Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Inilah kali pertama aku analisis visitor yang datang kat blog aku.Sebelum ni tak pernah amik tau pun bilangan kedatangan pengunjung ke blog ini.So arini just ingin berkongsi berapakah bilangan pengunjung blog ni dengan merujuk hasil analytics dari nuffnang.Google analytic pun aku ada try jugak  tapi cam dah terlambat bubuh so analisis maybe tak sempurna.Mari kita lihat statistik di bawah.

graf-blog aiman najmy

Sebenarnya graf ini tak lengkap. Tak cukup sebulan. Makna kata ada baki 6 hari dia tak detect bilangan pengunjung.Aku pun taktau pasai pa huhu.Sebab aku baru lagi dalam bidang analytics ni huhu.Tang mana silap aku pun tak pasti.Padahal aku dah bubuh nuffnang ni sejak bulan lepas lagi.So sapa-sapa tau abaq la noh pasai pa dia tak detect cukup sebulan huhu.Sepatutnya analytics dari tarikh 1hb hingga ke 30hb ye tak.Tapi aku dok belek2 tak jumpa untuk analisis cukup sebulan.SO SAPA-SAPA YANG DAH LAMA NGAN ANALYTIC NUFFNANG PLEASE TELL ME WHY THAT HAPPEN.

Seperti biasa apa yang aku dapat katakan tentang analisis ni.Kalau dilihat dari segi weekdays punya visitor (aku tak letak sini grafnya), kalo aku update saja blog tanpa memberitahu sesiapa (macam share link kat FB) maka aliran pengunjung sangat sedikit tak sampai 8 orang pun sehari.Apa aku dapati kalo aku update blog,pastu beritahu kat orang (twitter dan FB) ditambah pulak dengan blogwalking maka aliran akan mencanak 20 ke 30 sehari dan berlarutan untuk dua hari.Dan kalo aku tak update langsung biar je blog tu sunyi aku dapati bahawa sekitar maksimum 5 orang sahaja akan berkunjung ke blog ini.

Hipotesis yang dapat dinyatakan

1) Peningkatan traffik adalah berkadar terus dengan aktiviti blogwalking dan share link updated blog dekat FB & Twitter

2) Sebahagian besar pengunjung trafik datang dari inbound links

3) Pengunjung setia blog ini average adalah 5 orang, bermakna walaupun dibiarkan blog ini sunyi tanpa update, 5 hingga 8 visitor ini tetap akan ada

Facebook comments: