Pada sesetengah orang mungkin menganggap tidak patut menjadikan bidang SEO sebagai sebahagian dalam bidang kejuruteraan.Sebab bidang SEO tidak menampilkan kedudukan adedemik seseorang sebagai syarat mendalami bidang SEO.Lazim kita tahu sapa yang nak amik kos engineering ni maka dia perlukan kelayakan akedemik tertentu.Misal kata dapat SPM bagus baru leh lanjut bidang kejuruteraan.Tetapi SEO tak perlukan semua itu, sapa-sapa pun boleh belajar dan kaji SEO asalkan niat mahu belajar itu ada.

Mengapakah aku kata bidang SEO boleh dikaitkan dari segi kejuruteraannya? Sebab semakin lama aku mengkaji bidang ini, barulah aku perasan persamaan yang amat ketara dari segi kawalan proses dalam kejuruteraan dan kawalan proses dalam SEO.Kiranya tak sia-sia jugaklah aku belajar engineering dulu kat U dan akhirnya bidang SEO ni pun ada kaitan juga dengan kejuruteraan hehe.Adalah juga celahnya walaupun tak semua.Pendek kata dari whole process dapat dilihat sebagai sama.

So SEO apa produknya? tak lain dan tak bukan adalah sasaran website untuk mencapai target menduduki carta top SERP.Kualiti di nilai dari segi tahap mana hasil SEO mampu pegi lebih jauh dalam rantaian SERP.Untuk mematuhi standard piawai yang telah ditetapkan oleh SE, maka SOP yang sebetulnya perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.So kalo tak patuh SOP apa jadi? maka product reject yilek pocik apa pun tak dapat hasil.So aku pun tak nak bercerita panjang dari segi istilah-istilah kejuruteraan kang satgi ada yang pening pulak silap-silap aku pun penin haha.Cuma yang pentingnya asas kejuruteraan dalam penghasilan sesuatu produk boleh dijadikan kayu pengukur untuk menghasilkan laman web yang berkualiti dan menguntungkan.

Secara analoginya mari kita lihat contoh secara umum proses yang berlaku di kilang besi ( aku ada sedikit pengalaman di kilang besi).So dalam pembuatan raw material bagi bahan binaan berasaskan besi iaitu billet. Beberapa proses penting dan SOP perlu diambil kira bagi menjamin kualiti billet yang akan dihasilkan.Kalo teruk kualitinya maka, teruklah segala bahan binaan berasaskan besi, silap-silap bangunan boleh runtuh.Proses bermula dengan mengumpul bahan asas pembuatan billet iaitu besi buruk atau scrap.Setelah memilih campuran scrap yang betul ianya akan dileburkan furnace.Setelah dileburkan maka cairan besi akan dihantar ke ladle furnace.Dengan penerangan mudah ladle furnace adalah tempat untuk memastikan segala piawai dan kehendak customer dapat dipenuhi.

Maka segala kepakaran anda dan segala pengetahuan engineering anda akan dicurahkan pada bahagian ladle furnace ini.Kalo anda silap  dan mengoptimasian tak diselenggara dengan betul, silap-silap customer akan reject produk anda dan boleh juga kena saman sebab melibatkan nyawa orang ramai.Contohnya bina steel untuk piling tetiba tak ikut piawai sebab bahan dalam steel tu tak menepati syarat, maka silap-silap bangunan boleh runtuh atau apa-apa saja  binaan boleh collapse.Orang yang keja kilang besi ni selalu serius je orangnya tambah-tambah kat department ladle furnace ni.Tak boleh buat silap.Silap sikit conpem kena maki dengan manager.Dan aku penah rasa pengalaman kena maki huhu.

Setelah dalam proses refining kat ladle furnace ni selesai baru cairan besi tadi dihantar ke bahagian casting atau dengan bahasa mudah ke bahagian memejalkan besi tersebut ke dalam mold untuk dijadikan billet.So setiap proses ada optimizationnya tersendiri tapi bagi aku department ladle furnace lah paling mencabar untuk proses optimization.Suhu berapa, banyak mana bahan nak masuk, gas apa nak guna, camana nak kacau dengan sebati dan sebagainya lagi.Engineer yang bekerja bahagian department ni lah menjadi orang terpenting sekali.Takdak dia, silap-silap tak jadi produk.Dan kalo produk tak menjadi atau tersalah sikit dialah orang petama kena maki huhu so aku penah ditawarkan dulu menjadi engineer bahagian ni, setelah pikiaq 10 juta kali.So aku tolak.Malas aku bekerja dalam keadaan pressure.Dengan panas, dengan bau, dengan terdedah macam-macam risiko.Ramai yang anggap aku bodoh piang tolak sebab  gaji engineer kilang besi mahai, tapi biaqlah, aku yang tentukan masa depan aku sendiri.

Maka apa yang aku nak point out adalah asas optimization yang dilakukan dalam ladle furnace adalah sama dengan asas dalam optimization yang dilakukan terhadap laman web.Masing-masing ingin menjamin kualiti dan keuntungan.Asas optimization dalam ladle furnace menentukan kualiti apakah yang diinginkan. Misal kata output adalah steel yang mampu tahan karat, so cara optimizationnya sudah berubah berbanding keluli biasa untuk piling.Keuntungan pun berbeza.Maka samalah juga dengan penghasilan web berkualiti dan menguntungkan.Anda lah yang menentukan keuntungan banyak mana yang anda inginkan berdasarkan optimization yang anda buat.Bezanya, andalah engineer, andalah technician, andalah operator, andalah manager, andalah jaga akaun, semua andalah jaga huhu.

Dalam ladle furnace terlalu banyak SOP dan input-input yang perlu dikawal, tak payah la aku explain detail haha niat aku pada awalnya nak analogi saja.Dalam optimization laman web/blog juga memerlukan input-input tertentu bagi menjamin output yang berkualiti.Kawalan proses perlu dilakukan dengan sebetulnya kerana kalo tidak sia-sia saja laman web anda itu.So secara ringkasnya boleh dilihat pada gambaran rajah di bawah.

So dalam gambarajah di atas telah diterangkan secara ringkas apakah input-input yang diperlukan bagi menjamin kualiti output laman web anda.Setiap input memerlukan penerangan yang teperinci dan details.Kang cerita semua 10 hari 10 malam belum tentu abih.Aku pun masih dalam proses belajar.Tak semua cabang input aku tau details semua.Kiranya aku masih junior excutive dalam bab handle ‘mesin’ ni haha.Diharapkan sesiapa yang baca artikel ni tak menganggap aku dah pakar huhu.Aku hanya berkongsi tentang analogi yang ada dalam asas kejuruteraan.Bagi aku bidang SEO amik masa untuk paham secara mendalam dan amik masa juga untuk melihat kualiti outputnya.

Apa yang menariknya dalam kejuruteraan SEO anda boleh tentukan kualiti output macam mana yang anda inginkan asalkan mematuhi guideline SE.Katakan anda inginkan ROI(return of investment) sekian-sekian banyak, maka anda perlu merancang dan lakukan optimization yang sebetulnya.Mungkin ada yang tak paham sebab aku becerita secara umum.Nanti ada mood untuk menulis aku kan cerita lain details input by input dan apakah parameter yang diperlukan untuk menghasilkan blog/website yang menguntungkan.Secara teori je lah, praktikalnya kena buat sendiri baru nampak huhu.

Mungkin ada yang tak setuju aku guna istilah kejuruteraan, terpulanglah pada persepsi masing-masing, aku hanya menganalogikan asas kejuruteraan terhadap bidang SEO.Aku penah becerita dulu dalam blogpost yang lepas-lepas (sila tengok balik post aku belakang-belakang), bidang ni kalo nak dijadikan kursus di universiti pun bersesuaian.Tapi bagi aku biarlah bidang ni keep off radar dan sentiasa underground huhu! Sebabnya tak syok nanti akan jadi persaingan yang sangat melampau dan mungkin akan tepu sebab terlampau ramai sangat buat blog/website sapa nak baca hahaha (aku agak la).

Bagi aku kejuruteraan dalam SEO adalah  penting bagi penghasilan laman web yang berkualiti dari segi contentnya mahupun dari segi keuntungan yang bakal dapat.Optimization sesuatu laman web bergantung kepada cara gerak kerja anda handle input-input seperti dalam gambarajah tu.Lagi tinggi persaingan sesuatu produk, maka lagi kritikal dan crucial untuk anda handle segala input-input tersebut.Katakan anda nak buat laman web berdasarkan produk skin care.Maka anda perlu kaji kadar persaingan yang ada.Dalam dunia ni agak-agak berapa ramai company yang buat benda yang sama? Bolehkah anda potong kedudukan mereka dalam SERP? Mampukah anda keluarkan output setanding dengan pesaing anda? Anda juga perlu reverse engineering pesaing anda. Setelah anda yakin anda dapat compete, ya masa untuk merancang gerak kerja dan kawalan setiap input perlu dilakukan bagi memastikan optimization yang maksimum.

Dan seperti biasa kalo aku menaip sambil dengar lagu maka akan jadi ralit hahaha.. rupa-rupanya sudah panjang bejela aku taip.Sori noh kalo memeningkan kepala ampa baca panjang-panjang ni, entah apa kebenda la ek aku bebelkan ye tak.. dah abih taip baru aku baca balik haha.Kadang tak baca pun terus publish.Biasa kalo aku menaip sambil layan lagu metallica ka, rock kapak omputeh 90-an ka akan jadi ralit cam seot.Sedar-sedar tengok dah panjang bejela haha.Akhir kata tanpa asas kejuruteraan SEO yang kuat, laman web anda takkan bermakna langsung, yang akan baca atau tengok adik-beradik/kawan-kawan anda ja la kot haha.Laman web anda hanya syok sendiri huhu.Sekian.

 

 

 

Facebook comments: