Sudah lama rasanya aku tidak post ke bahagian ini.. atau kategori jana wang.Sebab musabab kenapa aku tak update blog lama boleh la refer ke entri yang sebelumnya hehe.Sebenarnya punca rezeki di dunia online sangatlah banyak… cuma kita perlulah rajin mencari.Bak kata orang.. kalau tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya.Umum tahu sejak mata wang ringgit jatuh… nilai tukaran wang usd ke ringgit sememangnya tinggi.. so sedari itu aku cuba memulunkan diri untuk mencari sumber income kot tepi dunia online yang fana ini.Sebelum-sebelum ni paid post atau artikel berbayar selalunya advertiser yang cari aku.Memang salunya tiba-tiba sahaja emel masuk advertiser tanya mau letak iklan via artikel yang diberi.So runding punya runding.. dapatlah harga sekian sekian ikut reputasi dan stats blog aku (bukan blog aimannajmy dot com ni lah… blog lain.. blog english).Tetapi lain pula sejak sebulan dua ini.. aku pulak pulun mencari advertiser.So kat mana port puak-puak advertiser ni lepak ye.Satu tempat yang popular tetapi agak sedikit terguris hati adalah Sponsored Reviews.Mengapa aku cakap sedikit terguris hati? sebab Sponsored Review ni macam orang tengah.. dia macam agen la.. dia la pengantara untuk mengajak advertiser yang berpontensi lepak kat website dia.Yang membuatkan terguris hati adalah bab commision.. setiap transaksi antara blogger dan advertiser berjaya di buat.. pembahagian komisen sebanyak 50% / 50% dilakukan.. so andai advertiser ada bajet 50usd.. maka dengan selambanya SR amik separuh dan blogger amik separuh.. huhu.Itulah realiti bila nak something yang semua dimudahkan..

Ada jalan lain untuk cut down komisen orang tengah ni.. iaitu dengan deal secara direct.Bagaimana ya hendak deal secara direct? Maka kena rajin-rajin lepak forum IM seperti DigitalPoint, IMTalks, V7N dan banyak lagi lah senang cerita taip sahaja atau buat sahaja carian kat google dengan kata kunci “top internet marketing forum”.Apa yang penting sekali mengenai deal secara direct ini adalah “sapa cepat dia dapat”.First come first serve.Terlalu banyak la blogger seluruh dunia ini atau webmaster seluruh dunia ini.So dengan bajet yang ada pada advertiser atau mengikut kehendak bajet pada mereka.. kaedah rundingan perlu dilakukan dahulu.Sebelum nak test power atau nak test market website atau blog anda kepada advertiser.. selidik atau kaji abih kemampuan website anda itu.. mampu atau tak mampu.Selalunya advertiser akan letak satu standard atau satu piawaian sebelum mana-mana webmaster dengan senang hati bid atau test market mereka.Cerita mengenai standard yang diperlukan advertiser.. selalunya ada 4 perkara penting. 1.Traffic, 2.PR 3.Domain Authority 4.Related Content.

Maka segalanya bergantung kepada kehendak advertiser.. ikut bajet depa atau ikut apa depa mau.Ada yang nak traffic sahaja, ada yang nak PR sahaja, ada yang nak semua sekali, ada yang asalkan related content pun sudah memadai.Memandangkan sudah bertahun lamanya Google tak update PR mereka.. sekarang ni maka bermula sedikit era Domain Authority.Andai PR 0 tapi domain authority masih ada value.. still berguna pada advertiser.Maka cuba sajalah test market andai website mematuhi kehendak mereka.

Berbalik kepada cerita Sponsored Review.Andai anda dah berjaya sign up.. dan website anda diterima.Memang bersepah dan ramai gila advertiser boleh bid atau boleh test market.Kerja anda jadi mudah.Anda perlu bid dan tunggu emel masuk mengatakan ada berjaya bid untuk job-job tertentu.Berbanding dengan cara manual iaitu lepak kat forum.. anda terpaksa tunggu macam pemancing dok tunggu ikan huhu… adakalanya dapat.. adakalanya tak timbul langsung.So dengan mudahnya kerja anda itu menyebabkan SR amik komisen separuh… arghh tensen jugak pikiaqnya huhu.. kalo 25 percent takpa lagi huhu…tapi tula dapat jobs sedikit atau banyak tetap rezeki.Memandangkan USD tengah naik.. so grab sahaja peluang yang mampu ada.. tak kisah la job tu nilai rendah atau tinggi.

2015-02-14_0433

So untuk bulan ni aku baru dapat 3 jobs..kat paparan Jobs in progress tu tunjuk hanya 2 jobs sebab job yang lepas (3 hari lepas) aku dah settle buat… walaupun hanya 9 usd per job.. seperti title di atas… SEDIKIT PUN REZEKI JUGA.Akhir bulan 1 haritu aku melakukan sedikit kesilapan sebab aku hanya tunggu advertiser approach aku.. then tiba2 aku tersedar.. beribu2 website dalam database SR ni.. berjanggut woii kalo nak tunggu advertiser approach dulu.. so dalam masa satu hari haritu (dalam minggu lepas) aku bid sahaja semua atau job terbaru yang dipaparkan di dashboard mereka (klik find advertiser).Then tadaa ada jugak melekat.. kesimpulannya.Kalau tunggu sahaja maybe taktau boleh dapat bila… so andai masuk saja paparan job terbaharu terus bid.. tera advertiser nak terima maybe makan masa seminggu dua.

So untuk tips bagaimana untuk memastikan website anda diterima masuk dalam SR ni boleh la jengah website mereka dan baca kat bahagian terms and condition mereka.Untuk tips lain camana nak buat content cara paling senang (sebab ada advertiser mintak review dengan unik article, mean article 100% belum pernah publish di alam maya ini dengan grammar dan tatabahasa yang betul) atau tips-tips lain… nantilah.Biarlah aku ada pengalaman banyak dapat jobs dulu dari SR ni.. maybe dah sampai threshold 50 job berjaya ditransaksikan..takpun penah tangkap ikan-ikan besaq dalam SR ni boleh la sembang serius atau tulis tips dengan rasa yakin huhu.

So sekian entri untuk kali ni.. semoga bermanfaat.

 

Facebook comments: