Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Pernahkah anda berurusan dengan dunia online? Mesti lah pernah ye tak.Bayar bil,beli barang, isi borang, apply tu apply ni dan macam-macam lagi urusan.Meh kita skopkan lagi pengecilan.Pernahkah anda cuba-cuba berurusan dengan individu yang berada dalam forum luar, yakni forum luar negara.

Bagi aku untuk berurusan dengan mereka-mereka yang berada dalam forum antarabangsa memerlukan kepercayaan yang sangat tinggi.Kalo cam forum tempatan, kalo seseorang tu nak menawarkan servis yang tak berbaloi ke, tipu ke still lagi boleh buat repot atau cari individu tu jika dia tinggalkan alamat atau maklumat berkaitan.Pendek kata aku dah pernah la deal ngan forumers tempatan.No problem setakat ni.Yang penting kita kena tau reputasi forumers tu dan review tentang/servis atau produknya oleh forumers lain.

Aku sebenarnya baru berjinak-jinak menggunakan servis dari individu yang berpengkalan di forum antarabangsa.Sapa bloggers sejati mesti tahu forum-forum feymes cam Warrior,DP,Namepro dan maybe ada lagi yang famous-famous yang aku lupa sebut.Dan cam biase servis yang ditawarkan oleh forumers ini ada yang murah, ada yang berbaloi ada yang tipu nak kaut untung lebih dan macam-macam lagi.Dan kebanyakan mereka ini datang dari negara India.

Kadang-kadang bila aku nak cuba satu-satu servis tu mesti aku pikiaq banyak kali.. Eh betul boleh percaya ke ni, tengok +rep/positive feedback macam ok, review sorang dua je, err nak try ke tak try.Last-last aku tak try pun, sebab aku tak yakin hahhaha.Dan penah juga aku cuba-cuba try backlink services.Dan yang kebetulan apa yang aku cuba-cuba nak riki dan percaya servis yang ditawarkan adalah datang dari negara Pakistan.Setakat ni dah dua orang mamat Pakistan dah deal ngan aku.Tak pernah lagi try mamat/minah dari negara India yang selalu disebut-sebut sangat murah servisnya.

Servis mamat dari Pakistan ni sangat tip top, dan mereka juga adalah saudara semuslim.At least dapat jugak tolong-tolong sesama muslim hehe.So aku hanya perlu tunggu sebulan dua, dan tengok berkesan ke tak berkesan servis depa ni hehe.Selalu aku tengok +rep tinggi dan banyak review dari forumers lain baru aku berani cuba-cuba.Pernah gak aku borak-borak ngan mamat pakistan ni huhu, bukan calang-calang orang gak, ada yang ngah study master dan sambung degree.Taktau la kot depa saja buat cerita tapi tengok muka pun educated dan penulisan BI pun mantop.

Gambar hiasan : Pakistani

TAPI paling memonopoli adalah individu dari negara India..perghh sakan depa ni! ramai sungguh menawarkan servis tu, servis ni.Dalam thread services tu atas sampai bawah depa ja hahaha! Cuma tinggal nak percaya atau tak je.Dan aku belum berpeluang mencuba servis depa huhu.Walaupun murah kadang-kadang tapi kena kerja kena la kualiti jugak.Ni men pakai software je nak keja mudah, si Oyen pun boleh buat haha.

Kesimpulannya kalo nak cuba servis dari depa ni yang penting kena tengok feedback score dulu, atau setengah forum +rep score, pastu review dari senior member atau nak lagi penuh keboleh-percayaan, moderator forum tu sendiri bagi review.So bila kedua-dua faktor-faktor dah memuaskan ati anda maka anda boleh cuba servis tersebut dengan senang hati.TAPI, ada juga yang kali pertama tawarkan servis dan untuk menarik perhatian depa bubuh harga sedikit murah, dan bonus tu bonus ni.Bab yang ni anda kena gamble je lah huhu sebab belum ada sapa bagi +rep dan review.Dan aku penah cuba (cerita mamat pakistan kat atas), dan syukur tak kena scam lagi setakat ni.

 

Facebook comments: