(pinjam lagu tribago jap) Dummmm pom pom………… dummm pom pom…… Content yang sama….. Dummmm pom pom…  penulis yang sama….. dumm pom pom… tetapi nama domain berbeza. So blog ini actually fully content dari blog lama aku iaitu aimannajmy.com. Ada sebab tertentu yang mana aku terpaksa berpindah ke domain baru. Setelah 6 tahun lamanya guna nama aimannajmy.com sudah memang satu keputusan yang berat sebenarnya. Ada kesilapan yang tak perlu aku cerita kat sini yang menyebabkan aku terpaksa berpindah hosting dan nama domain baru.

Aku sebenarnya nak kekal dengan nama lama.Aku telah terlepas tarikh expired domain dan perlu tunggu lagi sebulan untuk tempoh redemption period maka baru boleh purchase nama domain lama aku. If gigih juga nak dapatkan nama domain aku balik, perlu bayar 300 which i think tak berapa berbaloi.In fact nama domain aku tu bukan macam nama besar dalam industri atau nama famous hahaha.Atau blog yang mempunyai berpuluh ribu pengikut.Atau blog yang konsisten income.It is just blog personal aku yang hidup segan mati tak mau huhu.Setelah aku fikir panjang dan analisa blog lama aku.So takpalah everything boleh redirect balik nanti dan dari analisa SEO blog lama aku pun bukan hebat mana pun dan takdak langsung yang memberikan impak yang cukup besar sama ada dari segi traffik atau kedudukan dalam enjin carian.

Setelah aku buat carian dan mengkaji macam mana hendak transfer dari domain lama ke domain baru tanpa efek kepada content dan juga if ada a few web page yang optimize sedikit kat enjin carian pun takkan terjejas, maka aku decide untuk tukar nama domain.Proses tu mula-mula agak tedious, tapi setelah recap balik cpanel rasanya tak susah mana pun.Cuma ada a few thing kena bear in mind, terutama ada plugin tertentu kena install dan perlu maklumkan kepada Google Webmaster Tools bahawa nama domain kita telah tukar. Sementara everything tengah fresh memori, maybe aku akan buat sedikit penjelasan atau tutorial mengenai proses pertukaran ini.

Macam mana aku boleh come out dengan nama domain ni? Huhu aku pun tak pasti.. it is just come into mind when i sort out a list untuk nama domain ni. Pada mulanya, memang aku fikir jugak nak stay dengan nama lama which is aimannajmy.com tu dan perlu gigih tunggu lagi sebulan if nak jugak nama tu.Dan with a few reason macam aku sembang kat atas, then aku decide nak tukar sajalah.Antara reason lain adalah nama bermula dengan aiman ni dah cukup ramai personaliti kat alam nyata atau alam maya dan sememangnya ianya nama popular dan untuk aku stand out among the crowd memang agak susah dan totally perlukan effort yang lebih.Aku cuma just nak terfikir nama selain dari nama aiman. Lepas tu aku decide nama kedua iaitu Najmy.Tetapi dah ada la pulak yang dah purchase nama domain tersebut.Try pulak Najmi pun still ada jugak dah ada orang ambil.Setelah fikir-fikir aku just letak imnajmi. Ianya membawa maksud yang agak tersurat dan tersirat. Pertama sekali tengok orang akan mendefinisikan sebagai I AM NAJMI dan dishortkan menjadi IMNAJMI dan mencerminkan nama aku atau macam memberitahu akan nama aku kepada sesiapa yang singgah blog aku.

Pada mulanya aku macam nak letak IMNAJMY, ntah macam aku tengok word IM dan MI kapit nampak macam lagi best dan wording sekali pandang nampak macam best huhu mana tahu kot2 ke depan nanti boleh design macam best sikit ada word kapit maka final decision adalah imnajmi.com. Dan kalau isi tersiratnya pulak gabungan ringkas perkataan-perkataan atau just scrabble word dari nama asal aku iaitu aiman najmy.Dan kemudiannya isi tersirat lagi yang aku just fikir-fikir sekali lalu setiap abjad juga boleh memberikan satu ayat.Contoh macam di bawah.

logoimnajmi

Internet Marketer Nerds And Just Myself Indeed

Maka perkatan IM pada awalnya membawa maksud Internet Marketer, memandangkan aku dah berkecimpung dalam dunia internet marketing ni dah dekat 5 tahun.Dan perkataan last NAJMI cuma aku nak lengkapkan struktur ayat bagi nampak cantik.Untuk menggambarkan blog ini berkenaan diri aku, bila berkaitan dengan diri aku so membawa maksud berkaitan dengan apa aku buat, apa aku minat, apa aku suka.Hakikat pokoknya tentu topik utama tentang internet marketing dan yang lain berkaitan dengan diri aku.Selain itu aku juga ada terfikir abjad-abjad itu juga membawa maksud yang lain contoh seperti di bawah.

I = Internet

M = Marketing

N = Network

A = Arts

J = Jamming

M = Myself

I = Interest

Maka setiap abjad memberikan gambaran topik-topik dalam blog aku.Sapa yang pernah follow blog aku sebelum ni iaitu aimannajmy.com, anda mungkin tahu topik apa yang salu aku coretkan dalam blog aku.Hakikatnya sama sahaja huhu.Selain core topik iaitu berkaitan dunia Internet Marketing, aku juga minat muzik, minat mencipta lagu, minat jamming, minat melukis kartun, minat menulis hal-hal lain dan juga segala apa yang aku rasa nak tulis.Maka setelah membuat pertimbangan sewajarnya, maka akhirnya aku memilih nama domain ini hehehe.Kemungkinan perlukan sedikit masa bagi mereka yang dah biasa berkunjung ke blog aku ini untuk rename ketika taip kat browser atau get used dengan nama baru ini.

Ada apa dengan nama? Huhu.. Kalau nak diikutkan sejarah peradaban dunia internet ni kadang-kadang nama pelik-pelik boleh jadi something yang hebat atau wow di masa hadapan huhu.Banyak la contoh nama yang takdak kaitan boleh bagi something in future.The thing is, macam mana anda bangunkan atau brandingkan nama itu atau associate nama itu dengan apa-apa yang anda tawarkan.Contoh semua orang dah tau, Google, dulunya 15 tahun dahulu, eh orang dengar apa ke benda ni, takpun Facebook, dulu dengar eh pelik benar, takpun Yahoo, Tumblr, Moz, Lazada, Zazzle dan macam-macam nama lagi yang sekali baca atau dengar tak memberikan apa maksud sangat pun, tetapi yang penting jenama tersebut mampu berdiri dengan gah dan stand out among the crowd dengan kandungan atau servis yang ditawarkan.

Begitu juga dengan dunia blogging ni, atau personal blog macam aku ni.Kandungan unik adalah kunci kepada kemahsyuran nama atau penjenamaan blog.Untuk berjaya dalam dunia blogging ni semestinya CONTENT IS KING. Pelawat nak info nak baca nak something untuk santapan minda.Kalau blog pun suram, update pun sekali skala, blogwalking pun tak penah, kandungan pun kopi pasta, page facebook pun takdak.Akhirnya blog itu jadi blog suka-suka dan tak mendatangkan sebarang pulangan.Sesiapa sahaja boleh berjaya dalam dunia blogging jika hatinya kental sentiasa update dengan coretan terbaru dan blog post ayaq tangan sendiri.Kita tidak boleh lupa dalam kelompok atau segmen-segmen tertentu masyarakat Malaysia memang jenis suka membaca.Berapa % itu taktau la pulak kan hehe.Try buat kajian tengok.Maka sesiapa yang berminat dengan dunia blogging, masa depan tetap ada, cuma pada peringkat awal hati perlu kental membina jenama sendiri dan menawarkan kandungan sendiri dan bertapak sedikit demi sedikit.

Maka macam agak panjang juga aku berceloteh ni hehe. So selamat datang ke blog baru aku hehe, actually blog lama yang dibarukan nama hehe. Moga dengan penjenamaan baru blog aku ini dapat meningkatkan keyakinan dan juga mampu memberikan suntikan semangat untuk aku terus berblogging.

Facebook comments: