Woohooo jangan terkejut Google PR tak mansuh pun.Headline di atas hanya untuk mewujudkan satu persoalan dan perbincangan apakah akan terjadi jika PR dimansuhkan terutama sekali pada industri backlink.Agak-agak ampa la, apa akan terjadi jika tiba-tiba si Matt Cutts tak pun si Larry Page buat pengumuman bahawa pemansuhan selama-lamanya PR.

Maka mereka yang  pertama akan mula gelabah sedikit adalah pemilik SEO company dan juga pemilik backlink services.Mereka ini terpaksalah cari cara lain untuk mark up harga yang selama ini based on PR.Standardnya, lagi tinggi PR maka lagi tinggi price.Tidak mungkin dan aku tak penah tengok/survey lagi backlink services yang tidak menetapkan kriteria PR sebagai paling utama dalam pakej-pakej mereka.Semuanya memomokkan PR dan menjadikan PR sebagai penanda aras harga.Ini kalo dah takdak PR nak based on apa? Apa yang aku fikirkan adalah mungkin services mereka adalah berdasarkan:-

1) Traffic

Haa ini yang paling standard yang boleh difikirkan.Link yang traffic tinggi lagi mahal dari link yang kurang traffic

2) Aged Domain

Link-link dari sumber ini mungkin akan dijadikan sandaran untuk tetapkan price range.Misal kata link yang dah 10 tahun maybe lagi mahal dari 5 tahun.

3) Indexing rate

Link yang mempunyai kadar index paling tinggi di SERP mungkin akan dijadikan ukuran harga.Misal kata link A ada 100 webpages yang telah berjaya diindeks SE tapi link B 50 je.So link A lagi mahal le price

4) Link niche/ relevant links

Misal kata link dari niche make money mungkin lagi mahal dari link travel.Niche yang terhangat di pasaran semestinya harga lebih tinggi dari link yang berasal dari niche tak famous.

5) Link yang kuasai SERP

Link yang menguasai carta top ten Google mungkin akan dijadikan sandaran untuk price range.Misal kata melalui carian keyword panas ataupun buyer keyword yang riban2 searches.Link A first page link B second page.So link A lagi mahal.Tidak pun, lagi panas/mencabar sesuatu carian keyword lagi mahal huhu!

6)Link homepage

Link homepage yang lagi obvious berbanding deep link maybe boleh dijadikan sandaran untuk meletakkan price range.

7) Spying dan filtering link

Mana-mana link yang berada top SERP akan dispy backlinknya dan kemudian difilter kepada yang mampu memberikan outcome yang terbaik sahaja.Link yang telah difilter mungkin akan dijadikan penanda aras harga

So apa yang aku boleh fikir lagi, jika benarlah PR dimansuhkan terus, tetap akan ada usaha sama, takpun kerjasama pihak-pihak yang berkaitan dalam industri backlinks dan SEO ini untuk menetapkan satu standard pada setiap link-link yang penah wujud di alam cyber maya ini.Mungkin ada satu badan khas yang menilai tahap jaringan sesuatu link.Contohnya  SEOMoz telah memberi sendiri penilaian sesuatu link dengan benchmark mereka sendiri iaitu Moz Rank.Algorithm MozRank dan PageRank sangat berbeza tapi menuju matlamat yang sama iaitu penetapan standard kualiti dan piawaian sesuatu link.

Sapa pun taktau bagaimana sebetulnya algorithm Google dikira.Ianya secret resipi Google ala kolonel sanders gitu.So sapa boleh kira dengan tepat tobat dia dah jutawan dan sekarang silap-silap Google cari dia sampai lubang cacing haha.

Kadang-kadang aku terfikir, algorithm macam mana lagi yang Google nak introduce.Salah satu komponen algo paling standard adalah mereka yang hasilkan unique content quality dan really matters to people yang membacanya akan menjadi faktor utama menarik perhatian Google.So katakan ada 10 orang penulis yang betul passionate dalam bidang yang sama contohnya 10 orang ini amat pakar dalam teknologi dan terbitkan review tentang iPhone.Masing-masing menulis unique content dan in the end Google nak pilih siapa yang nak merajai top 5 SERP?

Adakah Google nak tepon penulis yang dia suka contoh katakan penulis A ” Weh penulis A ang memang sempoi dol, bukan nak kata, aku indeks ang la dalam top 5 SERPS! “ Agak-agak macam tu kaa? Pastu pulak penulis B  pulak tak puas ati padahal dia pun tulis sempoi isi lebih kurang sama dia pun patut dok top 5 SERP.Dah tu penulis C, D , E dan yang lain-lain nak nganga saja? So nak tak nak algorithm backlinks diperkenalkan.Ini yang menjadi penanda aras sapa yang patut dok top 5 SERP.

Penulis mana yang ada backlink berkualiti maka dia akan diutamakan.So adakah Google akan jeopardize sistem dia dan mansuhkan PR? Kalo mansuh pun tetap orang akan kaji balik.Penulis A ni dia letak link kat mana yang mana mampu menarik hati Google untuk indeks.Mesti link-link tu ada standard kualiti yang tesendiri.Pastu nanti akan ada orang takpun company yang akan kumpul link-link berkualiti ini dan berikan satu standard khas maybe LQ ka (Link Quality).

So perdebatan mengenai PR ni takkan abih.Bertambah menyampah dok baca kat forum dok spekulasi benda-benda ni.Dari 2009 aku dah dengaq nak mansuh PR tapi dah 2011 still ada.Kalo mansuh still tetap ada alternative.Dan benda yang tak abih-aih aku dengaq sekarang adalah pasai Google +1.Website mana yang orang tekan paling banyak +1 button tu dia akan diindeks.Tup-tup takdan sat ada dah service untuk tekan button ni.100 kali tekan sekian-sekian price camtulah.

Kesimpulannya. walaupun Google PR dimansuhkan takkan mematikan langsung industri backlink.Dan mungkin tiada lagi backlink pakej yang berdasarkan PR.Maybe seperti point-point yang aku suggest kat atas.TAPI Google nak heran apa, buat la apa pun sekat lah apa pun bok kuar la algo apa pun, panda update ka, tapir update ka.In the end dia untung jugak.Google hold 80% of market share berbanding Yahoo, Bing dan lain SE.So kalo orang manipulate algo untuk tarik visitor, dia pun tetap dapat habuan.

Facebook comments: