Pemasaran email adalah satu cabang IM yang merupakan model bisnes online yang sangat efektif dan menguntungkan jika tahu cara memulakannya dan bagaimana ‘fully utilized’ dengan kehendak pasaran.Kenapa agaknya menggunakan email untuk memasarkan produk adalah salah satu cara yang berkesan? Apa pun aku terus terang, pemasaran email bukan bidang aku atau aku expert mengenainya, cuma aku menulis dari segi pengetahuan aku atau pembacaan dari kes studi yang dibuat oleh IM tempatan mahupun antarabangsa.Dunia aku lebih mengadap enjin carian.. haa bab tu kita cerita lain masa, cuma hakikatnya pemasaran email masih lagi merupakan tunjang model bisnes internet yang berjaya walaupun pada hakikatnya wujud sosial media seperti Facebook dan Instagram yang menjadi pesaing terdekat.Apa pun hakikatnya kita tidak boleh lari atau elak dari mempunyai email peribadi untuk hal privasi atau hal berkaitan keja atau hal lain yang tidak mahu mencampurkan dunia sosial media seperti FB.Mungkinlah generasi muda yang lahir teruih ada Facebook.. segalanya mengharapkan sosial media seperti Facebook untuk berhubung, tetapi hakikatnya email tetap menjadi sandaran jua disebabkan info yang dihantar melalui email akan menjadi ianya lebih formal dan seseorang akan mengambil serius jika sebarang maklumat sampai ke email dahulu berbanding sosial media.

Dari info ringkas aku dapat dari Google hampir 800 juta pengguna aktif gmail dan lain-lain tu macam outlook dan yahoo mail melebihi 1 billion akaun, termasuk lah maybe akaun yang spam atau saja-saja buat pastu terlupa password.Katakan pukoi rata 1 billion pengguna aktif, dapat grab 0.1% cukuplah.. mau 100,000 orang email yang sahih dan wujud.Ianya sekadar contoh.. hakikatnya bukan mudah nak grab cam gitu saja mesti ada cara.. main send info secara rambang nanti akan di consider sebagai spam atau akhirnya masuk kotak spam dan tak bernilai langsung emel yang anda hantar untuk jualan sebarang produk.So hakikatnya bagaimana agaknya pemasaran email ni bergerak ye? Bagaimana agaknya mengumpul database email yang sangat berkualiti dan tepat pada sasarannya atau kena pada orang yang sebetulnya untuk dihantar.Apa pun first thing first mari kita sembang tentang konsep asas pemasaran email terlebih dahulu sebelum kita pergi lebih jauh dan details.

Konsep asas pemasaran email adalah menghantar email mengandungi maklumat yang sangat berguna kepada subscribers atau mereka yang melanggan untuk menerima email dari anda.Apakah maklumat tersebut? Ianya tentu berkisar tentang bagaimana mengatasi sesuatu masalah atau membantu menyelesaikan masalah yang akhirnya dapat membina satu kepercayaan di antara anda dan subscribers anda.Hubungan yang terjalin menerusi penghantaran email yang berterusan dan mempunyai maklumat yang amat disukai pelanggan akhirnya membawa kepada satu jalinan yang kuat di antara anda dan subscribers yang mana akhirnya di satu masa atau pada masa yang sesuai apa sahaja produk yang anda rekomenkan akan mendapat perhatian dari subscribers dan seterusnya melonjak kepada keberangkalian yang tinggi kepada jualan produk yang anda promosikan.Ini adalah konsep asas pemasaran email.

Tetapi sudah tentu email yang anda hantar kepada subscribers anda itu mestilah beretika dan asli kandungannya.Email yang semata-mata untuk menjual produk saja tanpa memberikan satu info berguna atau tanpa menyelesaikan satu masalah yang dibelenggu subscribers semestinya menyebabkan email yang anda hantar akan di sepak terajang masuk trash box atau akan di unsubscribe.Anda berhubung dengan manusia.So nilai kepercayaan terhadap subscribers anda perlu diterapkan terlebih dahulu dan bukannya “trick” mereka untuk membeli produk yang anda jual atau promosikan.Andai kata hilangnya kepercayaan, maka model bisnes ini tidak akan menjadi, yang nak keluarkan duit membeli produk tu manusia, bukannya robot so anda perlu mendapatkan kepercayaan mereka dahulu dengan menghantar info atau maklumat penting dan membina jaringan kepercayaan dahulu sebelum anda mempromosikan apa-apa sebarang produk.

Konsep asas sudah anda ketahui, tetapi bagaimana pula membina list email anda? bagaimana nak mencari database email yang betul-betul legit atau email tu memang emel personal bagi pengguna internet? Pertama sekali anda mesti mempunyai blog atau website.Di laman web anda itu mesti mempunyai box atau kotak untuk mengisi email.Anda boleh tawarkan hadiah percuma atau update percuma info tertentu.Jika pengguna internet ingin dapatkan hadiah yang anda tawarkan di laman web anda, mereka perlu subscribe dahulu atau mengisi email mereka di kotak berkenaan atau dikenali sebagai opt-in box.Ok katakan anda seorang pemancing, anda ingin menjual segala peralatan atau segalanya produk berkaitan dunia pemancing.Blog atau website anda tentunya berkaitan dunia pancing, maka di blog sediakan satu opt in box tadi dan tawarkan mereka hadiah.Sesiapa yang inginkan mata kail percuma sila daftar email anda di opt in box tersebut.Atau anda boleh berikan ebook percuma dunia mancing.Atau pun kalau anda seorang blogger yang tegar, anda boleh tawarkan update percuma blog anda di kotak subscribe tersebut.Maka yang betul-betul berminat dengan dunia pancing sahaja akan subscribe.Dari situ anda mula mengumpul database email sedikit demi sedikit.Pastikan maklumat atau sebarang free gift yang anda berikan mestilah berkualiti supaya subscribers anda terus menerus menerima langganan email dari anda.

Contoh-contoh opt in box

email_marketing_001

Anda boleh tawarkan apa sahaja melalui laman web anda apabila dipasang dengan opt in box.Aku pun ada buat jugak untuk sign up email haha.. cer tengok kat bawah selepas entri post huhu.

order_and_balance_optin

Mungkin boleh tawarkan ebook percuma atau tips-tips berguna berkaitan produk atau industri berkaitan

email_marketing

Ada juga yang memberikan ‘gula’gula’ atau apa sahaja ayat yang indah supaya mengujakan otak anda untuk sign up mailing list mereka.

Satu lagi perkara penting, di mana hendak simpan database email anda ini? bagaimana anda hendak handle kalau database email anda dah mencecah ribuan emel.Anda tidak boleh menggunakan webmail macam biasa seperti Google/Yahoo dan sebagainya disebabkan kalo anda hantar email ke 1000 orang sekaligus anda dianggap sebagai spamming dan kemungkinan besar anda akan dibanned atau anda terpaksa buat kerja leceh anda sedikit demi sedikit.Untuk memudahkan proses tersebut terdapat satu sistem dipanggil autoresponder.Autoresponder ini akan dipasang di opt-in box dekat blog atau website anda tadi maka dengan sistem ini anda boleh hantar email ke ratusan malah ribuan email atau ikut suka anda tanpa sebarang masalah.Autoresponder adalah satu sistem atau software yang dibina khas untuk memantau, menjaga, memudahkan segala pengurusan database atau list email anda.Selain itu ianya amat berperanan untuk menjadi satu kempen pemasaran yang sangat berguna dalam mengumpul email list, contoh-contoh menaip info email sebelum anda hantar ke subscribers dan yang paling penting ianya auto dan anda boleh tulis atau taip siap-siap apa sahaja maklumat berguna untuk dihantar pada hari atau tarikh yang anda inginkan.Contoh berkaitan dengan dunia pemancing tadi.Anda sudah anda template maklumat atau tips berkaitan pemancing yang anda akan send secara berkala demi meningkatkan kepercayaan subscribers anda.Contoh dalam seminggu maybe 3 kali.Lepas tu time weekend anda hantar email yang anda tulis sendiri demi memastikan hubungan terjaga.Contoh minggu tersebut ada perlawanan bola sepak final AFC.Maka dalam email tersebut anda boleh selitkan isu tersebut just sebagai selingan atau memastikan subscribers anda mengerti yang hantar email kepada mereka adalah manusia, bukannya software beserta template yang disediakan.

autoresponder screenshot

Gambarajah di atas menunjukkan contoh screenshot auto responder, (gambar aku cilok dari Google images) so pakai la ayat sendiri untuk berinteraksi dengan mailing list.

Tajuk email yang anda hantar itu mestilah menarik dan mesti ‘grab attention’.Janganlah terlalu pasif dan bersifat spamming atau nampak sangat guna ayat robot.Contoh lagi berkaitan dunia pemancing tadi.Tajuk mungkin. “Rahsia di mana ikan siakap di jambatan penang terbongkar!!” dan kandungan email anda pula jangan pula terlalu panjang atau terlalu pendek.Cukuplah kot straight to the point sekitar 300 patah perkataan ka.Atau the best cuma taip 3-4 ayat lepas tu letak link blog anda itu untuk cerita lebih lanjut mengenai tips memancing yang anda sediakan.Mengenai servis atau software autoresponder terdapat banyak di pasaran atau di dunia online.Antara yang famous adalah Aweber, GetResponse (berbayar bulanan) ataupun yang free Listwire.Eh satu lagi lupa nak bagitau, salah satu ciri terpenting sistem autoresponder adalah ianya akan menghantar email pengesahan kepada subscribers anda dan mereka perlu mengesahkan email pengesahan tersebut sebelum disahkan masuk ke dalam database mailing list anda.Amboi berapa kali nak sah laa huhu.Selain terdapat button atau link unsubscribe dalam setiap emel yang anda hantar supaya membolehkan model bisnes ini beretika dan tidak memaksa subscribers untuk terus menerus menerima email dari anda.Kalau ada yang sudah bosan atau tidak mahu terima lagi emel dari anda, itu pilihan mereka, mereka boleh keluarkan diri mereka dari database mailing list melalui link unsubscribe tadi. Maka secara umumnya begitulah dunia atau hakikat sebenar pemasaran email atau “email marketing” huhu sama ja.Konsep asas sama, so produk ikut anda lah nak buat produk apa atau nak jual apa, yang penting mahu tidak mahu anda perlu mempunyai satu sistem atau software seperti autoresponder tadi dalam memastikan mailing list anda sentiasa terjaga dan kesemua email yang dihantar tepat sampai ke semua sasaran yang dikehendaki.

autoresponder-examples

Terdapat banyak servis seperti gambarajah di atas yang menawarkan sistem autoresponder

Memiliki database email yang targeted atau mailing list berkaitan industri atau produk yang anda ceburi merupakan satu aset yang sangat bernilai di masa hadapan.Tahukah mengapa Facebook sanggup mengabiskan berbillion untuk memiliki Instagram dan berpuluh billion lagi untuk aplikasi whats up sebagai aset? Ianya mudah.. DATABASE! sebab kedua-dua aset itu mempunyai database yang sangat bernilai iaitu memiliki berbillion profil pengguna.Terdapat juga penjualan database yang berlaku di antara syarikat-syarikat yang kita tidak tahu untuk kepentingan atau potential customer.Maka hakikatnya ianya boleh dianalogikan sama juga dengan memiliki mailing list atau database email yang betul-betul targeted dan berkualiti.Katakan anda mempunyai website menjual smartphone, maka anda mula mengumpul mailing list sedikit demi sedikit seperti mana kaedah yang aku dah terangkan dekat perenggan atas, dari tahun ke tahun anda berjaya mengumpul hampir 1000 mailing list yang betul-betul berkualiti dan targeted yakni setiap pengguna internet yang sign up opt in box laman web anda sememangnya berminat dengan dunia gadget dan smartphone dan setiap kali anda menghantar email jualan, 30% daripada mailing list tersebut mungkin boleh ditukarkan atau diconvertkan kepada jualan.Bagaimana pula anda hendak menambah lagi senarai mailing list anda dengan cara cepat? Cepat pun tak cepat la still kena makan modal sikit.. caranya ialah dengan berJV (atau joint venture) dengan mana-mana pemilik laman web yang menjual produk seperti anda jugak.Katakan selain website anda itu, terdapat juga lain-lain website A, B dan C menjual produk yang sama dan juga mengumpul mailing list yang tersendiri.Katakan website A mempunyai 2000 mailing list, website B ada 600 list dan website C mempunyai 1200 mailing list, maka dari database tersebut boleh lah anda berJV dengan pemilik website tersebut dnegan cara atau situasi menang-menang, bermakna dua-dua pihak dapat untungnya.

Bagaimana cara berJV? Tentunya ada berkolaborasi dengan pemilik laman web tersebut untuk menghantar emel jualan anda kepada setiap database mailing list website A, B, dan C.Nilai setiap sign-up atau subscribers dari pihak masing-masing yang sign up opt in box laman web anda bergantung kepada perbincangan dengan pemilik laman web tersebut, kemungkinan setiap email atau setiap sign up bersamaan dengan RM1 atau terpulang pada kehendak niche atau kekuatan industri yang berkaitan yang mana boleh anda boleh letakkan harga sendiri sesuai dengan bajet anda.Industri atau niche gadget maybe nilai pasarannya sangat tinggi berbanding niche berkaitan alat muzik contohnya.Mungkin target anda hendak dapatkan lagi 1000 mailing list, satu kos per sign up adalah RM1 maka bajet anda adalah RM1000.Di samping itu ianya boleh juga dilakukan dengan konsep affiliate produk.Contohnya dalam email jualan yang dihantar ke mailing list website A, B dan C tadi mengandungi links affiliate di mana setiap penjualan yang berjaya ditransaksi keuntungannya dibahagikan mengikut persetujuan bersama pemilik laman web tersebut.Maka kedua-dua pihak akan mendapat untung, keuntungan atas produk dan juga keuntungan berkongsi database email masing-masing.Selain itu mailing list juga boleh dikumpul melalui tawaran kepada mailing list anda sendiri atau war-warkan kepada sosial media atau apa sahaja.Contoh setiap sign up email baru yang berjaya disubscribe, seseorang tu akan dibayar berdasarkan setiap email yang berjaya disubcribekan melalui sistem affiliate juga, ianya bergantung kepada bajet setiap pemilik laman web.TETAPI, hakikatnya kaedah ini akan membawa kepada ketidak boleh percayaan dan akan merugikan anda sendiri jika terdapat individu yang terlalu mengejar keuntungan singkat dengan mendaftar email palsu atau email sengaja dibuat untuk mendapatkan keuntungan mudah.

Terdapat pelbagai cara atau pendekatan untuk mengumpul database email berkualiti dari JV partner.First thing first thing, tengoklah produk yang anda hendak jual tersebut, kalau berkaitan kesihatan, ha maka banyak cabang atau JV partner anda boleh dekati atau cuba berurusan untuk berJV.Lakukan carian di internet dan tengok siapa yang menawarkan produk seperti anda atau hampir seakan dengan anda.Jika anda menjual produk supplement tambahan kesihatan maka boleh lah lakukan carian internet dengan terma yang sama atau pun sesiapa sahaja bloggers yang bercerita mengenai dunia kesihatan yang selalu menawarkan update percuma melalui entri blog atau newsletter.Terdapat juga broker-broker yang menjual database email list untuk targeted industri tertentu, tetapi anda perlulah berhati-hati dan selalu membaca feedback atau trusted value broker tersebut di forum-forum IM.Ianya bertujuan memastikan broker tersebut sememangnya boleh dipercayai dan mempunyai kualiti list email yang sangat berkualiti dan legit.Bagaimana broker ini mencari database? Konsep asas sama sahaja seperti aku dah terangkan, cuma direct dengan broker memudahkan kerja anda daripada melakukan kajian di enjin carian dan analisis punca-punca database dari pelbagai laman web yang berada dalam industri yang sama.Dah nama pun broker, mestilah dia mark up sikit sebagai upah jadi orang tengah, so terpulang pada kehendak diri sendiri sama ada lebih puas hati mencari sendiri database email dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti enjin carian, supplier produk, dan analisa pesaing produk anda.

Ada beberapa persoalan penting. Masih berbaloikah kaedah email marketing? Bukankah trend sekarang adalah mendapat likers dari Facebook dan followers dari Instagram? Bukankah 1 likers atau 1 followers sama jugak dengan konsep 1 email list yang berjaya disign up? Apa pun akhirnya akan membawa jawapan kepada konsep pro dan kontranya.Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.”Lain padang lain lalangnya”.Itulah kata-kata yang mampu aku ungkap apabila memperkatakan tentang pemasaran email. Kita tidak boleh lari dari email. Walaupun wujud banyak  alternatif lain seperti sosial media untuk berhubung.Email adalah nadi atau tunjang utama dalam dunia internet.Nak daftar facebook kena sign up guna email, nak daftar OS untuk smartphone kena guna email, nak berurusan soal kerja atau urusan rasmi atau formal perlukan email, pendek kata without email, dunia internet would be pointless.Itu adalah hakikat even sekarang mereka yang berbisnes online memang tergila-gilakan likers atau fenomena mengumpul like menjadi sangat popular sehingga ramai sudah melupakan kuasa pemasaran email.Dahulu sebelum wujudnya sosial media, tentunya email menjadi tunjang utama ye tak? Bila tibanya era Facebook, ramai yang semakin melupakan pemasaran email walhal ianya juga menjadi nadi pemasaran yang sangat terpenting sekali dalam memasarkan produk.

Akhir kata aku tutup penulisan aku yang panjang lebar ini dengan beberapa infografik yang sangat berguna mengenai kaedah atau tips mengendalikan mailing list anda dengan autoresponder.Dah ada mailing list yang banyak mestilah tau cara camana nak handle dan berkomunikasi ye tak hehe.

autoresponder-infografik

infografik autoresponder1

infografik autoresponder2

 

 

Facebook comments: