Salam semua.Entri kali ini berkaitan dengan dunia blogging lagi.Bab cerita terbaru sayugia akan ditangguh sebentar sehingga keja aku siap hehe.Sebenarnya ramai kawan-kawan dan sedara mara yang telah mengetahui aku menjana income dari blog.Niat hati aku sebenarnya taknak langsung orang tahu apa aku buat.Biarlah rahsia huhu.Tapi biasalah kekerapan kawan-kawan yang mai umah aku dan aktiviti beraya di umah sedara mara membuka banyak cerita pasai diri aku yang suka berahsia ini.

Sebenarnya aku pun baru belajar dalam bidang ini sebab tulah aku lebih suka berahsia.Susah kang orang tahu aku nak explain itu ini.But the words spread over around, dan aku takleh berahsia lagi.Dan ramailah yang tertanya-tanya bagaimana blogger itu menjana income dan bagaimana membuat profitable blog.Bagi aku semua persoalan itu mestilah tolak tepi.Yang penting adalah minat dan passion.Soal duit letak no 8 pun takpa.Duit akan naturally datang.Apabila anda sangat passion membuat sesuatu kerja maka sedar tidak sedar duit itu akan datang dengan sendirinya.

Andai kata seseorang itu minat mengukir kayu.Minatnya yang sangat mendalam mendorong beliau mencurahkan segala titik peluh demi memastikan karya ukiran itu nampak mantap di matanya.Maka kita akan lihat hasil kerja dari minat yang mendalam menjadikan seseorang itu sangat setia pada karyanya even mungkin nampak hodoh dari pandangan mata orang lain.Maka dari tahun ke tahun, karya ukiran kayunya keep improving dan sampai pada satu tahap beliau dapat menghasilkan karya ukiran yang banyak dalam masa yang singkat dan mampu menarik para peminat ukiran kayu membeli ukirannya untuk dijadikan hiasan.

Apa akan jadi kalo tiada minat dalam diri maka segalanya kerja akan sekerat jalan.. dan apa akan jadi jika tiada kesetiaan dalam apa yang kita minat.Segalanya tidak akan menjadi jugak! Sama seperti kita tengok orang meniaga soya untung, kita pun nak buat.Pastu baru buat sikit untung sekerat jalan tengok pulak orang buat murtabak untung, kita pun nak buat jugak.Apa jadi dengan bisnes soya kita tadi? Why not setia pada minat yang satu dan kita keep improving  sama cam cerita pengukir kayu kat atas tu?

Analogi di atas lebih kurang sama cam aku alami dulu.Sebenarnya ramai bloggers kat malaysia ni dan juga luar negara menjana income lebih kurang 5 angka sebulan (setelah diconvert dengan duit US).Tapi korang jangan la ingat aku sampai tahap tu haha.Aku suka underground je.Dapat income senyap-senyap sudah.Banyak duit aku dapat abih jap je beli itu ini.

Aku pun dulu pada sekitar akhir tahun 2009 mula menceburi atau meminati bidang ini.Cam biasalah mindset aku dulu nak duit je.Taknak belajar from the basic.Then satu sen pun aku tak dapat.Malah habuk pun tarak! Then pastu aku mula berfikir panjang dan mula mengambil iktibar kisah si pengukir kayu tersebut.KESETIAAN TERHADAP MINAT ADALAH KUNCI SEGALANYA.

Ada orang minat je. tapi buat sat-sat, atau buat kejap-kejap pastu tinggal.Tak setia pada minat.Apa pun tak jadi jugak.Setialah pada minat anda.Janganlah putus asa langsung walau tak dapat income langsung pada mulanya.Semua orang kena rasa gagal dulu.Tak best gile kalo ari ni buat esok terus jadi jutawan.Ape kebendanya camtu??? Titik-titik peluh kesusahan kita itulah menjadi azimat yang best untuk dikenang suatu hari nanti tul tak? Hidup ni kalo nak senang je semua taknak langsung rasa susah sikit baik takyah hidup camtu.Dulu kita kecik-kecik punyalah susah belajaq nak merangkak pastu bertatih.Sikit demi sikit.Time tu takdak pulak kita mengeluh susah itu ini.

So meh kita tengok kriteria nak menceburi bidang blogging setelah panjang lebar aku membebel hahaha!

1) Minat (passion)

Haa bab ni aku dah terang panjang lebar kat atas sila baca huhu!

2) Modal

Berlambak hosting company sekarang bak cendawan tumbuh di pagi hari yang menawarkan harga yang tersangatlah murah.Kalo tempatan pilihan aku semestinya JomHosting dan kalo luar negara mestilah buaya darat yang tak suka makan daging tapi makan huruf iaitu Hostgator.Kalo dah cam bajet sangat baru nak belajar amik le pakej RM10 untuk setahun.Murah kot untuk belajaq kan.Pastu kos domain sekitar RM30.So dalam RM40 setahun.OK la tu permulaan untuk belajar.

3 ) Topik pilihan

Dah ada blog, so nak cite ape kat blog.Biaq kosong? Hahahha! So disinilah bermulanya perjalanan sebagai seorang blogger.Pilihan topik di tangan anda sendiri.TETAPI kalo anda nak berjaya dengan jayanya dalam bidang ini.Maka silalah buat blog ENGLISH.Diulangi isinya dalam ENGLISH.Kalo anda nak buat BM pun tiada masalah.Terpulang di tangan anda yang penting sanggup belajar.

4) Bersedia mengenali dunia blogging yang sebenarnya

Blog pun dah ada, topik pun dah ada, maka di sinilah anda perlu belajar menulis di dalam blog dengan cara yang betul.Buat newbies/beginner sila search di google apa maksud SEO (search engine optimization).Bacalah topik berkaitan dengan SEO itu.Kang aku cerita 8 hari 8 malam tak abih haha.Nanti aku akan kongsikan tips-tips di kemudian hari.

5) Memilih platform income dan pengiklanan yang sesuai

Setelah blog mantap, topik pun dah ade siap tulis dengan betul.Maka barulah anda boleh memilih apakah platform yang sesuai untuk menjana pendapatan.TERLAMPAULAH banyak.Yang common adalah IKLAN.Kalo ada produk sendiri maka promotelah produk sendiri.Kalo takde, promote je produk orang lain.Dapat je komisen.Kalo syarikat pengiklanan yang berasaskan weblog kat Malaysia yang salu orang tempek adalah Nuffnang, Innity, Advertlets dan macam-macam lagi.Ini belum aku bagitau sumber dari luar negara.Bab ni kalo aku nak cerita tahun depan malam raya belum tentu abis hehe.Tapi jangan sapa dok kata aku dapat income dari blog ni berasaskan MLM.Itu nak kena sepak ngan aku haha.Aku benci MLM selamanya huhu!

Aku tersekat lama beberapa bulan dekat kriteria no 4.Belajar dan keep on belajar.Sampai sekarang aku masih belajar.Nak memahami pengertian SEO  (Search Engine Optimization) yang sebenar pun makan masa nak paham.So diharapkan entri ini menjawab persoalan kawan-kawan yang dok tanya aku time raya aritu.Huhu aku dah cerita panjang lebar dalam entri Blogger In Disguise sebab apa aku minat dunia blogging ni dan potensinya.Hehe pasni kalo ada masa aku share lagi apa yang patut tentang dunia blogging.Kalo takde yang bertanya aku keep off radar je.Pasni aku nak cerita pasai Sayugia pulak huhu!

 

Facebook comments: