Ya kini kembali lagi dengan entri blogger terdesak, dulunya blogger tersepit yang mana entri ini juga adalah anjuran rohaizad.com. Sama seperti dulu jugak aku memang takdak idea nak buat entri pasai terdesak ni huhu.Tapi aku cuba jugak pkiaq kan gu mana pun.Idea on the spot sebelum menjelangnya 12.00 tengah hari iaitu waktu due date untuk menghantar blogpost ‘Blogger Yang Terdesak’.Pada mulanya aku nak buat short movie sikit pasai entri terdesak ni.Ideanya mengenai blogger yang tertidur depan PC then bila bangun terdesak nak mengejar waktu imsak.Pastu ada la nak tambah2 effect2 sikit huhu berlari laju pastu makan dengan cepatnya.Hahaha hobi aku membuat movie pendek yang ada kesan khas cam sayugia adiwira (masih dalam pembikinan).Β  Tapi entah camana kesibukan sikit dah draft ngan lukis storyboard cerita pastu tak sempat nak shoot. Entahlah bulan puasa produktiviti jadi sangat lembap nak buat apa2 keja pun. Asal letih ja mula nak buat taik mata.

Oleh kerana movie pendek untuk blogger terdesak pun tak sempat buat, aku nak cerita apa lagi pasai tedesak ni ek huhu.Oh ya baru aku teringat dalam entri minggu lepas aku ada cerita mengenai Taman Jubli. Aku baru2 ni telah pergi ke sana dan aku pun sangat terdesak untuk pergi kerana janji pukoi 3 pastu pukoi 5 baru p.Anda boleh baca sikit kisah selingannya kat sini.Sebenarnya Taman Jubli tak seindah dan seceria dulu berbanding time masa aku kecik2 dulu.Tapi memandangkan ada keperluan mendesak untuk menolong kawan aku pun p jugak lah dengan keadaan terdesak hehe.

Kalo anda tengok video di bawah kesian pulak aku tengok2 budak2 ni nak datang belajar pasai binatang apa pun tadak sangat.Yang ada trak jogging pastu ada la landskap bagi cantik sikit pastu kadang2 boleh nampak besepah kapel2 dok becengkerama bawah pokok.Kalo hari minggu lagi la.Mendesak2 dan terdesak2 kadang aku tgk kapel2 ni dok bekasih sayang ngan pasangan masing2.Huhu bukan nak memburukkan Taman Jubli tapi tulah hakikatnya.Bebanding 10 ke 18 tahun dulu Taman Jubli ni ibarat mini Zoo terhebat la dekat Sungai Petani.Masuk ja kawasan taman mula terdengar unggas2 berkicauan dan pelbagai jenis binatang cam rusa, ulaq, monyet dan bepuluh2 jenis spesis burung.

Taman Jubli…di sini la memori kanak2 aku bermula kerana time kanak2 dulu aku sangat terdesak nak cari kawasan permainan yang indah dengan alam flora dan fauna melainkan kat Taman Jubli ni saja la port bermain.

Aku harap nanti pihak tertentu dapat kembalikan zaman kegemilangan Taman Jubli sama seperti dulu yang mana kaya dengan sumber alam flora dan fauna meskipun terletak di tengah2 bandar Sungai Petani.Tidak lah nanti aku terdesak nak cari tempat yang indah dan damai dengan kicauan fauna sambil bertemankan laptop menerokai dunia blogging.

Video lain kat sini.

Facebook comments: