berkembang aku pun taktau.Belum sampai tahap luar negara sana sampai sanggup berjual beli link.Maybe sebab kekangan bahasa.Bahasa melayu maybe boleh cover market Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja.Tapi kalo blog bermediumkan english perghh! Macam pisang panas kalo berkualiti.

Industri blogging dan internet marketing sangat luas dan pelbagai, aku boleh bitau setakat mana aku tau, anda boleh jadi designer theme blog, anda boleh jadi tawarkan backlink services, anda boleh jadi penulis undangan, anda boleh jadi link broker (buat blog dah cukup matang jual), anda boleh jadi founder SEO company dengan kaedah dan private community anda sendiri, anda boleh jadi pengiklan dan ntah macam-macam lagi tak larat pulak aku nak list.

Selain itu bidang utama selain blogging yang berpaksikan di bawah bumbung internet marketing adalah Affliate,CPC,CPA program (CJ, Linkshare, Amazon, ClickBank, etc.) Advertising & Publishing with CPC, CPA, CPV ad networks (Google AdWords, Adsense, Yahoo, Microsoft, etc.), Email Marketing atau Opt in lists, social networks dan community websites.BANYAK WEHH!! terlampau banyak aku tak mampu nak ingat huhu! This is BIG and ENORMOUS industri!

Aku setakat ni baru belajar bab blogging, rasa cam tak cukup 24 jam kot nak  belajar semua hhahaha! Anda boleh pilih bidang yang anda nak!! Huhu, ada yang buat affliate saja (yang ni boleh buat jadi jutawan huhu tapi bukan affliate MLM ye jangan salah paham), ada yang buat CPC saja, ada yang buat CPA saja, ada yang tumpu advertising saja.Rasanya takde orang kot  dalam dunia ni semua dia boleh buat.In the end dia hanya perlu memilih satu atau 2 bidang sahaja.Yang len tu sekadar tau knowledge dan teori, dan takkan sempat nak cuba-cuba.

Buat masa aku ni cuba kaji bidang blogging dulu, yang len-len kemudian, blogging satu industri yang best juga, nanti aku akan ceritakan details haha, sebab pengalaman sangat ciput, income pun masih ciput2 haha.Peluang dan ruang sangat terbuka luas untuk kita ceburi semua bidang di atas.Aku suka bidang-bidang ni semua sebab anda boleh bekerja di mana-mana sahaja asalkan ada talian internet! Dan income majoritinya dalam USD . Huhu dan semuanya memerlukan usaha yang berterusan, bukan ari ni buat esok dah riban2 income huhu.

Masih ramai rasanya yang belum tau kewujudan industri ni, aku dulu sangat menyesal tak kaji bidang ni dari awal lagi semenjak aku dok kat U, yang aku tau time tu bukak internet men games, masuk social networks, chatting, dah!! Ada sorang yang aku baru kenal ex budak UTM siap sanggup benti belajar nak kaji bidang ni.Wah dasat sungguh, orang2 lama industri ni tentu leh tau sapa haha.

Bagi aku bidang ni perlu pembelajaran yang berterusan.Sangat berlambak ilmu baru mengenai dunia internet.Kajian tu kajian ni.Kaedah itu kaedah ini.Macam2lah.Saban hari ada je orang claims kaedah terbaru la bagai.Padahal teknik lame ubah sikit je pun haha.Pastu jual ebook kata guna kaedah baru.

Wah sungguh panjang aku menulis, sedar tak sedar sungguh apa benda aku membebel panjang-panjang ni hahaha! Sekian sahaja coretan kali ni huhu, jangan tanya apa-apa details pasai industri ni ahhaha pasai aku pun baru dalam bidang ni, len la kalo dah 5-6 tahun kaji bidang ni haha boleh la cerita details huhu.Bagi aku kalo dapat anda menguasai Bahasa Inggeris dengan baik merupakan satu BONUS! Bukan pe senang nanti nak berunding ataupun nak deal ape-ape dengan pihak berkaitan.

Akhir kata mintak maaf kalo aku terkasar bahasa ke apa ke, sori ye, aku manusia yang lemah kadang-kadang mesti ada terlanjur kata hehe.Sekian Terima Kasih huhu

 

 

 

 

 

Facebook comments: