Salam semua dan selamat berpuasa kepada pembaca aimannajmy.com.Kali ini aku ingin becerita mengenai jana wang dengan youtube. Tapi aku bukannya nak becerita mengenai teknik-teknik atau kaedah jana wang dengan youtube ke apa ke.Aku just ingin berkongsi petikan berita kisah kejayaan insan lain yang berjaya buat duit dengan youtube dengan jayanya.Mengimbau kembali bulan Januari tahun ni.Aku ada cuba-cuba try nak jana wang dengan youtube.Aku just bereksperimen kot la menjadi hehe.TAPI tak menjadi pun.Haha pengalaman pertama cuba-cuba.

Ok sekarang cuba lihat screen shot video di bawah.Video dibawah mempunyai over 35ooo viewer.Mak aiih banyaknya.Tekejut gak aku sebenarnya.Aku just suka-suka upload time tuh.Pastu letak link affliate dan annotation sikit pastu dah tinggal.Niat di hati alah just suka-suka eksperimen.Tiba-tiba arini aku nak bukak tengok balik video aku.Tu pun sebab aku terbaca kisah kejayaan orang mengenai jana wang dengan youtube kat akhbar online kosmo.Kalau tidak video aku upload ni dah jadi pekasam dah haha.Sekali tengok makk aiih berpuluh ribu viewer.

Pastu aku mula berfikir.Kalaulah la ada 1000 orang pun cukuplah dari 73000 orang yang beli produk melalui link affliate aku.Fuyyoo kaya pakcik aiih! Tapi hakikatnya takdak! Hoho.Setakat orang singgah ja link affliate tuh.Orang tak beli pun.Dan aku mula terpikir.Kenapa la aku tak letak link yang berguna.Link yang berkaitan dengan video atau link CPA ke PPL ke hoho.Aku mula berfikir ke tahap awangan langit ke tujuh.Kalau lah aku letak link GA ke pun berguna jugak ye tak.Orang just klik je ye tak.Tak payah nak kena beli baru dapat USD.Tapi kejammnya Pakcik Google reject permohonan aku.Sedey ngah mencuba lagi ni nak apply.Huhu.

Ok sekarang mari kita kaji insan yang sememangnya berjaya menjana wang dengan youtube dengan bergaya dan jayanya.Apa yang aku dapati mereka ini mengupload video hasil dari pembikinan mereka sendiri.Bukan video orang lain yang diupload untuk tujuan dapat duit semata-mata.Ya kaedah mereka adalah truly punya effort penjanaan duit.Hasil kerja keras sendiri membuat video untuk tatapan viewers dan akhirnya mempunyai pengikut setia.Aku respek abih!

Ok sekarang mari kita kaji 10 insan yang berjaya membuat duit dari youtube.Mereka ini mempunyai pendapatan pasif hasil dari pengiklanan yang ditempek kat video atau ada link pautan ke web yang mempunyai kepentingan pengiklanan.Ya lihat senarai di bawah top 10 video makers yang berjaya.Mari kita tengok senarai pendapatan individu ini dari yang tertinggi hingga ke terendah.Kajian dilakukan oleh firma penyelidikan TubeMogul.

1.Shane Dawson yang berusia 22 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat (AS). Pendapatan beliau sepanjang 12 bulan lalu ialah sebanyak AS$315,000 (RM990,517). Salah satu dari video beliau dibawah.


2. The Annoying Orange dengan pendapatan yang dijana mencecah AS$288,000 (RM905,615).


3.Philip DeFranco yang menyiarkan video berkisar tentang politik dan gosip. Pendapatan yang diperolehnya sebanyak AS$181,000 (RM569,342)

4.Video komedi Ryan Higa yang tinggal di Hawaii dan berketurunan Jepun-AS ditonton lebih 206,979,909 dan memperoleh pendapatan sebanyak AS$151,000 (RM474,970)

5. Lukas Cruikshank dari Columbus, Nebraska. Video mengenai menguruskan kemarahan itu menjana pendapatan AS$146,000 (RM459,462)

6.Bekas juruhebah radio, Shay Carl yang telah menerbitkan lebih 100 filem. Dia menjana pendapatan sebanyak AS$140,000 (RM440,579.

7. Mediocre Films yang mula menghasilkan komedi pendek sejak tahun 2006.Video itu memperoleh pendapatan sehingga AS$116,000 (RM365,053)

8.Video Smosh yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$113,000 (RM355,610)

9.The Young Turks yang menjana pendapatan sebanyak AS$112,000 (RM352,463)

10.Natalie Tran yang merupakan pelajar berketurunan Vietnam-Australia.Video Tran berkaitan dilema sosial dan cara untuk memiliki perut yang cantik menjana pendapatan AS$101,000 (RM318,110).

Dalam banyak-banyak video aku tertarik mengenai video buah oren boleh becakap tuh.Hoho sangat kreatif.So adakah anda ada pengalaman cuba-cuba jana wang dengan you tube? Maybe ada yang pernah.So sama-sama kita berkongsi cerita pengalaman kat sini.Kat malaysia aku tak pernah perasan lagi.Kalau setakat amik video popular orang lain pastu letak link iklan besepah-sepah dah.Maksud aku yang membuat segalanya video sendiri dengan hasil kerja keras dan upload di youtube.Mari sama-sama kita bincangkan 🙂

Facebook comments: