paid post

Salam semua kepada pembaca sekalian.Pada setiap pagi maka macam biasa aku akan buka emel aku untuk check apa yang patut kena bayar dan juga info tentang client terbaru.Maka berita baik rezeki pagi ini ada mat salleh ingin beriklan kat blog aku (bukan blog ni blog lain hehe).Selalunya jenis orang persendirian atau orang tengah macam ni, bayaran aku kenakan tak mahal mana, maybe around 30-40 USD.Tapi bila yang approach aku tu company yang establish dan memang dari agensi periklanan luar haaa tu memang aku cas tinggi atau depa memang akan letak harga.Selalunya dalam lingkungan 120 ke 150 USD hanya untuk satu post huhu.Itu baru satu post! Kalo sebulan dapat 10 post pun jadi lah untuk satu blog.Itu baru untuk satu blog! hehehe.. kan ke dah income dah 5k.. hehe kalo 10 blog tak ke 50k.Itu contoh.. gambaran umum… itu baru paid post! tak termasuk Adsense.. tak termasuk affiliate dekat post.So aku tak heran la kalo pro blogger boleh dapat 5 figure per month senyap-senyap kat umah.Dan aku tahu mereka-mereka ini jenis underground haha. dan very humble.. eh buat nak buat apa nak heboh kat orang ye tak.

Segalanya autopilot… once dah siap 1 blog yang betul2 kualiti maka pro blogger hanya perlu site maintenance sahaja.Sekali sekala usya kot ada problem hackers atau down.Dan bila tiba masa full maintenance haa tu take time sikit la.. nak update scheduled post dan juga update affiliate post serta update scheduled link building.Sebab tu ramai pro blogger leh makan angin sahaja serata dunia di kala blog sentiasa berjalan 24/7 tanpa henti.Bila tiba masa site maintenance haa tu memang perit la kena bersengkang mata siapkan segala berkaitan (seperti aku bagitau).Dan bila sampai pada satu tahap bab site maintenance pun upah orang huhu.. haa tu memang kalo dah capai fixed 6 figure per tahunan boleh la buat camtu hahaha…

Tapi… tapi… tapi.Semua tak semudah itu.. semua kena belajar dari bawah.From A to Z.. kena belajar erti susah study dan kaji dahulu… bayangkan bab SEO sahaja ada yang makan masa bertahun-tahun baru dapat rentak.Yang lain develop site, develop knowledge tentang marketing keyword research serta produk dan pengetahuan asas site maintenance tu tak lama.Maybe nak fully understand 1 tahun ke atas.Sekian sahaja update kali.Untuk tips-tips berkaitan baca ja post-post aku yang lepas haha..tak banyak mana pun.. apa-apa pun aku tengah aktifkan balik rajin menulis kat blog ni hehe.Semoga bermanfaat.

Facebook comments: