Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Sedar tak sedar tinggal lebih kurang 11 hari sahaja lagi sebelum tahun 2010 menutup tirainya.Sungguh cepat dan pantas masa berlalu meninggalkan kita.Dah lama aku tak bercoret mengenai dunia blogging.So topik kali berkaitan dunia blogging sikit huhu.Tetiba tengah aku dok asyik monetize blog niche terlintas di fikiran aku mengenai persoalan ini (tajuk entri kat atas).Anda semua tahu apa itu domain name atau nama domain? Kalau mungkin ada yang taktau nama domain adalah nama laman web yang anda salu taip kat browser anda itu.Macam blog ini nama domainnya ialah www.aimannajmy.com.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pemilikan nama domain saban ari semakin pantas manusia berusaha untuk memilikinya.Tambah-tambah lagi kalo nama domain itu unik dan berkaitan dengan content blog.Kalo nama domain tuh dalam bahasa melayu rasanya belum ramai lagi la kot berpusu-pusu untuk memiliki brand name yang unik untuk disimpan.Tapi kalo nama domain tersebut dalam Bahasa Inggeris maka memang nama-nama yang unik dan senang diingati konpem dah dimilikinya punyalah.

Selalunya nama yang sedap memang konpem akan dimiliki dulu.Kalaulah dulu pada awal kemunculan internet di malaysia ini anda dah mula fikir nama-nama yang sedap dan unik dan terus beli pastu terus simpan maka rasanya sekarang ini anda mungkin berfikir untuk menjualnya dan mungkin juga anda akan jadi kaya raya.Siapa yang tahu.Bagi akulah (pendapat aku saja) kat Malaysia ni pemilikan nama domain takla terlalu mengujakan seperti mana nama domain dalam bahasa Inggeris.

Katakan anda arini tetiba baru bangkit tidoq ntah mimpi apa anda dapat tetiba anda pun pi beli nama domain www.akumemanghensem.com (sekadar contoh ada nama lain lagi unik dan sedap hohoho). Tetiba after 2 years rupa-rupanya nama domain yang anda miliki itu berkaitan dengan syarikat besar la katakan (sebab apa 2 years,maybe after 2 years kot company tu baru nak maju dan famous huhu).Maybe berkaitan dengan produk atau servis depa.Agak berapa agaknya company tu sanggup bayar kat anda supaya mereka dapat memiliki domain anda itu huhu.

Ok stop kembali kepada topik yang asal.Hehe cam biasalah aku selalunya merepek dulu 2 3 perenggan baru masuk topik yang sebetulnya.Sebenarnya aku terfikir.Maybe aku terfikir terlebey jauh kot huhu.Bolehkah nama domain itu difaraidkan? Misal kata anda ada blog yang nama domain memang unik atau pun walaupun nama domain blog anda tak unik langsung tapi blog anda itu memang betul-betul menjana revenue daripadanya.Anda pemilik nama domain tersebut dan katakan anda meninggal dunia.Pernahkah anda terfikir untuk menfaraidkan nama domain tersebut kepada  anak-anak anda?

Katakan anda tak sempat faraidkan so apa akan jadi kepada nama domain itu.Siapakah bakal pemiliknya.Kalo anda dah kawin ada anak dan bini mungkinkah nanti ada pihak macam amanah raya yang akan menguruskannya? Bagaimana kalo anda masih single? Boleh kah kita bubuh penama kedua seperti mana harta KWSP, rumah, tanah dan sebagainya.Bagi aku nama domain ini macam hartanah online kerana bermacam-macam revenue yang kita boleh jana dan kalo nama itu unik maka lagi lama ianya bertapak maka makin mahal lah nilainya.

Time aku beli domain takdak pun ruangan untuk penama kedua ke apa ke..ke aku yang taktau sememangnya ada.Ntah la huhu..tiba-tiba aku terfikir begini pulak.So aku pun tak reti nak menjawab persoalan yang aku sendiri utarakan.Kalo sesiapa yang tahu hal ini so marilah beri pendapat anda.

p/s :  Kekadang aku terfikir 10 tahun ke 20 tahun akan datang.Mungkinkah nanti pemilikan nama domain adalah menjadi suatu kewajipan dan kemestian..kadang-kadang aku mula berfikir sehingga 30 tahun akan datang apa akan jadi dengan fenomena internet di malaysia ini dan juga dunia amnya. Sekarang ni maybe orang pandang nama domain cam takda makna sangat.Cuba fikir 20 atau 30 tahun akan datang.Silap-silap www.buluhidung.com pun menjadi rebutan untuk beli dengan harga yang tinggi huhu.

Facebook comments: