Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Anda tahu apa itu ‘Sandbox’? Err penah tengok cerita katun toy story tak? Huhu tipulah kalo ampa semua tak penah tengok.Filem animasi 3D famous kot.Toy-toy yang tak berguna ataupun toy untuk outdoor akan dicampakkan ke dalam sandbox.Kalo dalam BM rasanya kotak berpasir la kot huhu.Dalam filem terbaru Toy Story 3 kalo ampa tengok si Mr Potatoes kena campak dalam ‘sandbox‘ untuk memudahkan dia melakukan kerja-kerja spy.

Err…Tapi kat sini aku bukan nak abaq mai pasai cerita Toy Story haha.Aku nak bagitau apa itu Google Sandbox? Macam mana aku boleh amik tau pasai Google Sandbox ni? Yaa baru-baru ni gejala sandbox tersebut telah melanda salah satu blog niche aku.Untuk lebih pemahaman meh aku explain lagi secara detail.

Google Sandbox adalah satu istilah untuk menerangkan keadaan URL website/blog anda hilang terus dalam rantaian SERP Google.Ini bermakna anda tidak jumpa web anda itu berdasarkan carian ‘targetted keyword’ yang anda dah usaha membuat link buildingnya.Anda selak-selak dari first page kat Google sampailah anda penat nak tekan next page, means memang takdak langsung lah URL website anda itu.

Sesetengah kes mula-mula muncul pastu hilang.Cam chipsmore jugak.Ianya bukan seperti gejala Google Dance mari menari bersamaku yang aku dah explain dulu huhu.Google Dance just berubah kedudukan.Google sandbox hilang terus! Dan ianya bersifat sementara sebelum ianya muncul kembali dalam rantaian SERP.Seminggu? Sebulan? Ntah ramai pakar tak dapat predict.

Untuk lebih pemahaman, katakan anda ada website www.kenapesayehensemsangat.com pastu kalo anda melakukan carian di google dengan kata kunci “kenape saye hensem sangat” memang konpem le website anda itu akan tesenarai dalam SERP Google sebab domain anda itu memang dah sedia melekat dengan keyword tersebut.

TETAPI, kalo anda melakukan carian ‘targetted keyword‘ untuk website anda itu (www.kenapesayehensemsangat.com) contoh macam keyword “saye suke korek hidung” yang mana keyword tersebut terkandung dalam blogpost atau anchor text website anda itu dan anda juga berusaha sedaya upaya melakukan kempen link building untuk keyword tersebut.Maka ia mengambil masa bagi SE crawler dan juga spider untuk singgah dan mengindex URL website anda ke dalam SERP.

Selain itu untuk pengindeksan dan perlumbaan untuk mencapai kedudukan teratas dalam SERP ianya juga bergantung kepada kekuatan link building yang anda usahakan dan low atau highnya competition keyword tersebut.Jika anda hanya terbitkan blogpost tanpa buat apa-apa link building jangan le anggap anda termasuk dalam kotak pasir (sandbox) Google bila anda mulakan carian “targetted keyword” tapi tak jumpa langsung kat SERP.

Disamping itu Google Sandbox juga terjadi pada website baru.Web anda baru berusia 1-2 bulan tiba-tiba dah kalahkan kedudukan ranking website yang dah lama beroperasi.Tak ke pelik tu huhu.So website baru jangan mengejar ranking sangat buruk padahnya.Slow-slow develop content dahulu.

Baru-baru ni gelaja ni terjadi kat blog niche aku.Tiba-tiba hilang terus dalam SERP.Gila ketaq kot huhu.First time aku alami situasi camni.Takkan google banned blog aku kot.Takkan la aku melakukan kempen link building dengan memakai topi hitam (black hat method).Aku dok pakai kopiah ja (white hat method).Pastu tiba-tiba URL blog aku tu muncul balik huhu! Lega..

Tetapi 3 hari lepas aku terpalit lagi dengan pasir dari google sandbox ni aduii.Dah nak masuk 5 hari kot URL blog niche aku hilang terus dari SERP.Hari-hari aku check takdak.Aduii penat kot aku dok buat backlink untuk blog niche satu ni.Google boleh pulak men aci lut ngan aku.Kes pertama kejap ja pas 2 hari dia muncul balik.Ni dah cam lama sangat.

SESIAPA YANG PERNAH TERPALIT PASIR SANDBOX BOLEH LA CERITA KISAH ANDA PULA BERAPA LAMA URL BLOG ANDA MERINGKUK DALAM KOTAK PASIR ITU..

Banyak penyebab Google Sandbox ni.Sesetengah cakap ianya hanya mitos.Mana satu aku nak percaya aku pun taktau.Term-term ni semua ciptaan hardcore Googlers sana dan menjadi satu isu yang selalu diperkatakan di forum-forum IM.Antara point-point yang aku boleh highlight berkenaan punca Google Sandbox terjadi :-

– Website anda telah ‘trigger’ filter Google.Bermakna Google cam suspect anda cam guna kaedah blackhat bila melakukan link building, so dia jail kan anda kejap untuk soal siasat (google akan tengok balik profile backlink yang anda buat)

– Berpunca dari competitor anda yang mungkin dengki.Biasalah adat berniaga huhu.Ada yang dengki dan iri hati bila URL blog anda telah berjaya mengatasi pesaing anda dalam rantaian SERP.Bagaimana orang nak dengki ni ye.Salah satu cara URL anda itu diletakkan di tempat yang tak sepatutnya oleh orang yang tak bertanggungjawab dan dengki.Misalnya dia amik link anda dia pi letak kat Porn site, gambling site, dan ntah hape2 scammer site supaya ianya melanggar TOS Google.Dan macam2 cara lagi tak elok cite lebih2 benda haram ni huhu

– Content anda tak selari dengan keyword yang anda target tapi orang klik banyak.Amik contoh cam tadi katakan keyword “saye suke korek hidung” tapi contentnya cerita pasai korek taik mata.ATAU pun web anda itu takde sapa pun sudi singgah/click dalam rantaian SERP

Dan banyak lagi punca macam copied content, low quality backlink, anda beli second hand domain dan pelbagai pendapat, aku cuma highlight yang aku rasa berkemungkinan tinggi aja puncanya memang begitu.

So bila terpalit dengan pasir ni nak buat apa? amik ayaq la basuh takmo bagi kotoq balik haha.Gurau ja.Takdak apa yang boleh dibuat sebenarnya.Hanya bersabar dan tunggu serta do you own business.Make a really quality of white hat link building method.Dan berharap supaya ianya kembali ke dalam SERP.Dan boleh juga target untuk keyword lain.Takpun kalo anda gigih contact lah pihak Google, pi la jumpa engineer depa bawak bincang huhu.Takpun ajak si Matt Cutts lepak pekena roti canai haha.

Facebook comments: