Hampir tiap-tiap tahun ada saja yang tak puas hati nak hack blog aku huhu.. aku bukannya retis pun.. takpun blog ni bukannlah mencatat jutaan trafik pun setiap bulan.Nak test skill hacking pun pegi la tunjuk protes kat website yahudi israel ka, website korea utara ka, ini blog picisan aku ni hang terhegeh-hegeh nak hack ada untung pa.Hackers yang terdahulu dari Russia, Pakistan ngan India.Yang terbaru ni dari Indon..  Aduii dugaan sungguh la, aku baru ja nak kembali ke arena blogging tiba-tiba kena hack.. what kind of sorcery is this??? Apa pun ianya tak mematahkan semangat aku untuk terus menulis hehe..

lahanat hackers

Kepala hotak lu maniak.. ingat dia sorang ja ka dalam dunia ni tau bab hack mengehack

Aku sebenaqnya taklah mengkaji dengan mendalam mengenai industri bawah tanah hacking menghacking ni.Aku rasa cam malas nak tau lebih-lebih.. tapi aku ada la baca-baca dan tau sikit-sikit macam mana orang hack atau ddos attack ni.Paling selalu dengaq Ping Flooding la (ICMP flood, Smurf attack, Ping of death, or SYN flood).Jenis non-setop query-query ni termasuklah Heavy-duty SQL queries sampai abih telan resources server aku rasa pakai software la kot nak tembak banyak ping ngan query.Bab-bab modify coding ngan scripting haa ni memang aku taktau langsung huhu.Aku rasa truly hackers rasanya mesti conpem tau modify dan manipulate code dan scripting.. Niat nak mengkaji tu ada.. tapi masa pulak takdak.. bukan pa kaji untuk kebaikan.. next time kalo website berharga aku yang lain kena hacked sekurang-kurang tahu nak counter balik.Yela manusia jenis PHD ni ramai..

Apa pun since blog aku dah banyak kali sangat kena hack.. maka aku dah mula start baca-baca sikit-sikit dan sign up forum tertentu mengenai dunia hacking ni.. bukan apa saja nak tau.Time bila website kita nak kena sabotaj kita tak tau.. just prepare saja lah.. dalam realiti dunia perniagaan offline pun ramai yang kaki dengki dan takleh tengok orang senang sikit.. apatah lagi dunia online.. sapa-sapa boleh jadi anonymous dan pedajal website orang.Cuma sedikit ilmu cyber security perlu ada bila mana website yang dikategorikan sebagai ‘money making site’ mula mendapat tempat dalam ranking Google.

Aku harap mamat kat atas tu insaf.. bajet macho hisap rokok buat kemas.. terajang mau?

Facebook comments: