Nampaknya masa begitu pantas berlalu.. sepantas kilat halilintar.Aku rasakan sekejap saja masa mengejar.. aku merasa sangat sedih kerana aku tinggalkan blog personal aku ini pada tahun 2013 dengan tahun yang agak suram dengan post-post dan kekerapan mengupdate.Hari-hari yang berlalu begitu pantas.. dari minggu ke minggu.. bulan ke bulan.. akhirnya tahun ke tahun.. tak sangka sudah 4 tahun blog ni beroperasi dan aku sangat sedih aku hanya mampu aktif pada awal-awal blog ini ditubuhkan.. bermula kira-kira awal 2012.. segalanya hambar dan slow dengan update.. singgah tetap singgah.. jenguk saja la.. kadang-kadang mood nak menulis tak seperti tahun 2010 dengan 2011.Tahun 2012 dengan 2013 banyak sangat benda yang aku nak fikir sampai aku kadang-kadang takdak mood nak mengupdate blog tapi itu bukan alasan… Alasan kadang-kadang menyebabkan manusia menjadi semakin malas dan malas.Rasanya tahun lepas aku boleh kira dengan jari berapa kerat saja aku singgah dan update.Ditambah pula aku jarang sekali blogwalking singgah blog kengkawan.Memang lagi sepi lah blog ini… dan tahun 2014 datang lagi.

Seperti tahun-tahun lepas.. bila awal tahun saja macam biasalah.Sapa yang pernah kerap follow blog ni tentu akan perasan haha… awal tahun saja konpem theme akan bertukar.. kononnya lebih semangat akan menulis dan memberikan satu impak untuk update dengan lebih kerap.So here we go.. tahun 2014 blog aku bertukar lagi theme yang lebih mesra dan friendly user terutama kepada yang suka surf melalui mobile version.Ianya theme yang responsive dan kalo surf melalui smartphone atau tablet sememangnya jadi mudah pabila takyah susah-susah nak zoom in dan zoom out nak baca text.Segalanya sudah disnychronize dengan sempurna bergantung kepada screen size henpon anda atau tablet.Maka seperti biasalah.. awal-awal tahun ni semangat berkobar-kobar nak menulis balik.. dan aku berharap ianya tak terhenti separuh jalan atau hangat-hangat tahi ayam macam tahun 2013 haha… tapi at least aku kerap jugak la update.. tahun lepas sebenarnya memang niat aku nak fully update post mengenai tips-tips berkaitan IM dan SEO.Tapi tulahhhh.. macam aku dah cakap seribu kali sebelum ni haha.. alasan itu kawan baik kepada si pemalas huhu.

So mari kita imbas kembali theme atau design yang aku telah guna dan tweak sedari 2010 hingga kini

Theme blog 2010

Tahun 2010 punya cerita.. time ni aku aktif mencipta lagu dan kerap updates haha

Theme blog 2011

Tahun 2011.. tahun ni pun boleh kata kerap update dan kerap blogwalking nonstop..

Theme blog 2012

Tahun 2012.. haa tahun ni memang zaman kejatuhan blog aku hahaha… dengan kurang update.. dengan kurangnya blogwalking.. abis terus jatuh alexa rank dan pembaca setia juga mula melarikan diri ke blog lain hahaha

Theme blog 2013

blog theme

Haa dua theme tu memang tahun 2013.. cubaan pertama aku saja-saja nak design sendiri dari kosong… then situasi sama cam 2012 punya tahun.. dah jarang update.. jarang blogwalking.. sepi dan terus sepi blog aku tanpa sebarang pengunjung.. bak unta di padang pasir yang gersang huhu

theme 2014

Haa ini theme untuk tahun ni 2014.. hahaha.. tukaq theme ada la semangat sikit.. ini pun aku tweak sikit design dari thesis.. try tu try ni.. nampak sedap mata memandang sudah la… yang penting content ye tak… theme dasat dan macho pun kalo tak pernah berupdate bek tak yah huhu.Theme ni pun responsive… nak baca kot tepon syok la sikit.

Apa pun seperti biasa… di kala dah masuk pertengahan tahun baru ni.. aku pun lebih kurang berazam untuk majukan atau untuk mengkerapkan update ini blog.. nampak macam benda sama aku cakap tahun lepas haha.Ok think positif.. mana tahu tahun ni sangat produktif haha.Aku akan cuba la menjauhkan diri dari pesbuk yang jahat itu haha.Salah pesbuk pulak kan padahai diri sendiri takmau singgah update.Diharapkan dengan siap theme baru ni.. aku akan lebih berkarisma mencari idea dan mencuri masa untuk kerap update ini blog dengan pelbagai intipati dan tips yang menarik selari dengan objektif penubuhan blog ini.Aku juga akan mencari kekuatan untuk mengadakan semula aktiviti blogwalking dengan lebih kerap huhu.. aku merindui zaman 2010 ngan 2011 di mana kekerapan aku singgah selalu blog orang sangat lah tinggi.. sampai hari-hari singgah ibarat facebook kedua haha.Ok setakat ni saja kot bebelan aku yang tak seberapa jumpa di entri seterusnya.

p/s : Tambahan…sapa teringin nak belajar thesis boleh la aku ajar sikit-sikit tapi kena melalui aku dulu lah ahaha.. means beli melalui link aff aku hahaha

Facebook comments: