Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.So entri kali ini masih lagi dalam ruang lingkup dunia blogging.Selagi Sayugia Studio masih belum siap selagi tuh lah rasa cam takdak mood nak cerita pasal dunia penciptaan lagu atau segala perihal dunia muzik.Sejak studio masih dalam pembikinan masa aku banyak dihabiskan depan PC menerokai dunia blogging.Kalo tak sebelum ni aku salu banyak abih masa kat studio je jamming atau cari material terbaru hehe.

So back to real topik.Nampaknya nak membuktikan betapa lampinya (lambat pickup)aku.. 2-3 hari lepas baru aku tau apakah yang dimaksudkan dengan google dance.Aku dah tau ayat google dance ni dah lama dahh..since tahun lepas.. tapi aku tak amik kesah pun nak amik tau apa maksudnya.Besa la aiman kan tak kesah.Aku ingatkan google dance ni cam festival atau parti khas yang dianjurkan oleh pihak Google untuk staffnya menari ramai-ramai huhu.

Takpun aku dok anggap google dance ni adalah tarian terkini yang dicipta selari dengan pesatnya berkembang dunia IT sekarang.Yela dulu ada techno dance lahh, street dance lah, jazz dance, twist dance dan bermacam-macam dance lagi dari satu era ke satu era.So aku bajet google dance ni kira style dance yang terbaru untuk era zaman IT ni.So aku pun tak amik kisah sangat sebab aku pun tak berapa minat bab tari menari ni.

Tiba-tiba aku terbaca mengenai google dance ni di salah satu forum SEO.“Ohhh baru pakcik tahu ini..!!!” (sila baca dengan nada stail pakcik dalam cerita pendekar bujang lapok scene di mana pakcik2 buta huruf belajar mengeja di dalam kelas hihi)

Google dance membawa maksud ketidak stabilan ranking sesuatu laman web dalam rantaian SERP (search engine result pages).Ini bermaksud ranking laman web anda tiba-tiba berubah mendadak kedudukannya.Katakan arini anda tengok kat SE Google, web anda di first page.. tiba-tiba esok menjunam ke pages 3.Pastu tak beberapa lama naik balik first pages.Ini berpunca dari crawler yang lambat singgah atau lambat update kedudukan web anda.

Masalah ini adalah normal menurut pakar dan jangan gelabah bila ranking anda turun mendadak.Yela dah buat SEO penat-penat tiba ranking jatuh.Aku tak pernah lagi alami situasi demikian sebab aku tak rajin pun check SERP blog aku ni untuk certain keyword.Tapi untuk niche blog mungkin aku akan kerap check kot nanti hehe.

Tapi aku ada baca-baca kat forum masalah google dance makin berkurangan disebabkan google dah upgrade sistemnya dan crawler sentiasa singgah dan update hari-hari.Tak macam dulu, sebulan beberapa kali je crawler akan singgah.

Kepada yang taktau ini ilmu baru untuk anda dan kepada yang dah lama tau so bolehlah berkongsi fenomena google dance yang melanda diri blog atau web anda.Yeah google dance mari menari bersamaku hehe! Sehati berdansa bersama pakcik google

Facebook comments: