Apabila bertanyakan soalan demikian.Aku yakin dan pasti bahawa jawapan yang akan diberikan bergantung kepada setiap individu sama ada dia hanya baca saja kat internet, atau individu yang betul-betul menyelami dunia SEO.Sebagai orang yang berkecimpung atau mengkaji dunia SEO beberapa tahun lamanya, jawapannya tentulah YA.Masih relevan dan tetap relevan selagi adanya dunia internet.Sehebat mana sekali teknologi robot, ianya tidak akan dapat menandingi langsung cara manusia menilai dan berfikir.Sebagaimana kita tahu, dunia IT dan digital sentiasa akan berkembang seiring dengan kepintaran buatan atau AI.Enjin carian berubah dari tahun ke tahun, sama seperti software perkomputeran yang memerlukan naik taraf seiring dengan canggihnya sistem yang memerlukan kepintaran buatan baru.

Ok sebenarnya, di sini aku ingin membuka rahsia, aku langsung tak mempunyai background dalam bidang IT so haha nak sembang kemas lebih-lebih memang tampak seperti ayat karangan SPM kertas 1 huhu, asal bagi nampak panjang. Realitinya background pendidikan aku adalah dalam dunia engineering, lantaran dari itu, pabila aku mengkaji dunia SEO, aku memang lebih tengok dari aspek data dan algorithm.Aku tetap menganggap, enjin carian seperti Google, Bing dan Yahoo adalah “software” dan bertindak mengikut arahan yang telah ditetapkan atau “signal” yang perlu.So sapa ada background programming atau tau bab-bab coding dan skrip boleh faham lagu mana software tu berfungsi.Pemahaman dunia SEO ni memang berbeza setiap orang, atau pelbagai aliran pendapat mengikut apa yang telah dieksperimenkan.Ada orang dia try method A berjaya, pastu dia canangkan inilah yang Google mau, pastu ada orang lain method B, dia pula canang inilah sebetulnya.Hakikatnya hanya Google dan team engineer mereka saja tahu rahsia sebenar atau algorithm sebenar bagaimana enjin carian berfungsi.Tetapi the “core algorithm” tetap sama.Hanya perlu twist maybe sedikit itu dan ini.

Hakikatnya kita takleh tipu bab data.Numbers is always right.Aku punya pandangan memang tetap bersandarkan bahawa Google tetap robot! Dia bertindak mengikut signal dan arahan.Berbillion-billion web page, berjuta-juta laman web di alam maya ini.Mana mungkin setiap satu pekerja Google akan baca dan nilai.Haa ok website ni kandungan dia terbaik tak copy paste, penulis dia terkenai, video dia aku suka, haa aku bagi kat dia duduk nombor 1 dalam Google bagi carian keyword “iphone7 casing” (sekadar contoh). Mana mungkin kalo 1000 website buat content yang sama, jenuh la hai ada penilai nak nilai satu-satu macam pertandingan la pulak.So we look at the data, the numbers, the pattern, the algorithm, then baru boleh tau Oooo macam ni rupanya enjin carian melihat signal untuk rankingkan website.Ada 2 sebab utama dan 1 sebab tambahan mengapa aku katakan SEO masih relevan untuk tahun 2017.Mai kita baca kat bawah.

Teras Algoritma Masih Sama

Sesiapa yang mengkaji dunia SEO secara mendalam, dia memang boleh agak teras algoritma enjin carian ni apa. Bagi aku teras utama algo enjin carian tetap BackLink! Ok benda ni sangat debatable, sampai ke sudah takkan pernah abih. Setengah orang akan anggap, ahhh backlink tak penting, yang penting content! Ada pulak menganggap… SEO ni senang je, kau kena kerap update website kau, nanti dia naik sendiri… Macam aku cakap tadi, setiap orang ada pendapat sendiri yang kalo dia buat berjaya, haa dia kata method dia tu betoi. Hakikatnya, bila hang mindset pikiaq bahawa Google tetap robot hang akan kaji dari segi aspek data, pattern dan juga signal. Aku takmau ulas secara details, nanti entri ni akan jadi buku ilmiah dan 8 hari 8 malam takkan abis. Kemungkinan background aku dulu mengaji mengenai kejuruteraan telah mendidik minda aku ni, apa pun mesti ada “prove” mesti ada bukti! Katakan keluli A boleh bengkok pada beban 1000KG, tetapi kalo tambah chromium, boleh tahan sehingga 1500KG beban sahaja. Haa sebab apa bukan 1600 tetapi 1500 (contoh hentam saja).Haa perlukan pembuktian dari segi pengiraan data dan formula sains molekul (yang tentu asasnya matematik). So katakan website A boleh ranking lagi atas dari website B.Hakikatnya website A penulis tak terkenal langsung, cerita merapu, tetapi dia boleh duduk nombor 1.. haa masa ni lah pembuktian dari segi data teknikal kerana Google bertindak mengikut formula yang telah disetkan.

Mari kita tengok contoh.Aku cuma nak tunjuk contoh simple sahaja.Mari kita usya keyword tempatan dulu.

So sebagai contoh, katakan carian kata kunci resepi.So betapa hebatnya website myresepi dia boleh conquer no 1 dengan no 2 terus haha.Lazimnya orang akan klik 3 tempat teratas sahaja huhu.Mai kita tengok dari aspek data.Sebenarnya banyak software atau tools nak gali data mengenai website ni, ada yang web based, ada yang kena install, so sekadar contoh kali ni aku guna Majestic SEO dan untuk galian data free agak terhad info,Nak lagi detail kena ambil plan berbayar

So aku takmau cerita apa kejadah output data ni, kang 8 hari 8 malam tak abih taip, cuma tengok dekat anak panah tu iaitu referring domain.Iaitu apa yang aku cakap tadi Back Link. Ok backlink ada 2 jenis, internal backlink dengan external backlink.Ini sapa yang baru tau dunia SEO ni akan maybe pening sikit. Senang cerita aku refer kepada “unique backlink” iaitu backlink yang datang dari domain yang unik.Maka website myrespi ada terdapat 102 website yang berlainan yang hubungkan atau linkkan kepadanya.

Haaa gambarajah di atas menunjukkan sumber-sumber backlink berkenaan.So cuma ada 5 yang dipaparkan, sepatutnya ada 102 macam aku terangkan kat atas. So mari kita tengok tempat ke tiga pulak hasil carian iaitu iaitu blogopsi.

Ya daripada gambarajah ditunjukkan bahawa 4 referring domain atau 4 “unik backlink.Aku nak fokuskan bab backlink, kang satgi cerita bab graf, bab carta apa semua lagi serabut huhu. Mai kita tengok no 5 pulak hasil carian.Aku skip no 4 sebab ianya melibatkan Facebook haha, nak gali data Facebook, berjuta-juta backlink macam tak best nak banding haha.Ianya dikategorikan dari sumber social media.Bab social media dalam senarai enjin carian, itu nanti cerita lain.Sebab kadar kekonsistenan social media dalam enjin carian ni kadang dinamik.Kita fokus pada website.

So pada tempat ke 5, website resepi malaya mempunyai 11 referring domain atau 11 “unik backlink”.Eh tadi aku cakap, core algorithm backlink, ni apa pasai yang ada 11 backlink boleh duduk bawah dari 8 backlink sahaja.Haa jawab.. jawab. Huhuhu… jawapannya ianya bergantung kepada kekuatan backlink itu. Backlink itu dari sumber mana? Backlink yang datang dari sumber yang dipercayai dan mempunyai nilai tinggi.Kalo anda pengkaji data SEO anda akan dapat tahu kekuatan backlink dikaji dari sudut DA atau domain authority.Dulu kekuatan backlink dinilai dari sudut PageRank iaitu suatu algorithm yang Google sendiri bok keluaq, then dia sendiri yang terminate haha.Contoh, jika website resepi anda di link kan kepada asian food channel punya website, nilainya sangat power berbanding jika anda hanya link kan website kepada link-link bertaraf blog atau picisan bookmark. Ianya complicated untuk diterangkan.Aku tak pasti berapa ramai pembaca blog aku yang dah kaji SEO lama dan mungkin ada yang first time dengar word SEO, so hadam sajalah huhu. So blogopsi nilai backlink DA sangat tinggi dari resepi malaya dan sebab itu dia mampu menjengah naik lagi dari atas.TETAPI kedudukan dalam carian TAKKAN pernah tetap.Ianya DINAMIK dan sentiasa berubah-rubah mengikut database index.Kemungkinan esok lusa resepi malaya dapat potong blogopsi.Tetapi nak potong myresepi, ianya secara average memerlukan nilai backlink seperti di atas.

So daripada data Google, dalam sebulan average 10,000 ke 100,000 yang search kata kunci “resepi”.Fuyyyooooooooooooo… tengok berapa ramai pengunjung website myresepi dalam sebulan! Dan juga ranking-ranking bawah juga dapat tempias.So katakan dia optimizekan PPC sahaja atau dapat keuntungan dari pengiklanan. Kita amik nilai average.

50,000 pengunjung, katakan paling koman piau, 5% sahaja dari tu yang klik iklan di websitenya. Maka…

50,000 x 0.05 = 2500

Maka kalau katakan 1 klik kos RM1, maka sebulan dari pengiklanan mendapat sebanyak RM2500 sahaja. Tak perlu buat apa-apa. Andai kata dia menjual ebook ka, dia nak menjual makanan ka, 50, ooo pengunjung berpotensi membeli produknya… pakcik kayoooooooooooooo. Berita terbaru dalam beberapa minggu lepas, kandungan website myresepi dibeli dengan harga BERJUTA.  YES JUTAAAAAAAA (bersama dengan website lain). Ini sumber beritanya, http://www.theedgemarkets.com/my/article/rev-asia-buy-three-malay-content-websites-rm265-mil

Mari kita tengok contoh keyword english pula.

Ok carian di Google untuk keyword “card games” adalah sebanyak 165000. Mari kita tengok sapa yang mengungguli takhta carian.

Hasil carian, tempat pertama adalah cardgamesolitaire.com dan tempat kedua dan ketiga adalah website yang sama! hebat mamat ni! iaitu cardgames.io.Mari kita gali data satu persatu.

 

So apa yang aku nak terangkan, sama seperti yang aku dah terangkan untuk contoh keyword tempatan (padahal malas nak menaip panjang2 muahahah).Mari kita tengok data yang berada di no 2 carian.

Yaaa… ampa boleh tengok sendiri! Ini indikasi tersangatlah jelasss!! Sebab apa cardgamesolitaire.com boleh duduk no 1 berbanding cardgames.io? Backlink lagi banyak! (ini penerangan secara umum sahaja, atau gambaran umum, penerangan lebih detail sepatutnya aku bagitau) So kalau kata nak compete untuk keyword yang sama. Make sure buat website lebih backlink dari 472! Kalau nak kata content lagi penting, cer bukak website dua-dua tu.Mana ada content langsung! TETAPI hakikatnya.Banyak aspek perlu dinilai.Content juga penting.Setengah keyword, content tersangat penting.Cuma hasil galian data ni, nak menunjukkan, anda boleh ranking keyword tanpa ada content langsung kat website anda TETAPI bergantung kepada jenis keyword la kan.Contoh ni dah nama pun keyword “card games” takkan nak cerita sejarah card games pulak haha.

Sebenarnya banyak lagi penjelasan aku patut buat.Dari sudut teknikal dan sama ada OFF page atau ON page.Cuma tak sesuai dengan tajuk entri.Mungkin di lain entri.Cuma nak bagitau YES, SEO masih relevan untuk 2017.Kalau ada yang tak paham dan tak puas hati.Boleh jumpa aku kita sembang dengan lebih details huhu.Cuma sapa yang nak main SEO ada 3 penting sahaja ampa kena ingat.

  1. Quality content (kandungan best dan mesra pengguna suka baca, buat apa ye nak buat website tapi content sampah nanti orang menyumpah, tetapi ada contoh ye, content sampah pun boleh naik ranking, bab ni aku takmo sembang panjang,hampa takyah amik tau haha, aku takmau wujudkan persepsi atau mindsetkan dengan benda tak berkualiti)
  2. Keyword atau kata kunci yang relevan (contoh : nak target ubat kurus, cerita pasai ubat kurus)
  3. Quality backlinks (backlink yang berkualiti dan bukannya backlink SPAM)

So, setiap ranking di carian, kalo gali data mesti bersebab dia berada di ranking tersebut.Tak boleh saja-saja dia dok ada.Maka, bila anda kaji terlalu banyak data, anda akan perasan PATTERN, atau akan perasan SIGNAL something yang membawa kepada satu kesimpulan bahawa itulah formula Google untuk enjin carian.Hakikatnya paling penting, hasil kandungan berkualiti dulu, attract HUMAN FACTOR dulu! Then baru pikiaq backlink factor. Bila dah menang human factor, automatik orang akan cari juga blog atau website kita, tak perlu optimize enjin carian.Apapun keduanya saling bergantung harap.Mari kita tengok sebab kedua pula mengapa SEO masih relevan untuk tahun 2017.

Peluang pekerjaan dalam industri SEO sentiasa ada

Dunia SEO telah mewujudkan segmen-segmen pekerjaan yang tersangat banyak.Aku nak hurai sini tak abis 8 hari 8 malam kang haha, ini aku menaip dah 1600 patah perkataan huhu.Antara peluang atau cabang pekerjaan melibatkan dunia SEO adalah konsultasi, tukang buat content, tukang buat backlink, tukang jadi orang tengah buat backlink, tukang buat ON/OFF page SEO, tukang gali data, tukang cari keyword best, ooohhh macam-macam tukang haha, orang utagha kalo kata pi buat keja menukang tu kira macam buat keja guna kudrat 4 kerat, tapi takla cam gitu, aku saja guna ayat tukang haha, padahai semua keja mengadap depan laptop atau PC sahaja.So kat mana nak cari peluang atau nak buat keja berkaitan dengan SEO ni, haaa mesti la ada tempat atau port dia.Biasa dekat forum-forum internet marketing, pastu dekat freelance website, atau pun sekarang ni dah wujud macam-macam syarikat yang menawarkan pekerjaan dalam bidang SEO ni.Mari kita tengok contoh.

So contoh di atas adalah dari sumber forum, antara forum yang tersangat famous nak cari job SEO adalah Digital Point, banyak lagi sebenaqnya forum-forum SEO dan IM, bersepah-sepah, antaranya warriorforum, IMtalk, sitepoints, dan kalau kat malaysia ada wang cyber. So masuk forum pergi sahaja section servis atau WTS/WTB, macam-macam peluang ada.Dan setiap hari mesti ada update job baru.Mari kita tengok contoh freelance site pula

Haa ni site freelancer.com atau port pekerja-pekerja alam maya dan kat sini ada bermacam-macam job yang memerlukan anda ada komputer dan internet untuk anda buat keja.Maka bila anda buat carian job mengenai SEO… terrrrrlampau la banyaknya, kadang refresh setiap sengah jam, ada saja job baru masuk.So macam biasa la anda kena apply atau bid keja tu.Besa la kan satu dunia apply, nak bid keja tu kena la tayang diri atau jual diri, maksud jual diri kira tunjuk credential anda la, sembang kemas sikit time hantaq proposal, serupa interview la juga, cerita apa kita mampu buat dengan bajet depa bagi. Ada yang panggil interview menerusi Skype, haa pakai la hensem-hensem nak bercakap depan webcam huhu.

Ok ni pun salah satu port pekerja digital iaitu Guru.com. So bila anda search scope kerja berkaitan SEO…. punnnn bersepah-sepah huhu.Haa tengok ada yang sanggup bayaq per jam! Dalam USD lagi huuuuu.Tapi macam besa la, mesti kena compete, bersepah la seot pakar SEO ni. Tambah-tambah Indian dari negara India, jenuh depa ni nonstop dok bid.Tapi jangan la perlekeh diri please. Kita orang Malaysia pun hebat! Macam akuuuuu huhu (gurau ja)

Haa ni satu lagi port pekerja digital, outsourcely.com. Sama ja konsep macam aku terang kat atas, tak payah taip la kot panjang2 haha.Nak cerita bagi, asal search keja pasai SEO, mesti dia timbul naik.

Haa ni port favorite aku selalu lepak, iaitu UpWork! upwork ni dulu asal odesk. Kerja SEO pun bersepah-sepah. Kalo versi malaysia kita dah ada eRezeki. Sama ja konsep, nantilah aku buat entri khas pasai job-job digital kat alam maya ni.Bercampur aduk tajuk kang panjang berjela huhu.

Macam biasa, skop keja dalam bidang SEO ni kalau search NONSTOP ada saja dok masuk, setiap sengah jam ada baru.Ini membuktikan SEO pada tahun 2017 bukan sahaja relevan, malah masih berkembang dan terus berkembang. Cumanya seseorang perlu ada ilmu sebelum terjah ke dunia SEO. Macam aku dah bagitau awal tadi, dalam dunia SEO masing-masing ada sudut pandang tersendiri yang boleh dikelompokkan kepada golongan white hat, black hat, dan grey hat.Aku sentiasa berada kelompok grey hat muahaha.Kira kalo bahasa orang kampung ni, blackhat macam guna cara pintu belakang la, cara cepat, cara manipulasi dan white hat pula cara jujur, cara skema.Tapi grey hat pula dia tengah-tengah.Between the line! Kalau buat satu garisan, belah kiri hitam belah kanan putih, grey hat dia dok tengah-tengah huhu.Anda dapat apa yang aku nak sampaikan.Even dalam politik pun aku golongan atas pagar muahaha tudia tiba-tiba masuk politik.Takla maksud aku based on data dan pattern dan analitik, macma aku dah cerita panjang kat perenggan atas.Nantilah aku cerita dengan lebih details kenapa aku berada di kelompok grey hat ni huhu.Dan akhir sekali sebab tambahan mengapa SEO masih relevan 2017.

Pasaran Malaysia orang tak ambil kisah pun pasal SEO

Kat Malaysia ni, kalo bab marketing online, kalo tak FBads, Adword, atau pun social media, kalau nak kata SEO bagi local keyword ni nak rancak. Tunggu maybe lagi 5 tahun atau 10 tahun. Kesedaran orang Malaysia nak compete betul-betul dalam dunia SEO belum ada. Nanti bila-bila aku tulis entri mengapa dunia SEO tempatan tak semeriah SEO keyword English. Balik-balik naik website orang Indonesia takpun kandungan dari Blogspot (Google punya). Mungkin pakar SEO tempatan nak menyanggah pendapat aku terpulang lahh.Tapi aku tetap menganggap dunia SEO tempatan masih lemau dan KALAU sesapa nak main SEO tempatan, insyaAllah kalau kena gaya, senang-senang boleh naik keyword. Nak tau caranya? Nanti lah aku rajin aku taip huhu. Takpun berhubung dengan aku untuk personal coaching mauahaha, belanja nasi kandar sudah la hehe.

KESIMPULAN

SEO industri atau dunia SEO pada 2017 tetap sama dan tak berubah.Teras algoritma tetap sama.CUMA.Ada sedikit twist yang tak mengganggu teras algorithm.Macam contoh in future akan ada penambahbaikan dari segi “voice search”. Pastu nanti akan release update-update baru untuk memperkemaskan carian, antaranya RankBrain, iaitu kepintaran buatan untuk lebih tepatkan hasil carian.Apa pun akhirnya, intipati yang ingin dipersembahkan kepada pelawat website anda itu adalah manusia.Win their hearts first, then baru fikir bab teknikal data. Seperti aku taip kat perenggan atas, Google dia bukan ada pekerja nak pi belek baca satu-satu, sebab tu ada bersepah-sepah content copy paste, content sampah boleh naik ranking dengan selamba.TETAPI, hang nak buat apa content sampah untuk bisnes hang??? Walau dapat rank tertinggi pun, sekali orang masuk, lepas tu takmau masuk dah website hang sampai ke sudah! CONTENT IS KING! Quality content first, then baru pikiaq bab teknikal data.TAPI, kalau dah ada 20 website yang sama dengan quality content yang superb dah tu sapa nak duduk no 1…….. haaaaaaaaa time ni baru perlukan kepakaran mengkaji data dan pattern! Maka anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada saya (nak menjual diri huhu).

 

 

 

 

Facebook comments: