Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Anda semua kenal pakcik google kan.Enjin carian yang menguasai hampir 80% sasaran pengguna internet di seluruh dunia.Word ‘Google’ sudah sebati dalam kehidupan moden masa kini.Acap kali kita terdengar perbualan seperti “nak apa-apa maklumat google je”, “ehh google kan senang” dan bermacam-macam lagi ayat bersangkutan.Malah time aku buat research masa final year kat U dulu Google jualah tempat cari maklumat.Pemalas la katakan nak gi library.So segala bahan kajian study termasuk jurnal ke apa ke semuanya search kat dalam bilik hostel je.

So kalo anda pencari maklumat yang setia dan tegar pada google, anda akan perasan banyak sungguh perubahan dilakukan oleh SE Google.Sedari tahun lepas adanya features google suggest dan juga instant search.Dan aku dapati Yahoo juga cuba implemen apa yang google dah buat.So kenapa aku boleh tertipu dengan google suggest ni? Sebelum tahu mari kita ketahui apa itu google suggest.

Kepada sesiapa yang belum tahu, google suggest adalah kemudahan yang disediakan oleh SE google untuk pencari-pencari maklumat di internet.Tekan atau taip apa saja abjad di ruangan search itu maka akan ada keyword yang akan keluar betul tak? Misalnya hanya taip huruf “a” di ruangan carian maka akan muncul keyword-keyword yang disuggestkan seperti airasia, astro, apple dan sebagainya

Bagaimana pakcik google suggest keyword ni semua? Sebenarnya segalaΒ search queries based on other users’ search activities dan juga popularity of search terms.Dengan ayat mudah, ianya berdasarkan berapa kerap orang taip keyword tersebut dan juga populariti keyword tersebut.Populariti bermaksud keyword tersebut berada merata-rata di web-web atau blog-blog yang mana crawler mampu mengindex link keyword tersebut.So algorithm yang telah ditetapkan oleh google itu akan sentiasa di update selalu berdasarkan rising search queries.

Dan rising search queries ini juga sangat bergantung kepada demographic related search term.Contohnya seperti bila anda duduk dekat UK dan menggunakan Google UK instead of Google Malaysia ataupun Google.com.Result suggested keywordnya totally akan terus berbeza.Result yang berlainan akan kita dapat berdasarkan versi SE Google itu sendiri.

So bagaimana aku boleh tertipu dengan google suggest ni huhu!! Aku saja ja nak test keyword nama aku kat google iaitu keyword “aiman najmy” takpun “aimannajmy”. Maka aku pun lah taip lah nama aiman dulu dekat ruangan search itu.Maka pakcik google suggestlah keyword seperti berikut.Sila rujuk gambar kat bawah.

Sekali tengok mak aiih huhu dasat jugak ek keyword nama aku duduk ranking no 4 dan sebaris ngan artis ternama huhu.Kemudian selepas je taip nama aiman pastu aku hanya tekan space je di ruangan search itu maka keluar lah result suggested keyword seperti dibawah.Sila rujuk gambar kat bawah.

Wahhh!! result suggested ni lagi la melampau dasatnya je.Hanya tekan space je belum lagi taip huruf “n” keyword aku dah mendahului artis aiman cinta terakhir (aiman akedemi nasyid).Maka aku pun kembang la sat huhu! Mak aiih popular juga nama aku neh!! hahaha.. Maka kembang la aku sat dalam seminggu dua sebab resultnya tak pernah berubah.. TAPI.. ada tapinya.. TAPI AKU YANG TERTIPU haha..

Macam mana aku boleh tau result tu takleh pakai? Camni sabtu lepas aku ke KL umah abang aku.Pastu aku pun melayari lah internet di rumahnya.Tetiba aku saja ja nak taip keyword nama aku kat Google.Sekali tengok result terus tak sama langsung huhu.Mak aiih terkojut aku! Apa sudah jadi.

Kenapa result kat rumah aku (kat Kedah) result dia lain, kat KL umah abang aku result dia lain.Aku taip keyword “aiman” (tanpa abiskan huruf lain) maka baru muncul nama aku disuggest.Tu pun ranking bawah-bawah sekali pe dalam senarai 7-8 yang disuggest camtu.Pelik dan pelik huhu maka aku pun kaji.Macam-macam cara aku test! Huhu guna laptop berlainan lah.Reset modem lah.Browser lain-lain lah.Clear cookies lah, cache dan sebagainya maka akhirnya aku berjaya dapat jawapan.

Rupa-rupanya Google Suggest ni bergantung kepada google web history.Apabila anda sign in ke google mail maka secara automatik segala aktiviti berkaitan anda di SE google akan direkodkan.Baru ku tahu! huhu.. ini bermakna bila anda sign je ke google mail itu maka segala aktiviti search anda akan direkodkan menjadi popularity keyword yang akan disuggest siap-siap diruangan search itu.Bermakna apa saja aktiviti datang dari IP address yang anda sign in google mail itu akan direkodkan.

Hahaha! Tertipu aku rupanya.Maka kadar kekembangan hidung aku terus menguncup bila mengetahui hal yang sebenar.Opss terlupa nak bagitau.Bagaimana pula nak dapatkan results Google suggested term yang betul2 pure?? Jawapannya mudah saja

Remove segala aktiviti web history anda itu.Anda perlu log in ke Google Web History.So anda boleh edit segala aktiviti yang berkaitan maybe anda taknak keyword tertentu untuk disuggestkan oleh google.Dan yang paling penting sekali sign out google mail anda ketika anda nak mula carian yang pure.Takpun nak lagi pure guna IP address lain huhu.Pi CC ke check.Kadang-kadang google ni ponin jugak huhu.

Dan akhir kata..

MINTA JASA BAIK ANDA UNTUK SEARCH KEYWORD “aiman” dan tekan space pastu bagitau jap apa yang google suggest? Err aiman najmy ada tak kuar? kalo kuar ranking no bape huhu.. Saje nak jalankan test.Kalo anda malas takpe le huhu.. tak pakse pun.

 

 

Facebook comments: