web_browser

Apabila memperkata tentang website, ramai yang beranggapan hanya orang pro dan bertauliah saja yang membangunkannya.Hakikatnya ianya tidaklah sesusah mana dan jika anda betul-betul minat segalanya jadi mudah dan senang.Tetapi realiti sekarang ramai nak lagi mudah menggunakan platform yang sudah tersedia dan percuma seperti blogspot dari Google dan lain-lain platform percuma.

Selalunya bila memperkatakan tentang website, (site on web = website) selalu orang akan membayangkan tentang laman yang statik, just mempamerkan info-info tertentu, dan content yang tidak dinamik seperti blog.Blog yang kita sudah sedia maklum mempunyai content yang sentiasa update dan ada commenting system.Dan ramai juga yang keliru antara blog dan website.Pada hakikatnya, blog juga merupakan website yakni Web log = Weblog = Blog.Kiranya log data sesuatu web itu sentiasa dynamic.

Maka website dapat dimaksudkan sebagai static content kerana majoriti website tersebut kandungannya sentiasa sama berbanding dengan blog.Blog ternyata mempunyai kandungan sentiasa diperbaharui, mempunyai sistem pengomen, kandungan topik yang berlainan dan artikel kandungan yang wujud secara reverse-chronological yang mana ianya berkaitan artikel terkini yang dimuat naik berada di atas berbanding artikel lama yang dimuat naik.

Tetapi pada hakikatnya, membina lama web sama ada web itu website atau blog, kaedah pembinaannya tetap sama.Ok mari kita lihat hubungkait rumah anda dan website.Mari kita tengok rumah anda dulu.Cuba tengok sekeliling rumah anda.Nak buat rumah mesti ada tempat ye tak takpun tanah.Maka dah ada tanah contoh katakan nak bina rumah anda di Sungai Petani.Maka alamat rumah anda tentunya di Sungai Petani.Tanah dah ada.. alamat rumah pun dah ada.Maka apa lagi? Tentunya bahan-bahan binaan yang berkaitan ye tak.Contoh konkrit, batu bata, keluli, rangka struktur rumah dan sebagainya.

construction

Maka kita lihat perkaitan rumah anda dan website.Sesuatu website mestilah mempunyai nama betul tak.Maka nama website itu menjadi address atau alamat di mana sedara mara atau adik beradik anda nak mai jenguk sama seperti alamat rumah anda.Maka alamat website itu dipanggil DOMAIN NAME.Atau dalam BM nama domain.Contoh paling dekat tentunya www.facebook.com dan lain-lain.

Website juga tentu mempunyai gambar-gambar, artikel tertentu, corak tertentu dan design tertentu yang mana disimpan dalam bentuk data computer atau computer code.Maka segala data berkaitan di simpan di server.Di setiap server tertentu itu lah yang ‘host’ kan data-data website anda.Sama juga perkaitan antara pembinaan rumah anda.Segala batu bata, keluli, konkrit, cermin, pintu, struktur rumah disimpan atau diletak di atas sebidang tanah.Lagi luas tanah maka lagi luaslah pembinaan rumah anda itu.Secara analoginya lagi luas data ‘hosting’ anda di server.. lagi banyak la benda anda boleh simpan data anda itu.

Maka secara kesimpulannya, apa yang dapat direlatekan antara rumah dan website

Domain name – alamat rumah yang diberikan kepada kawan-kawan anda, sedara mara anda untuk menunjukkan lokasi rumah anda

Web hosting – sebidang tanah untuk anda bina rumah anda itu

Computer code – segala bahan berkaitan untuk anda bina rumah anda itu (batu, konkrit, simen dan lain-lain)

Entri seterusnya dalam topik ini kita akan lihat dan bercerita secara umum perkaitan antara computer code (HTML, php, dan CSS) dan bahan binaan rumah anda.

Genius-meme-house

Facebook comments: