Salam semua.Dah lama aku tak membebel mengenai dunia blogging huhu… So apa kaitannya pulak kedai lampu dengan SEO ni??? So meh aku story kan slow-slow huhu. Seperti entri-entri lepas aku dah banyak becerita mengenai SEO dan kepentingannya.SEO atau Search Engine Optimization dalam ruang lingkup Malaysia memang aku dapat katakan tidak langsung dipandang malah orang buat taktau sajer… Tapi kalo SEO dalam ruang lingkup US atau UK atau dengan lebih spesifik dalam carian maklumat bermediumkan berbahasa inggeris.. memang kaboom is daboommm. Memang suatu industri yang memberikan pulangan yang cukup besar kepada penggiat IM.So apa kejadahnya kaitan kedai lampu dengan SEO? hahaha..

Begini minggu lepas rumah aku ada proses penambahbaikan sedikit.Kemas itu kemas ini, betulkan kipas yang rosak dan sebagainya dengan dibantu oleh abang aku.Pastu abang aku mencadangkan agar menukarkan lampu kat ruang tamu dengan lampu baru.. sebab lampu tu dah ngok ngek bunyinya bila time on.Maka aku pun ok ja tak kisah dan aku pun takla arif mana tahu lokasi kedai-kedai lampu yang ada di Sungai Petani ni.Seraya dengan itu abang aku pun menyuruh aku meng’google’kan diri untuk mengetahui lokasi kedai-kedai lampu di bandar SP.Maka aku pun taiplah kat ruangan search Google tu dengan kata kunci atau keyword “kedai lampu Sungai Petani”.

Nak tahu result apa yang keluar? Damn it! Hohoho tiba-tiba blog aku pulak yang keluar resultnya yang mana berada di tangga no 7 carian.Hahaha tergelak aku, apa jadah kaitan pulak orang nak cari kedai lampu keluaq pulak result benda lain.Dalam blogpost tu aku cerita pasai lampu isyarat kat sungai petani haha, apa ke hei nya google nak include sekali dalam result.Nampak sangat takdak sapa pun yang sudi untuk buat SEO untuk keyword ini.So Google mengikut algorithmnya maka dia akan melihat dari sudut kekuatan sesuatu keyword itu dalam webpages.Tambahan pula keyword lampu dan sungai petani aku letakkan pada prima link.So kuasa tarikannya sememangnya agak kuat.Padahal belambak je kedai lampu kat area Sungai Petani ni.. area Lagenda Height tu.Belambak ada kedai lampu yang eksklusif.Kenapekahhh owner kedai-kedai tersebut tidak buat langsung SEO untuk keyword ini???? hohoho… Kalo nak buat sila contact aku ye huhu.

Aku lihat masa depan bidang ni di Malaysia sangat meluas dan masih lagi panjang.Tidak ramai business owner yang mahu memarketkan jenama diorang melalui search engine marketing.Belah-belah KL aku rasa maybe kot search engine marketing sangat penting untuk business owner yang mahu memaksimumkan marketing brand diorang huhu.. tapi belah cam area aku ni SP, bandar tahap bukan metropolitan offline marketing masih menjadi mekanisme penting perniagaan.Banner, brochure, mouth to mouth marketing, dan lain-lain sudah menjadi lumrah.Mana tahu 10 tahun akan datang, ianya akan menjadi satu persaingan yang sengit untuk merebut kedudukan takhta keyword yang dihajati oleh business owner.

Kadang-kadang aku terfikir, adakah suatu hari nanti keyword dalam bahasa melayu akan menjadi sehebat keyword dalam English yang mana memerlukan strategi dan teknik tertentu untuk menaiki ranking dalam senarai engine carian? andai kata keyword macam “perniagaan internet”, “bisnes online” dan keyword panas lain, sememangnya memerlukan teknik dan kaedah tertentu untuk menaiki takhta engine carian sebab ramai yang target untuk keyword tersebut.Bagaimana dengan keyword-keyword tersembunyi lain dan juga bakal panas?? Mesti ada ‘somebody’ yang grab dulu senyap-senyap. Huhu..I can’t predict the future.. let’s see and wait.Dunia IT makin berkembang.. aku hanya memburu ilmu dalam bidang-bidang ini huhu

 

Facebook comments: