Jika blog anda blog biasa saja, hanya cerita-cerita pasal diri sendiri dan minat sendiri (macam blog ni lah) maka percayalah berjuta-jutalah nilai Alexa rank anda huhu.Yang mungkin baca blog anda itu hanya mungkin kawan-kawan terdekat, sedara mara kot itu aja lah.Tambahan pula anda pula bukan penggiat SEO.Men hantam saja tulis syok sendiri..(pun macam blog ni jugak huhu) tak terfikir langsung pasal keyword research, google trends, on/off page SEO, keyword density dan sewaktu dengannya.So satu cara paling senang sekali nak dapatkan traffik ialah melalui blog commenting.

Dulu.. awal tahun dulu.Memang aku kerap gila melakukan blogwalking + blogcommenting.Tapi sejak 3-4 bulan yang lepas termasuk bulan ni aku dah cam malas tahap cipan, jadi silent reader je bila blogwalking.So traffik merudum tahap teruk huhu.Aku ada koleksi blog yang aku bookmark kat browser dekat 200! Semua aku singgah dan tinggalkan komen.Aku pulak bukan kaki spammers yang hanya cakap “sempoi artikel ni”, “best”, takpun letak smiley je huhu.So makan masa sikitlah bila nak taip komen panjang-panjang dan relevan.Stail aku bila berblog commenting ianya akan makan masa seharian suntuk.Dari pagi sampailah ke malam.Pastu sambung pulak esok huhu! Sebabnya aku harung  semua sekali yang aku bookmark tu huhu.

Tu cerita 4-5 bulan lepas haha… so bila dah lama tak buat memang merudum lah traffik.Ampa check la sendiri kat Alexa kalo gigih nak check haha.Ntah  la aku sekarang cam dah tak amik kisah blog personal aku.Aku dok tumpu blog niche aku ja.Tapi pasni nanti aku nak launch karya terbaru aku so terpaksalah start balik buat blog commenting ni huhu! Itu ja cara nak dapat perhatian hehe.. malas aku nak main SEO untuk blog personal aku ni.. biar je la natural traffik haha.

Blog commenting juga merupakan aktiviti ‘sambil menyelam minum air’.Sebabnya selain anda boleh promosikan blog anda di ruangan komen, anda juga telah tinggalkan backlink.Lagi banyak anda buat lagi bagus dan kalo datang dari sumber IP yang lain juga lagi bagus huhu.Janganlah cari platform blogspot saja semua.Carilah blog-blog yang selfhosted.Tu lagi kaw dan bernilai di mata Google hehe.Selain tu bestnya blog commenting ni anda boleh dapat banyak knowledge, banyak ilmu, banyak kawan dan juga menilai karenah penulisan yang berbagai.Ada yang skema menulis, ada yang selamba mencarut ikut dan je, ada yang bersahaja dan santai, macam-macamlah gaya penulisan.

Bila anda kerap singgah tuan punya blog, maka tuan punya blog akan perasan punyalah dan konpem akan singgah balik.Dia pun nak curi sikit-sikit traffik dari blog anda juga takpun dia mengamalkan konsep hukum karma hehe.Hang singgah blog aku, aku singgah blog ang balik hehe.. ramai yang buat camtu.So kalo anda nak dapatkan ramai pengikut setia blog anda takpun ramai pengomen blog anda… maka rajin-rajinlah kerap buat aktiviti blogwalking plus blogcommenting.So boleh disimpulkan.

Blogwalking + Blogcommenting = Traffik + Kawan Baru + Ilmu + Backlinks

Tapi sejak dilanda kemalasan aku hanya buat…

Blogwalking + Silent Reader = (Ilmu) + (Traffik + Kawan lama + Backlinks)(x) , x adalah 0

= ???

TETAPI KALAU

(on/off page SEO)(targetted anchor text) + (blogwalking + blogcommenting) = (2 x traffik) + ping (backlink + indexing boost) + (ilmu + kawan baru) + ($$$)

hahaha… ni blog personal aku ja..tadak pasai aku nak buat formula panjang cam atas sampai dapat income.

Apa-apa pun aku nak tumpu dulu blog niche aku bagi sempurna dan autopilot maka bolehlah aku kembali memeriahkan kembali dunia blog commenting aku cam dulu.Aku tengah siapkan video montaj untuk pengenalan Sayugia Studio yang baru.Pastu pulak nanti nak lancarkan karya terbaru so maka bolehlah buat balik aktiviti blog commenting.Buat masa ni biaq pi lah traffik merudum pun huhu.. akhir kata buat mereka yang mungkin selalu singgah blog ni rajin-rajin le bagi komen hehe..

Facebook comments: