Aku telah menyediakan satu kategori entri baru untuk blog ini.Ianya adalah My Ayaq Tangan Komik.So segala komik yang aku hasilkan akan diletak pada kategori tersebut.Sila klik untuk tengok-tengok haha.. tapi buat masa awai-awai ni.. takla banyak sangat lagi komik yang aku hasilkan.. salu every weekend.. untuk habiskan masa lapang memang kadang salu aku suka melukis hehe.Kenapa tetiba aku tetiba rajin buat komik? Hahaha.. eh dah lama kot aku berkecimpung dalam aktiviti lukis-lukis ni kot haha.Bagi mereka yang baru kali pertama berkunjung ke blog ini memang tak penah tau kot.. selain aku suka bermain muzik dan mencipta lagu.. aku juga suka melukis kartun tak pun karikatur.Dulu aku ada buat satu entri mengenai karikatur yang aku lukis dengan Samsung Galaxy S2… haha klik la pautan tu nak tau haha.. dan untuk mengimbau kat sini dan kat sini juga.

You know saja syok-syok hobi… even sapa yang kenai aku sejak dari kecik.. memang sangat paham perangai aku yang suka lukis ni.. atau orang utagha panggil contiang-contiang haha…. Masa aku lukis dengan S2 tu memang agak mencabar la sebab pakai jari… hahaha.Sejak aku memiliki gadget baru yakni Note 3.Segalanya jadi mudah haha.Yelah adanya stylus.. maka segala sketching menjadi lagi mudah.So pendek kata.. segala komik yang ada pada kategori baru tu sememangnya dilukis dengan Note 3.Bagi mereka yang mungkin nak tau mengenai Note 3.. sila baca review aku nanti atau ulasan penuh Samsung Galaxy Note 3 berdasarkan penggunaan dan perspektif aku.So gambar di bawah adalah hasil yang aku lukih ngan Note 3 haha.. then bila dah siap banyak.. then baru terfikir nak buat satu kategori entri baru untuk blog ni haha.

Koleksi sketching kartun

So semoga terhibur dengan komik-komik hasil nukilan aku nanti yang diupdate maybe setiap minggu atau tengok pada kerajinan melukis haha.Dengan wujudkan kategori entri baru ini setidak-tidaknya blog aku akan rajin terupdate selalu instead of aku nak mencari masa nak menaip entri berinformasi haha.. lukis komik sonang saja.. sengah jam ke sejam dah siap haha.. dah leh post ke entri terbaru.So blog aku ini tidak lah usang dan sepi sangat.. at least ianya berupdate walau hanya secebis komik huhu.Kalo bab nak menulis ni kadang-kadang perlukan mood jugak.. hati aku masih belum kental lagi untuk update blog dengan menulis setiap hari haha… memang dalam perancangan aku nak hidupkan blog ini pada tahap kerajinan update dan kerajinan menjemput pembaca baru.Apa pun tunggu ‘eksperimen’ aku betul-betul berjaya baru aku aktif kembali berblogging seperti dulu haha.Akhir kata… selamat membaca kategori baru yakni My Ayaq Tangan Komik!

Facebook comments: