Apa yang dirancang tak jadi seperti yang dirancangkan.Case studi sepatutnya sebulan ter”shortcut” menjadi 2 minggu sahaja.Segala-gala berlaku apabila blogpost aku hilang berserta komen-komen sekali pada 14/9.Rujuk entri sebelum ni dan hal ini juga 4 tahun lepas penah jadi sudah.Sedari dari itu terus hilang mood aku nak berblogging, setelah diselidik bukan salah aku, tetapi salah pihak server atau hosting yang menghostkan blog ini.Apa boleh buat terima saja kenyataan.Sedari post dah hilang berserta komen-komen pembaca aku terus hilang fokus dan rasanya nak start balik full case studi mulai esok 1/10 (hope diberikan semangat balik).Keciwa jugak tapi tulah.. semua post bukan ditaja atau dibayar pun maka tak terkilan sangat la.Cuma benda aku dah publish pastu nak kena buat semula tu agak keciwa sikit dan menyebabkan aku hilang fokus kat blog personal dan dan tumpuan terarah pada jenguk-jenguk website English aku yang lain.Apa pun mari kita jenguk apa yang sebenarnya dah berlaku since aku aktif pada 28/8 hingga 15/9 atau kesimpulannya 15 hari ada update post setiap hari dan remaining 15 hari tak update apa langsung sehingga la to date 30/9 which is today.

September_nuffnang

Ok dari gambar rajah di atas dapat dirumuskan trend kemasukan visitor semakin menaik sedari mula aku aktif blogging bermula pada akhir bulan 8 dan trend semakin menurun sebaik sahaja aku stop terus update yakni sebaik sahaja post-post aku hilang pada 14/9.Since pada tarikh tu aku tak update apa langsung post baru maka trend visitor terus menerus turun dan mencatatkan nilai yang sangat rendah pada minggu terakhir September.

awstats_September

Data dari awstat jugak menampakkan peningkatan ketara unique visitor pada bulan September yang mana menjumlahkan hampir 2000 penambahan unik visitor berbanding pada bulan Ogos.Sebelum ada yang pertikai pasai apa data tak sama dengan nuffnang haaa pi belek post-post aku dah cerita pasai pa data setiap sumber berbeza.Ok mari kita jenguk pulak data dari Google Analytics.

Acquistion_Sept

chart_sept_analytic

graph_returning

acquisition_table

Daripada data di atas, dapat ditahkikkan bahawa sumber visitor atau pelawat yang terbanyak datang singgah blog aku adalah dari search engine atau yakni enjin carian seperti Google Bing Yahoo.Dan daripada social atau yakni Facebook lah, mana lagi aku sorang ja dok share link blog aku kat wall aku haha menduduki takhta ketiga dari segi sumber paling banyak pelawat.So plus minus maybe ada dari twitter atau somebody else tershare.Yang lain tu ampa tengok sendiri la pecahan pada carta kat atas.Cuma ramai jugak ye mai balik singgah blog aku yakni ‘returning visitor’ haha walaupun tak fully pun update blog setelah sekian lama berusang tinggal.Google Analytic ni terlalu details dan kompleks dia punya hasil galian data pada setiap website.Screenshot aku amik kat atas tu sekadar yang aku rasa nak bagitau.Padahal memang banyak gilossss data-data lain dan semuanya diberitahu secara “in depth” analysis.Blog ni pun blog personal aku.. takdak pun aiih targeted untuk keuntungan atau ada sasaran jualan maka aku hanya screen shot mana-mana rasa nak tunjuk dah la haha.Tetapi satu lagi lupa ‘bounce rate’ blog ni sangatlah tinggi kira-kira 80%.Kiranya pelawat mai baca dan blah secara pantas dan tuntas sangat tinggi bilangannya.Semakin rendah bounce rate semakin bagus atau pun menjadi penanda aras bahawa blog atau website anda itu ada engagement dengan pelawat.Maybe depa mai singgah baca dan belek post-post lama dan maybe berinteraksi memberi komen atau senang cerita analoginya mai bukan takat bagi salam la.. mai singgah pekena kopi.. sembang-sembang tepi bendang.Website berplatformkan forum memang selalunya akan rendah la bounce rate, jenis yang macam blog ni memang selalu mencanak naik peratusan bounce ratenya melainkan blog tu dah popular giloss.

mobile_visitor_sept

Ok graf kat atas nak bagitau bahawasanya trend mobile atau pun melayari internet dengan smartphone sudah menjadi satu fenomena atau sentiasa menjadi sumber yang paling tertinggi sekali berbanding cara lama iaitu menggunakan laptop.Benda ni memang dah lama pun since 2010 lagi orang dah jangka, cuma saja nak bagitau selepas ini kalo nak develop apa-apa website atau blog, pastikan ianya mobile responsive atau ianya friendly user kepada pelayar-pelayar internet yang menggunakan smartphone.Kalau laman web stail lama jenuh nak zoom kalau surf guna smartphone so jika anda reka bentukkan secara mobile responsive design web atau blog anda sememangnya akan meningkatkan lagi kadar pelawat dari sumber ‘mobile’. Aku pun sebenarnya terus pangkah kalo aku tengok laman web yang jenih nak kena zoom kalo baca, tapi hakikatnya sekarang, kesedaran pemilik laman web sudah tinggi, majoriti design sekarang adalah mobile responsive design.

Kesimpulannya apa? Apa lagi kalau bukan lagi kerap update blog lagi kerap la pengunjung singgah itu saja.CUMA dari segi content kena tengok jugak.WHAT KIND OF UPDATE? Hang copy paste orang punya penulisan kira update jugak.Hang copy dari portal berita pastu terbitkan balik kat blog pun kira update jugak.Adakah dok copy paste cerita orang 100% atau berita yang dah diterbitkan oleh portal berita boleh disifatkan memberi satu kepuasan pada anda? Belum lagi ada blogger yang suka copy paste cerita-cerita berunsur lucah supaya senang tarik visitor dari kalangan remaja dan memberikan jumlah pelawat yang sangat tinggi.

Apa pun menjadi kepuasan bagi diri aku sendiri apabila entri-entri yang aku buat semua hasil penulisan sendiri  ‘pure’ ayaq tangan aku dan mempunyai ‘value’ aku sendiri.Apabila ada yang singgah blog aku dia boleh agak dah cara penulisan aku dan cara penyampaian aku dan apa yang aku provide kan untuk santapan minda pembaca.Wokey, sekian saja update kali ini berjumpa kita entri lain esok.

Facebook comments: