Nampaknya setelah kejadian serangan bulan lepas.. hackers masih lagi tidak serik-serik nak menjahanamkan data blog aku ini.Setelah aku buat penelitian yang mendalam maka aku terpaksa rombak segala structure themes aku yang lepas.Aku dapati bahawa sejak aku pakai free theme yakni newwpthemes, nampaknya kekerapan sampai 3 kali aku kena attack.So aku mengambil keputusan menukar theme blog aku ni ke thesis theme yakni theme berbayar.Walaupun thesis theme perlukan sedikit pengubahsuaian menyeluruh dari segenap aspek (anda bebas nak design ikut kehendak anda), tapi aku hanya design sesimple yang boleh huhu.. nantilah bila mana aku mempunyai masa yang sangat panjang, maka aku akan redesign thesis theme mengikut citarasa sebenar aku huhu.. Renyah sebenarnya nak design sendiri ni.. take time nak ubah coding tu, nak ubah coding ni.. memerlukan masa yang panjang dan santai untuk dapatkan design yang betul ‘superb’.So untuk tidak take for granted.. maka aku hanya design sesimple yang boleh yang sesenang mata melihat huhu..

Theme blog 2012

Haa sejak aku guna theme kat atas ni.. memang kekerapan kena serang sangatlah tinggi ya amat huhu.. satu punca theme ni ada upgrade, aku lupa upgrade dan menyebabkan maybe ada hole yang boleh hackers tembusi, kedua theme free memerlukan links footer theme melekat kat bawah huhu.. cam biasa la aku kalo ada links footer theme bersepah kat bawah rasa macam menyampah nak tengok huhu,, dan link website tu ntah hapa-hapa.Maka aku pun guna sikit kepakaran basic aku untuk remove footer links.. tahu-tahu sajalah bile remove footer links apa akan jadi.Theme akan jadi ceramuk, coding bersepah tak tentu hala dan theme takleh access huhu.. dahulunya kalo nak buang footer links sememangnya mudah sekelip mata.. haha.Hanya masuk bahagian theme editor, masuk kat footer, edit sahaja.Tapi theme percuma sekarang sudah bijak haha.. mereka memasukkan script khas ke dalam php file dan menyebabkan theme takleh access jika hanya sedikit perubahan dalaman dilakukan (walau hanya ubah caption ayat footer).Cam biasa aku kan hacker juga kahkahkah… aku edit code tu code ni, berjaya remove juga footer links.Lantaran itu aku rasa adanya ‘glitch’ kat theme menyebabkan hackers boleh masuk.

Kalo nak dikutkan.. wordpress theme, dan platform theme sememangnya dilesenkan under GPL, means, pendek kata ‘Open Source” dan sesiapa boleh distribute sesuka hati.TETAPI.. mengikut kesedaran Sivik dan common sense, kita mestilah ada rasa tanggungjawab atau sense of feel menghargai penat lelah orang design theme tu huhu.Sebab tu la mereka yang distribute theme percuma mesti akan tempek footer links.Kalo footer links direct ke mereka atau individu yang design aku boleh terima lagi.Ini kadang link mengarut-ngarut.. tambah setengahnya ada link ke casino, gambling dan p*rn.So boleh terima ka theme website anda dilacurkan sedemikian rupa?? huhu… So the thing is.. kalo membeli theme yang premium ni banyak juga faedahnya.. selain ada kesedaran sivik menghargai designer dan boleh remove footers link, website/blog anda juga selamat sebab ianya sentiasa upgrade disamping anda akan dapat full support dari team yang membina design tersebut.Kalo cemei’ (bahasa kedah) ja.. in case apa berlaku nak redesign atau restructure camna, kalo tersalah coding, masuk hackers masuk huhu.

Seperti mana yang aku dah abaq dahulu.. thesis theme ni ibarat kain putih atau kertas lukisan yang kosong huhu.. anda lah mencorakkannya dan menentukan hala tuju reka bentuk dan struktur web/blog anda itu.Ianya tidak seperti theme premium berbayar yang lain yang mana, beli sahaja design dah siap lengkap semua just guna sahaja.Thesis theme membolehkan anda bebas berkarya ibarat melukis dan mewarna di atas sebuah kertas lukisan putih huhu.. tapi aku memang takdak masa gila nak design superb-superb dan gempak so aku just men hantam dulu nampak senang mata melihat jadilah.. nanti bila mana aku rasa aku betul-betul ada masa yang panjang dan santai taktau nak buat apa, maybe aku redesign balik dari A sampai Z.. huhu so hasilnya seperti dibawah lah.. dan sekarang hehe.Simple ya amat kahkahkah… baik aku guna default theme WP ye tak twenty ten.. buat rugi beli premium haha.. takpa di suatu masa aku akan kembali redesign dengan lebih sempoi huhu..

blog theme

Aku harap pasni hackers tak serang lagi dah dowh huhu.. bosan aku asyik terhenti blogging bila mana site asyik down.Haa theme terbaru ini adalah “responsive” design.Bermakna anda boleh melayari pada mana-mana peranti macam tablet, smartphone atau apa saja saiz screen yang ideal untuk smartphone tanpa perlu zoom in nak baca.Andai anda biasa melayari website menerusi smartphone (android atau ios) tentu anda perasan setengah website akan memaparkan paparan sama seperti di desktop PC anda atau laptop anda.Dengan saiz yang kecik di smartphone.. apa lagi anda perlu buat selain daripada zoom untuk baca haha.So dengan datangnya responsive design segala jadi mudah, dan anda tidak perlu zoom lagi huhu.. hanya perlu scroll guna mata (andai anda guna Samsung Galaxy S4 huhu). So cer try bukak blog ni sekarang dengan smartphone anda itu huhu..Sekian sahaja update kali ini.

Facebook comments: