Umum semua tahu.. bukan umum la tapi sapa yang penah singgah blog aku ni tahu dah bersawang malah dan berdebu setebal 8 inci pun disebabkan lama sangat tak berupdate dan aktif berblogging.Dari bulan ke bulan… tahun ke tahun.. masa berjalan sangat pantas.Tidak aku sangka hampir 3-4 tahun sudah aku tak aktif berblogging macam dahulu.Era dalam tahun 2010 -2011 memang era aku paling aktif berblogging dan ramai pembaca setia dan sudi singgah membacanya.. bermula pada tahun 2012.. sudah mula tabiat aku jarang-jarang jenguk blog ini.. sedikit demi sedikit boleh bilang dengan jari bilangan post atau entri yang aku sempat catatkan dan akhirnya terus bersawang dan terus tersisih dari dunia internet.

Oleh itu.. aku taktau apa yang terjadi.. mimpi apa taktau… tiba-tiba aku nak buat case study bagaimana keadaan atau impaknya jika hanya dalam sebulan atau 30 hari aku aktif berblogging.Means dalam kata lain full 30 hari setiap hari ada post baru.. dan setiap hari aku blogwalking.. setiap hari aku menulis.Dah lama sebenarnya aku nak buat dan nak melihat apakah impak dan kesan positif dari case study ini.Aku perlukan kekuatan dan semangat baru.. dan nak tinggalkan sekejap dunia IM antarabangsa sekejap dan fokus sebentar untuk sebulan ini.Apa positif outcome yang bakal diperolehi? Tiada apa sangat la.. cuma dari segi keuntungan aku cuma tempek nuffnang saja dan yang utamanya mungkin membina jenama aku.. means jenama aimannajmy dot com.Orang singgah blog aku orang dah tau gaya penulisan aku atau ayaq tangan aku dalam menyediakan sebarang artikel atau apa saja untuk santapan minda mereka.

Ok sebelum kita further lebih lanjut, mari kita lihat background atau pun properties atau stats blog ini semenjak ianya ditinggalkan bersawang dan sendirian di dunia internet.

alexarank_aimannajmy

Todiaa nak habaq bagi… habuannn aihhh… punca!! (cara orang utagha berseloroh melihat sesuatu).Sememang takdak data apa pun kat alexa ni.. memang sah-sah takdak.. paling cemerlang dulu blog ni penah mencecah 200k ke 300k.. tapi sayang tak sempat aku nak print screen pastu buat frame hahah.. dulu blogging guna desktop lama.. hardisk jahanam banyak benda-benda atau data-data berkaitan blog dahulu abih musnah.So secara penakrifan data memang nilai takdak atau yilekkkk pooocikkk.. atau ditunjukkan sebagai N/A atau No Answer atau No Available… atau memang dah terperosok jauh ke dalam hutan belantara amazon.. seorang blogger yang tegar selalunya atau menjadi SOP memasang alexa bar kat toolbar masing-masing pada browser

alexatoolbar

Maka sapa-sapa yang ada menginstall atau memasang toolbar yang memaparkan nilai Alexa.. sememangnya apabila halakan mouse atau hover kat bar tersebut, ianya akan menunjukkan status N/A.Maka segala persoalan akan terjawab nanti.. andai aku aktif selama sebulan berblogging, rank Alexa ni akan memaparkan sedikit nilai atau tidak? Aku ada cerita serba sedikit mengenai perihal Alexa ni kat entri lepas dan ianya tidak boleh menjadi penanda aras pun untuk mengetahui ketepatan pengunjung yang berkunjung ke blog kita.Ok mari kita tengok data terkini dari Nuffnang pulak bagaimana

nuffnang_aimannajmy

Secara pukul ratanya atau puratanya.. pada bulan lepas atau kiraan secara 30 hari yang lepas menunjukkan seramai 1724 pelawat yang unik singgah ke blog ini.Pelawat unik ini selalu ditakrifkan berdasarkan IP internet.Andai 20 orang menggunakan PC yang sama dan IP internet yang sama, maka nilainya tetap dikira sebagai seorang pelawat.Natijahnya ketepatan data ini juga boleh dinafikan atau tidak boleh dikatakan 100% tepat.Bagaimana pula jika 20 orang yang berlainan duduk dalam satu rumah berkongsi talian internet yang sama dan IP address yang sama untuk singgah di blog? Apa pun tanpa mengira soal teliti dan ketepatan, secara rambang data ini boleh juga jadi penanda aras.Mari kita lihat pula data terus dari server blog ini

awstat_aimannajmy

Daripada gambarajah di atas dapat kita lihat trend penuruan pelawat bermula dari bulan Januari hingga Ogos.Memang sukar untuk mengetahui ketepatan sebenar jumlah pelawat yang singgah ke blog ini.Semua data ini secara umumnya di ambil atau dikira dari keunikan IP yang singgah di server blog ini dan meminta untuk dilayan.Dilayan bermaksud meminta untuk berikan mereka data blog berkaitan supaya dapat diterjemah kepada bentuk yang boleh dibaca di browser internet masing-masing.Tidak ketinggalan juga IP pemilik blog juga dikira dalam hal ini.Andai seorang pemilik blog singgah di blog sendiri dengan IP yang dinamik seperti kesemua penyedia internet sekarang, maka ianya tetap dikira sebagai pelawat yang unik walaupun sepatutnya pemilik blog tidak termasuk.Andai aku contohnya, setiap hari aku shutdown PC dan juga modem.Dalam 30 hari aku berbuat demikian dan singgah blog sendiri ibarat 30 orang pelawat unik yang singgah ke blog aku.Apa pun data dipaparkan oleh awstats (dari cpanel server blog), nuffnang dan alexa ini boleh menjadi penanda aras nanti selepas tamat tempoh sebulan aktifnya aktiviti berblogging.Selepas tempoh sebulan nanti mari kita lihat semula apakah data-data yang dipamerkan oleh ketiga-ketiga sumber data tersebut.Oh ya aku terlupa ada satu lagi data yang boleh dipercayai iaitu Google Analytic dan aku akan perincikan kemudian atau selepas tamatnya tempoh case study ini.

Aku akan sediakan pelbagai topik dan pelbagai artikel yang akan aku masukkan dalam setiap entri.Tak semestinya setiap hari aku menulis, adakalanya aku akan post komik-komik yang tergendala aku nak buat, screenshot dari post-post lama facebook aku (gaya agak pemalas nak taip panjang-panjang haha.. ada setengahnya aku menaip panjang di facebook tetapi hanya audiens atau rakan-rakan facebook yang baca so aku letak kat blog audiensnya lebih meluas), topik-topik berkaitan dunia IM, personal entri, dan lain-lain entri yang aku rasa OK untuk post setiap hari dalam masa sebulan atau 30 hari kes studi.Sumber trafik pula dari mana? Cam biasalah aku share link entri kat facebook, kemudian aku akan blogwalking dari satu blog ke satu blog (blog yang aktif) dan juga maybe sipi-sipi mai dari sumber enjin carian.Akhirnya, hasil dari kes studi ini akan dinilai pada akhir atau selepas tempoh 30 hari.

Dalam tempoh 30 hari mendatang sesuatu yang sukar dan tough untuk aku laksanakan.. ianya aku anggap sebagai satu cabaran.Habit aku atau perangai aku sememangnya blogging ni ikut mood.. cukup susah kadang-kadang nak singgah dan nak kuar idea menulis ni.Takdak mood segalanya takkan menjadi.. disebabkan terlalu follow atau terikat dengan perangai ikut mood atau ikut tahap hormon kemalasan ni lah menyebabkan selama 3-4 tahun lebih blog ini jadi sia-sia dan setiap tahun bayar hosting macam takdak nilai langsung.Bayar pastu biaq tak update, lepas tu bila tarikh due date untuk domain dan hosting dah mai, mulalah la kan menyesai… adoiiii awat la aku sia-sia bayaq hosting ratus-ratus tapi haram tak update pun.. pastu insaf la sekejap.. update la sekejap 2 -3 post pastu mula balik perangai malas dan ikut mood… then pejam celik pejam celik mai lagi pulak tarikh due date bayar hosting.. pastu menyesai lagi pulak.. then dok ulang perkara yang sama sedar tak sedar dah 4 tahun dah woii aku dok buat perangai macam ni.

Mula terfikir.. sampai bila aku nak macam ni.Umur dah makin meningkat mengapa perangai masih lagi tidak berubah? Blogging sesuatu yang bagus untuk minda aku terus berfungsi dan juga menjadi suatu harapan aku untuk beri sesuatu atau give value tu readers.Hidup ini tak lama sebenarnya.. masa pantas berlalu.Give something value to readers then apabila ianya memberikan impak kepada readers tersebut, sekurang-kurangnya adalah kebaikan atau saham untuk timbangan amal bila mengadap hari pengadilan kelak.Bukankah “apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh” ?

Rentetan dari itu menjadi satu cabaran bagi aku dalam 30 hari ini untuk terus berblogging dan akhirnya nanti akan menjadi habit sebagaimana habit aku singgah facebook setiap hari.Walaupun sukar tetap aku nak buat.. ni lah kali pertama aku cuba full 30 hari setiap hari update blog.Moga terus konsisten mana tahu lepas ni 365 hari = 365 post huhu.Apa pun menjadi kepuasan aku setiap entri atau post yang aku terbitkan adalah dari ayaq tangan aku.. fully jari jemari ini menaip atau dari aku sendiri.. bukannnya entri-entri viral atau benda-benda yang dah viral dalam facebook di recycle semula dan masuk dalam blog dengan tujuan cara cepat dan tarik visitor dan naikkan rank blog.Selamat membaca yaa wahai readers sekalian.. sama ada silent readers atau aktif readers.Sekian.Di bawah adalah cadangan jadual post aku setiap hari.Sebarang perubahan tertakluk kepada budi bicara aku sendiri.

Isnin – dunia IM dan SEO

Selasa – Cerpen (suka hati aku nak merapu taip cerita apa pun huhu)

Rabu – Facebook old memories (seleksi status2 lama yang bermanfaat)

Khamis – Bebas (anything terasa nak update)

Jumaat – English section (motivasion, personal view, etc all in English)

Sabtu – Seleksi sketch/Komik

Ahad – Komik

 

Facebook comments: