Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Entri kali ini berkaitan dengan dunia blogging.Apa benda tu EDU ngan GOV backlinks? Untuk menerangkan lebih detail tajuk kat atas EDU backlink adalah backlink dari saluran domain yang berakhir dengan dot edu.Contoh cam www.schoolbooks.edu.Manakala GOV backlink pun membawa erti yang sama iaitu backlink yang datang dari saluran domain yang berakhir dengan dot gov.Dalam dunia blogging backlink ini ditakrifkan sebagai authority sites.

Apabila memperkatakan tentang authority sites ataupun authority backlink ianya berkait rapat dengan domain trust.Apa jadah domain trust ni? Dengan bahasa mudah domain trust tu adalah domain yang mendapat kepercayaan yang sangat tinggi oleh enjin carian seperti Google, Yahoo dan sebagainya.Ini bermakna Google sangat ‘trust’ domain ni dan akan mengindeks webpage domain ini ke dalam SERP.Ini bermakna jika domain itu terdiri dari dot gov dan dot edu maka Google tanpa segan silu terus ‘trust’ domain tersebut.

Tapi betul ke EDU sites dengan GOV sites ni memang betul-betul memberi manfaat yang cukup besar kepada kempen link building.Lagi lama aku baca dan kaji mengenai backlink ni lagi penin aku dibuatnya.Macam-macam pendapat dan macam-macam teori memperkatakan tentang authority backlink ini.Mana satu betul aku pun taktau cuma barisan Google engineer je yang mungkin tau tentang kebolehpercayaan authority sites.

Dek kerana EDU sites dan GOV sites ramai yang makan duit atas angin.Ada antaranya yang suka kumpul list dot edu dan dot gov kemudian jual.Sebab list edu ngan gov ni cam rare so boleh dijual.Ada yang adakan service untuk tempek backlink dan kenakan harga yang mahal atas sebab authority backlink.Pendek kata asalkan link tu ada domain yang berakhir dengan dot EDU dengan dot GOV maka domain tu memang betul-betul powerlah untuk memberi ‘link juice’ yang berkualiti kepada sesuatu website.

Dulu aku tersangatlah percaya atas kepoweran link-link dari EDU dan GOV ni.Tapi makin lama aku baca pendapat orang lama dalam industri ni maka makin peninlah aku.Ada yang mengatakan Google memberikan satu standard yang sama kepada semua jenis link tak kira sama ada ianya EDU, GOV, COM, INFO, ORG dan lain-lain.Cuma authority sites dari kaca mata Google adalah sites yang mempunyai ciri-ciri tertentu antaranya usia domain, domain history, brand, security, content dan pelbagai lagi kang tulis detail dah jadi cam satu blogpost lak huhu.

So tidak ada lagi dwi atau double standard.Misalnya dot EDU dengan dot COM tetap memberikan kesama rataan link juice yang berkualiti andai kata link tersebut sememangnya mencapai tahap standard yang dikehendaki oleh Google.Dengan bahasa mudah Google tak memandang rupa sesuatu websites itu tetapi memandang isi hati (content) web itu.TETAPI! masih ada yang beranggapan dot EDU dan dot GOV diberi layanan yang sangat istimewa oleh Google.So sebarang backlink servis yang berkaitan dengan link-link dari EDU dan GOV dikenakan charge yang lebih tinggi dari domain yang lain.

Aku penah juga baca-baca info yang ada dalam blog si Matt Cutts (ketua Webspam team dan Search Quality group Google).Beliau takdak pun nak mendewa-dewakan EDU dan GOV sites ni huhu.Beliau hanya tekankan kualiti yang mencapai standard Google sahaja.Tapi pertenglingkahan isu ni tak abih-abih dalam forum-forum IM.Ada yang berkata, kalo website tu masih baru dan di’link’kan terus ke dot EDU atau dot GOV.Maka websites tersebut jugak akan mendapat domain trust dari Google.

So.. kesimpulannya? Hoho aku pun taktau nak simpulkan camna.Aku pun taktau nak decide pandangan itu pro atau kontra.Maybe yang beritahu itu berdasarkan pengalaman bertahun-tahun lamanya dalam SEO dan IM.Dan pendapat-pendapat terbaru mungkin disebabkan algorithm Google yang dah berubah dan juga kesan Panda Update.Perbincangan dan debat mengenai ‘visible priority level’ GOV link dan EDU link masih berlanjutan hingga kini tanpa kata putus.

Tapi apa yang sebetulnya, authority sites bukan hanya terhad kepada dot GOV dan dot EDU sahaja, dot COM atau dot-dot yang lain juga mampu diiktiraf menjadi authority sites jika mematuhi standard dan guidelines dari Google.Dulu aku anggap authority sites hanya dari dot GOV dan dot EDU sahaja.Tapi sebaliknya tidak.

Sapa-sapa yang dah lama dalam bidang IM/SEO bolehlah bagi pendapat tentang isu ni huhu… aku baru je setahun jagung.Nak sembang kemas tak reti ler..huhu pengalaman sangat ciput.Percanggahan pendapat menyebabkan aku ponin huhu..

Facebook comments: