Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Entri kali ini masih lagi dalam ruang lingkup dunia blogging.Entri lepas dah aku perihalkan sedikit mengenai kenaifan aku dalam mengagak nilai Alexa rank so entri kali ini pula mengenai kenaifan aku mengenai keyword research atau kajian katakunci.Baru tahun ni aku belajar, tahun lepas tak belajar langsung.So aku sangat-sangatlah naif dan terlampau banyak benda yang aku taktau mengenai kajian kata kunci ni.

Tahun lepas banyak belajar buat content dan juga develop blog dan juga directory submission.So tahun ni ingat nak tumpu belajar mengenai keyword research.Lambat sungguh aku nak belajar.. haddoiiyai.. sikit demi sedikit.Patutnya kalo dah tempoh setahun boleh dah capai target dah.Ni semua pasal banyak main muzik huhu.. Eh nak salahkan muzik pulak padahal aku yang tak pandai arrange masa hoho!

Seperti aku dah penah cakap dulu.Kalo nak cepat berjaya dalam bidang ni the key is you must hired somebody to do your work.Kena ada modal untuk itu.Dalam 3 bulan atau dalam 6 bulan rasanya income dah menderu-deru datang.Bab content boleh upah orang, bab link building/SEO boleh upah orang, bab design blog pun boleh juga upah orang.Bila everything dah diupah nah!! Income akan mula masuk.

TAPI.. hehe aku belum give up lagi.Niat untuk upah orang tetap ada.Buat masa ini segalanya aku cuba-cuba buat sendiri.Aku tau memang bila buat sendiri ni really time consuming, silap 3-4 tahun baru nak naik ranking pe.Silap-silap ade orang boleh gelakkan aku atau berkata dalam hati.. “Eh ape ke bodoh aimannajmy ni buang masa buat link building sendiri, sampai kucing bertanduk takkan dapatnya naik rank (SERP,PR)”

Aku target cukup setahun aku mendalami segala selok belok SEO dan segala mak nenek tentang blog dari perkara teknikal sampailah ke pratikal maka aku akan outsource! Kalo satu blog je takpe ni kalo banyak blog? Tak ke time consuming.Aku memang salu dok terfikir abis-abisan bagaimana SEO company ni buat kerja? Macamana depa boleh bagi jaminan 100% kalo guna servis depa akan conpem naik ranking.Kaedah ape? Tak boleh ke buat secara individual??

Eh aku dah merepek jauh nampaknya.Ok mari becerita mengenai keyword research.Aku baru sangat-sangat belajar.Keyword research adalah nadi segalanya dalam dunia bisnes online.Katakan anda buat bisnes kerepek pisang.Pastu katakan ada peminat kerepek pisang nak cari kat mana tempat nak jual kerepek pisang kat internet.Maka tempat standard untuk mencarinya ialah pakcik google betui tak? hehe.. sekarang ni orang dah jarang guna SE Yahoo, atau Bing atau sebagainya.

Maka si peminat kerepek tadi mula menaip kata kekunci atau keyword dekat Google.Contohnya “Kerepek pisang” atau “Kerepek Pisang Best” atau “Kedai menjual kerepek pisang“.So katakan andalah penjual kerepek pisang online.Bagaimana anda nak pastikan website anda itu menjadi perhatian pakcik google untuk dirankingkan di first page enjin carian.Katakan andalah penjual kerepek tunggal kat dunia internet Malaysia ni, tentulah mudah bukan orang taip je keyword “kerepek pisang” maka website anda akan muncul di first page.

TAPI.. katakan ada 1000 company kat malaysia yang buat jugak kerepek pisang.Masing-masing berebut nak pastikan website mereka duduk di ranking pertama enjin carian dengan kata kunci “kerepek pisang“.So sapa yang akan menang?? Ada 1000 company, yang nak tesenarai kat first page google tu 10 je.So bagaimana 1000 company ni nak bersaing dan nak pastikan website mereka berada di first page google? Jawapannya melalui keyword research,SEO dan link building

Katakan untuk keyword “kerepek pisang“, kita mesti tahu berapa puluh ribu orang yang search keyword tersebut di internet (global monthly searches atau local monthly searches), dan berapa ramai yang compete untuk keyword tersebut dan apa yang aku tau ianya terbahagi kepada tiga iaitu, low competition, medium competition dan juga high competition.Selain itu boleh juga kaji dari segi demographic keyword tersebut misalnya contoh keyword “kerepek pisang” banyak datang dari kawasan Johor Bahru.

Katakan anda tak mampu nak bersaing untuk keyword “kerepek pisang” anda boleh cuba untuk low competition keyword macam “kerepek pisang pedas gila baq hang” Itu baru keyword tempatan.Bagaimana pula kalo anda nak kuasai keyword international?? Perghh itu lagi dasat persaingannya! Worldwide competition.. err ade sape2 berani nak celen keyword “iphone” untuk demographic US? Boleh la kot nak celen tapi kena pakai modal besar.. Silap-silap Steve Jobs dah bagitau siap-siap kat Larry Page (CEO Google) supaya ranking untuk keyword “iphone” tetap milik website Apple di top 5 ranking pada first page Google.

Aku baru sangat-sangat dalam dunia keyword research ni.Masih banyak perlu belajar.Banyak sangat persoalan dalam minda aku ni. How and how.How to beat competitor? How to manipulate keyword? How to play the game? How, how dan how.. huhu.. Aku akan update progress mengenai pembelajaran aku terhadap keyword kat blog ni.Tata~

 

Facebook comments: